Blog ini menjawab segala fitnah dan syubhat daripada bahayanya Al-Ahbash dan pengikutnya seperti Abu-Syafiq yang mana mereka mengkafirkan kebanyakan ulama-ulama Ahl-Sunnah dan menuduh wahabi sebagai sesat.
Saturday, October 26, 2013
Aqidah Para Salafus Soleh: Tuhan Ar-Rahman Beristiwa` Di Atas 'Arasy
Saturday, February 25, 2012
Hasan As-Saqqaf Muktazilah?
Beliau (As-Saqqaf) berkata dalam video tersebut:
الحقيقة يا سيدي,
Sebenarnya wahai Sidiأن بعض المسائل وافق فيه العبد الفقير ما يقوله المعتزلة و غير المعتزلة
Sebahagian masalah yang mana hamba yg fakir ini (Saqqaf) menyetujui apa yang dikatakan Muktazilah dan selain Muktazilahو أنا بينت في شرح الطحاوية أن هذه المسائل قال بها جماعة من أهل السنة فهم عبارة عن إشاعات و دعايات فقط لتنفير الناس عني
Dan aku telah syarahkan didalam Syarah Tohawiyah, bahawa masalah-masalah ini telah dikatakan oleh sekumpulan Ahli Sunnah, maka mereka ibarat berita angin dan propaganda semata supaya menjauhkan orang ramai dariku.و مع ذلك أقول بأن المعتزلة ليسوا على الباطل, المعتزلة, بسبب سياسي, كان في عصور السابقة, في العصر الدولة العباسية, أسباب السياسة و عداء الخلفاء للمعتزلة هو الذي جعل كثير من العلماء يذكرون في كتبهم خلاف المعتزلة و يردون عليه ,
Namun demikian aku katakan: Muktazilah bukanlah diatas kebatilan, Muktazilah, disebabkan politik, adalah dizaman dahulu, zaman Daulah Abasiyah, disebabkan politik dan permusuhan khalifah-khalifah terhadap Muktazilah, inilah yang menjadikan ramai ulama menyebutkan di dalam kitab-kitab mereka khilaf Muktazilah lalu menolak kata-kata mereka.و مع أن كثير مما يردون عليه, و مع أن كثير مما يردون على المعتزلة غير صحيح
Sedangkan kebanyakan yang mereka tentang, kebanyakan yang mereka tolak dari Muktazilah tidak sohih.
Contohnya: Mereka menuduh bahawa Muktazilah menafikan azab kubur, dan ini adalah pembohongan terhadap Muktazilah.
Jika kita rujuk kitab-kitab Muktazilah, kita akan dapati mereka semuanya bersepakat menetapkan azab kubur.
Berkata Qadi Abdul Jabbar,, di dalam 'Syarah Usul al-Khamsah', dan beliau adalah salah seorang Imam Muktazilah, "Tiada khilaf tentangnya dikalangan seorangpun dari umat ini, melainkan sesuatu yang diceritakan dari Dhirar bin A'mru, dan ini tidak diterima oleh Muktazilah,"
Dan beliau ini dulu Muktazilah kemudian keluar darinya.
Dan ini termasuk memburuk-burukkan lawan, maka mereka menuduh mereka dengan tuduhan-tuduhan yang lawan bebas darinya, atau dengan tuduhan-tuduhan yang memang dikatakan mereka, tetapi tiada apa-apa (kesalahan) disitu.
(Kata-kata) Al-Quran itu Makhuk bukan Muktazilah sahaja yang mengatakannya, Asyairah menyetujui mereka, Ibadhiyah menyetujui mereka, Zaidiyah menyetujui mereka, Imamiyah menyetujui mereka, [pent: Semua mereka sepakat kecuali Ahlul Hadith!]
Lihat wahai Sidi!
Aku berkata: Khilaf kita terhadap Wahabiyah lebih besar dan mendalam dari khilaf kita dengan Muktazilah,
Muktazilah, asalnya, asalnya,
Yang mengasaskan mazhab yang mereka namakan Asyairah secara tahqiq ialah Imamul Haramain dan Ghazali, bukan Abul Hasan Al-Asya'ri
Kerana Abul Hasan Al-Asya'ari dan Baqilani misalnya, mereka berdua berkata dalam kitab-kitab mereka: Kami tidak katakan bahawa Istawa (bersemayam/meninggi) bermakna Istawla (menguasai), bahawa tangan bermakna qudrat (kuasa)."
Tetapi Ghazali dan Baqilani berkata: Istiwa ialah Istila', tangan ialah qudrat, inilah kata-kata Muktazilah yang sama!
Maka Abul Hasan Al-Asya'ari dan Baqilani, engkau dapati dalam kitab-kitab mereka mengutuk Muktazilah, mereka berkata bahawa Muktazilah mentakwilkan sifat tangan kepada qudrat, sedangkan kami tidak katakan bahawa tangan itu qudrat, tapi kami mengithbatkan (menetapkan) bagi Allah sifat tangan, yang layak dengan keagunganNya, yang bukan anggota, tetapi ia sifat bagi Allah Ta'ala... hingga akhirnya..
Dan kata-kata ini disisi kita tertolak seratus peratus..
Dan kata-kata ini yang dikatakan Al-Asya'ri dalam kitab-kitabnya... Allah mempunyai dua mata, Ini Tajsim!.. Tajsim belaka.
Allah tidak katakan Dia ada dua mata, Allah berkata: Sesungguhnya engkau dengan mata-mata Kami, contohnya, maka bagaimana kita boleh katakan Allah ada dua mata sedangkan Allah tidak sebut dalam kitabNya yang mulia bahawa Dia ada dua mata? Allah hanya sebutkan satu mata dan mata-mata.
Sebab itu datang imam-imam Asyairah yang sebenarnya, yang telah mengasaskan mazhab Asy'ari, mereka itulah Imam Ghazali dan sy3ikhnya Imam al-Haramain.
mereka berkata dalam kitab-kitab mereka bahawa: istiwa itu istila.. Allah tiada dua mata, tangan itu qudrat, dan inilah yang dikatakan oleh mereka-mereka yang datang selepas mereka dikalangan Asya'irah. Inilah yang mereka setujui Muktazilah.
Muktazilah adalah manusia-manusia yang terhormat, datangkan dalil mereka bukan manusia terhormat!
Mereka adalah satu jama'ah yang mensucikan (Allah).
Mereka gunakan akal, bukan seperti golongan Muhadithin yang gila...
Hatta dalam masalah penciptaan perbuatan (خلق الأفعال), Imam Haramain dan Ghazali berkata dengan kata-kata Muktazilah. Imam Subki telah mengaku hal demikian, beliau berkata: "Mereka berkatakata dengan mazhab yang mendekati sedekat-dekatnya dengan Muktazilah, tapi ia bukannya ia."
(Selesai ucapan As-Saqqaf, sila lihat videonya dalam youtube)
Semoga Allah membuka hati-hati umat Islam dan memberi hidayah kepada mereka yang terkeliru dengan fahaman golongan pelampau (Ghuluw) Asya'irah melebihi pengasasnya (*) sendiri yang bertebaran di Malaysia sekarang. Allahumma Amin.
(*) Golongan Asya'irah menisbahkan diri mereka kepada Abul Hasan Al-Asy'ari dalam akidah, menyelisihi pendapat As-Saqqaf. Beliau sendiri mengaku di dalam ucapannya di atas, bahawa Abul Hasan Al-Asy'ari bukan pengasas Asya'irah secara tahqiq, tetapi menurut beliau pengasasnya adalah Al-Haramain dan Imam Ghazali. Maka beliau sepatutnya tidak layak menyandarkan diri beliau kepada Asya'irah atau Asy'ariyyah, kerana pendapat Abul Hasan 'Asy'ari sendiri bercanggah dengan pendapat mereka dalam masalah sifat Khabariyyah Allah Ta'ala. Beliau (As-Saqqaf) sendiri telah mengiktiraf yang Abul Hasan Asy'ari tidak mentakwilkan sifat Istiwa (Bersemayam/Meninggi) kepada Istawa (Menguasai), dan menurut beliau pandangan demikian seratus-peratus bertentangan dengan pandangan/keyakinan mereka (golongan Asya'irah). Maka jelaslah bahawa golongan Asya'irah pada hari ini menyelisihi Imam Abul Hasan Al-Asy'ari.
Wallahua'lam
Sumber: Youtube dan Al-Fikrah
Thursday, May 5, 2011
SIAPAKAH YANG PERTAMA INGKAR ALLAH DI LANGIT??
ALLAH berfirman dalam al-Quran surah Ghafir ayat 36-37:
Maksudnya: Dan Firaun pula berkata: Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) (Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta! Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta dia dihalangi dari jalan yang benar dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.
Persoalan:
Kenapakah Fir'aun –Laknat ALLAH atasnya- hendak membina bangunan tinggi supaya dia boleh mencapai pintu-pintu langit sambil mendakwa Musa a.s berdusta? Apakah perkara yang Fir'aun tuduh Musa a.s berdusta akannya sehingga Fir'aun perlu naik ke langit untuk membuktikan kepada kaumnya yang Musa a.s berdusta? Apakah yang Musa a.s beritahu kepada Fir'aun sehingga dia begitu berang dan mendakwa Musa a.s dusta dan dia perlu naik ke langit untuk mempercayai kata-kata Musa a.s itu?
Jawab Imam Ahli Tafsir, Imam Al-Tabari (rh) [w.310 H]:
Maksudnya: "dan firman-Nya (berkenaan kata-kata Fir'aun): " dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!", maksud katanya (Fir'aun) adalah: "dan sesungguhnya aku percaya Musa ini pendusta dalam apa yang dia katakana dan dakwakan BAHAWA DIA MEMPUNYAI TUHAN DI LANGIT YANG MENGUTUSNYA"
[Rujuk: Tafsir al-Tabari, juz 21 m.s 387, Tahqiq: Ahmad Syakir, cet Muassasah al-Risalah, cet Pertama, lihat juga: Tafsir ayat 38 Surah al-Qasas].
Kata Imam Abul Hasan al-Asy'ari (rh) [w.324 H] dalam kitab beliau, al-Ibanah:
Maksudnya: "Dia (Fir'aun) mendustakan Musa a.s berkenaan perkataan baginda: Bahawa ALLAH s.wt berada di atas langit".
Maka sejarah mencatatkan bahawa, makhluk pertama yang ingkar keberadaan ALLAH di atas Arasy di atas langit ketujuh adalah: Fir'aun –Laknat ALLAH atasnya-
Kata al-Imam Ibn al-Qayyim (rh) dalam Nuniah beliau:
Maksudnya: "Maka Imam setiap Mu'attil itu pada dirinya adalah Fir'aun bersama Namrud dan juga Haman"
Oleh itu, ketahuilah wahai setiap muslim dan muslimah, Tuhan kamu; ALLAH itu Maha Tinggi, Tinggi pada Kemuliaan-Nya, Kekuasaan-Nya, dan ZAT-NYA kerana Dia meninggi di atas Arasy di atas langit ketujuh dengan ketinggian yang layak bagi zat-Nya tidak menyamai Makhluk sedikit pun.
Sumber: http://www.facebook.com/notes/muhammad-asrie-sobri/
Sunday, September 5, 2010
Adakah Ibnu Taimiyah Bertaubat kepada Aqidah Asya'irah?
Suatu perkara yang membingungkan ramai orang adalah sebagaimana yang disebutkan pada sebahagian sumber bahawa Syeikhul Islam Rahimahullah telah menulis sebuah surat yang di dalamnya terdapat aqidah yang menyalahi apa yang beliau dakwahkan dan fatwakan sepanjang hidupnya, bahkan menjadi sebab beliau dimasukkan kedalam penjara.
Maka kami katakan sebagai ulasan dan sanggahan bagi sesiapapun yang telah diombang –ambingkan oleh hawa nafsu:
Cerita rujuknya beliau (kedalam aqidah Asy’ari. Pent) boleh didapati dari:
- Muridnya -Ibnu Abdil Hadi- (Wafat tahun 744 Hijriah) Seperti yang terdapat pada (Uqududduriyyah: 197) yang dinukil dari Az-Zahabi.
- Az Zahabi (Wafat tahun 748 Hijriah) –muridnya- seperti yang telah dinukil oleh Ibnu Abdil Hadi diatas:
Lafaznya adalah seperti berikut
“….terjadi perkara yang panjang, kemudian dikirim surat Sultan ke Syam untuk memasukkannya ke dalam penjara, maka dibaca di hadapan ramai orang, maka orang-orang pun menjadi sedih. Dia dipenjara satu tahun setengah (iaitu pada tahun 707 Hijriah) kemudian dikeluarkan, dan dia diminta untuk menulis surat, diancam dan dijanjikan untuk dibunuh jika tidak menulisnya. Dia bermukim di Mesir membacakan Ilmu dan manusia berkumpul di sisinya.”
- Ibnul Muallim (Wafat tahun 725 Hijriah) di dalam kitab “Najmul Muhtadi wa Rajmil Mubtadi” (Naskah di Paris Nombor: 638) dan Nuwairi (Wafat tahun 733 Hijriah) di dalam Kitab Nihayatul Arab -lihat Kitab Aljami’ lishirathi syaikhil Islam Ibnu Taimiyah halaman: 181-182, pada kitab tersebut diterangkan bahawasanya Majlis (taubat, pent) tersebut setelah kedatangan Amir Husamuddin Muhinnan (Rabi'ul Akhir 707 Hijriah) dan Syeikhul Islam dibebaskan pada hari Juma’at bersamaan 23 Rabi'ul Awal 707 Hiriah.
Kemudian An-Nuwairy menukilkan kandungan surat tersebut yang menceritakan apa yang terjadi, bahawa (Syeikhul Islam) telah menyebutkan bahawa dia adalah “Asy'ari”, dan meletakkan kitab Asy’ari diatas kepalanya, serta rujuk (kembali) pada beberapa masalah ('Arasy, al-Qur’an, nuzul, dan Istiwa) dari mazhabnya –ahlussunnah-. Surat tersebut bersamaanl 25 Rabi'ul Awal 707 Hijriah.
Kemudian diadakan majlis berikutnya, dia (syeikhul Islam) menulis serupa dengan tulisan sebelumnya pada Rabi'ul Akhir 707 Hijriah dan dia disumpah.
- Ad-Duwadi (Wafat setelah tahun 736 H) menyebutkan dalam Kitab “Kanzud Durar” bahawa mereka mengadakan majlis berikutnya pada tarikh 12 Rabi'ul akhir 707 Hijriah setelah kepergian amir Husamuddin, dan terjadi kesepakatan untuk mengubah lafaz-lafaz tentang Aqidah dan berakhirnya majlis dalam keadaan baik.
- Ibnu Rajab (Wafat tahun 795 H) menyebutkan Dalam Kitab Dzail Alat Thabaqatil Hanabilah serupa dengan yang disebutkan oleh Ibnu Abdil Hadi pada Kitab Al-Uqud. Kemudian dia berkata : “Az-Zahabi, Al-Barzali dan lain-lain telah menyebutkan bahawa Syeikh telah menulis sebuah surat secara Mujmal (global) yang mengandungi perkataan dan lafaz ketika dia di ancam untuk dibunuh.”
- Ibnu Hajar (Wafat Tahun 752 H) dalam Kitab Ad-Durarul Kaminah serupa dengan apa yang disebutkan oleh An-Nuwairi dalam Kitab “Nihayatul Arab” kemudian Ibnu Hajar mengaitkan nukilan tersebut kepada Tarikh Al-Barzaliy.
- Ibnu Taghri Bardi (Wafat tahun 874 H) dalam kitab Al-Minhal As-Shufi serupa dengan apa yang disebutkan oleh Ibnu Hajar. Konteks penukilan menunjukkan bahawa dia menukil dari kitab Kamaluddin bin Zamlakani -permusuhannya dengan Syeikhul Islam sangat terkenal-. Di dalam kitab tersebut terdapat biografi Syeikhul Islam, dia juga telah menukil dari kitab An-Nujum Az-Zahirah.
- Ada pun Barzaliy (Wafat tahun 739 H) -Sahabatnya- tidak menulis sama sekali kejadian-kejadian tersebut pada tahun-tahun tersebut. (Aljami’ lishirathi syaikhil Islam Ibnu Taimiyah: 213-214)[1]
- Ibnu Katsir hanya menyebutkan kisah yang berkaitan dengan taubat tersebut pada peristiwa yang terjadi pada tahun 706 Hijriah tanpa menyebutkan kelanjutannya dengan cerita sebagai berikut: "Dan pada malam Aidul Fitri Al-Amiir menghadirkan Saifuddin Salaar perwakilan Mesir, 3 hakim, dan sekelompok Fuqaha’. Tiga hakim tersebut adalah dari mazhab Asy-Syafi’i, Al-Maaliki, dan Al-Hanafi, sedangkan fuqaha’ yang hadir adalah Al-Baaji, Al-Jazarii, dan An-Namruwy, dan mereka mengharapkan agar Syeikh Taqiyuddin bin Taimiyyah dikeluarkan dari penjara. Sebahagian hadirin mensyaratkan dengan beberapa syarat, di antaranya: Beliau mestilah merujuk dari sebahagian aqidah dan mereka mengirim utusan agar beliau hadir di tempat itu dan berbicara kepada mereka. Tetapi beliau menolak hadir (ke majlis tersebut) dan tetap hati (untuk tidak hadir). Utusan itu kembali sehingga 6 kali. Beliau tetap kukuh pada pendirian untuk tidak hadir, tidak menoleh pada mereka, dan tidak menjanjikan apapun. Maka majlis itu pun dibubarkan dan mereka pun kembali tanpa mendapat balasan”. Cerita tersebut memberi kesan bahawa sebahagian kisah taubat ini memang ada, namun akhir dari kisah tersebut adalah justeru menguatkan pendapat bahawa Ibnu Taimiyah lantas menulis surat yang menguatkan Aqidahnya, bukan surat yang menyatakan bahwa dia Adalah Asy’ari. Ibnu Katsir tidak mengisyaratkan penulisan surat di sini tetapi di tempat lain disebutkan bahawa Ibnu Taimiyah menulis jawapan ringkas terhadap undangan taubat dan menulis bantahan terperinci dalam kitab yang kemudian dinamakan Tis’iniyat. Akan datang penjelasan tentang sebab ditulisnya kitab ini disisi ketiga tertolaknya kisah akhir taubat Ibnu Taimiyah. Dari huraian di atas jelaslah bahawasanya:
-
- Sebahagian Ahli Sejarah tidak menyebutkan kisah tersebut dan juga sama sekali tidak ditulis.
- Sebahagian dari Ahli Sejarah hanya mengisyaratkan adanya kisah tersebut tanpa memperincikan surat yang ditulis dan atau menyebutkan bahawa penulisan surat tersebut disertai gertakan dan ancaman pembunuhan.
- Sebahagian dari Ahli Sejarah ada yang memperincikan dan menyebutkan teks surat tersebut, tetapi tanpa menyebutkan bahawa penulisan surat disertai gertakan dan ancaman pembunuhan.
Dari huraian tersebut kita dapat mengungkapkan bahawa sesungguhnya Ibnul Muallam dan An-Nuwairi telah menyendiri (asing) diantara orang-orang yang hidup sezaman dengan Syeikhul Islam tentang permasalah rujuknya beliau dari segi konteks tulisannya. Dan itu diikuti oleh sebahagian Ahli Sejarah.
Oleh kerana itu, dari isu ini dapat diambil salah satu sikap seperti berikut:
- Kita mendustakan semua yang telah disebutkan oleh para Ahli Sejarah baik secara global mahupun terperinci, dan kita katakan bahawa semua itu tidak mungkin terjadi.
- Kita menetapkan asas kisah tersebut, tanpa menetapkan apapun berkaitan rujuk dari Aqidah , dan tidak menetapkan tulisan yang penyelisihannya jelas dengan apa yang telah didakwahkan oleh Syeikhul Islam sebelum tarikh tersebut dan setelahnya.
- Kita menetapkan seluruh tulisan yang Ibnul Muallim dan An-Nuwairi telah menyendiri berkaitan masalah rujuk dan surat.
Sikap pertama menusuk dada sendiri! Sedangkan sikap ketiga sama sahaja dengan menetapkan penyendirian dan keganjilan serta mendahulukan keduanya atas pendapat lain yang masyhur dan lebih banyak.
Yang tsabit berdasarkan pemeriksaan dan tarjih adalah sikap yang kedua: Iaitu Syeikhul Islam telah menulis ungkapan secara global setelah diancam dan digertak. Tetapi di dalam ungkapan tersebut tidak terdapat kata rujuk dari Aqidahnya, tidak melakukan jenaka terhadap aqidah yang batil, dan tidak menulis hal itu seluruhnya.
Hal tersebut disebabkan beberapa sebab yang dapat dilihat dari 3 sisi:
- Riwayat cerita
Dari periwayatan tersebut, orang-orang yang tidak berpihak kepada Ibnu Taimiyah menggunakan riwayat dari Ibnul Muallam, An-Nuwairy dan Ibnu Hajar yang menukil dari Tarikh Ar-Barzaly tanpa sama sekali mempedulikan riwayat-riwayat lain yang bertentangan atau berbeza dengan riwayat tersebut.
Khusus untuk Ibnu Hajar, kemungkinan beliau salah menukil atau menukil dari orang lain, kerana dalam Tarikh Al-Barzaly tidak disebutkan cerita tersebut, justeru Ibnu Rajab mengatakan bahawa Al-Barzaly (beliau tidak menyebutkan kitab Tarikh) dan juga Az-Zahabi menyebutkan sebahagian kisah yang mengatakan bahawa hal itu terjadi di atas paksaan dan tanpa ada kata-kata taubat kecuali kata-kata global sahaja.
Jika kita membandingkan riwayat-riwayat diatas, maka jelaslah kualiti periwayatan pihak-pihak yang mendokong Ibnu Taimiyah lebih unggul kerana terdiri dari para Huffaz yang telah disepakati dan juga sezaman dengan Ibnu Taimiyah, ertinya riwayatnya lebih ‘ali[2]. Adapun Ibnu Hajar, beliau menyalahi periwayatan Al-Barzaly, Az-Zahabi, Ibnu Abdil Hadi dan juga Ibnu Rajab. Lagi pula beliau menukil cerita tersebut kerana tidak Muasharah dengan Ibnu Taimiyah dan penukilannya dilihat sebagai Syaz[3].
2. Realiti setelah peristiwa tersebut
Sisi ini menguatkan sikap kedua berdasarkan fakta-fakta berikut:
-
- Tulisan ini menyelisihi Aqidah Syeikh yang beliau dakwahkan dan perjuangkan sepanjang hidupnya, sebelum kejadian tersebut dan sesudahnya.
- Tidak terdapat sedikitpun jejak di dalam kitab dan karangannya yang menunjukkan beliau telah rujuk, isyarat yang menunjukkan surat ini, atau isi dari tulisan ini. Padahal kisah tersebut terjadi sekitar tahun 707 Hijriah, sedangkan beliau Wafat tahun 728 Hijriah. Itu ertinya beliau dikatakan beraqidah Asy’ari selama kurun tersebut atau sekitar 21 tahun lamanya. Ini amat mustahil kerana Ibnu Taimiyah telah mengarang banyak kitab-kitab Salafiyah setelah tahun-tahun tersebut. Kitab Dar’ut Taarrud dikarang oleh Ibnu Taimiyah setelah kembalinya beliau dari Mesir seperti yang telah dijelaskan oleh Muhaqqiqnya dengan bukti-bukti yang amat jelas pada Muqaddimah Kitab tersebut. Kitab tersebut sangat terkenal dan kemudian dibantah oleh oleh tokoh Asyairah yang bernama Kamaluddin bin Syarisyi, kemudian dijawab oleh Ibnu Taimiyah dengan sebuah karangan sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Rajab, Ibnu Abdul Hadi, Az-Zahabi, dan Lain-lain. Kitab tersebut telah diringkaskan oleh Badruddin Al-Hakari, seorang Qadhi bermazhab Syafi'i. Syeikh Rasyad selaku Muhaqqiq berpedoman kepada ringkasan tersebut dan sembilan naskah lainnya. Naskah tersebut ada yang berbeza dan ada yang saling membenarkan. Kemudian setelah itu, Ibnu Taimiyah mengarang Minhajus-Sunnah, iaitu salah satu kitab salafiyyahnya yang paling terkenal.
- Syeikhul Islam Rahimahullah telah banyak diperlecehkan dalam berbagai masalah sebelum tarikh kejadian tersebut mahupun setelahnya, dipenjara kerana masalah tersebut, dan dicela. Tapi beliau tidak sedikitpun diketahui rujuk dari pendapatnya sedikitpun. Paling kurang beliau hanya berhenti berfatwa sebentar, kemudian kembali melakukan hal itu dan berkata: “Saya tidak dapat menyembunyikan ilmu”, seperti pada masalah Thalaq (Al-Uqud halaman 325), Bagaimana mungkin kali ini beliau menulis surat kepada mereka apa yang bertentangan dengan Aqidah Ahlissunnah dan bersetuju dengan Mazhab Ahli Bid’ah. Keadaan musuh beliau adalah seperti yang beliau sifatkan sendiri ketika dikatakan kepada beliau: “Wahai Tuanku! Sungguh telah banyak orang yang menentangmu!” Beliau berkata: “Sesungguhnya mereka seperti lalat, kemudian beliau mengangkat telapak tangannya kemulutnya dan meniupnya.” (Al-Uqud Halaman 268). Imam Az-Zahabi mensifatkan keteguhan Syeikhul Islam di depan musuh-musuhnya dengan mengatakan: “…..Hingga menentangnya sekelompok Ulama Mesir dan Syam dengan penentangan yang tidak ada bandingannya… dan dia orang yang teguh tidak terpujuk dan tidak suka, malah beliau tetap mengatakan kebenaran yang pahit sesuai dengan ijtihadnya, ketajaman fikiran, dan keluasan pengetahuannya pada qoul-qoul dan sunan.”
- Pemalsuan terhadap fatwa beliau amat sering dilakukan. Ibnu Katsir mengisahkan cerita penahanan beliau dalam peristiwa yang terjadi di tahun 726 Hijriah kerana berfatwa masalah ziarah kubur yang diadukan kepada sultan. Pengadunya mengatakan bahawa Ibnu Taimiyah telah menulis surat yang isinya pengharaman untuk menziarahi kubur nabi dan orang-orang soleh berdasarkan Ijma. Lalu Ibnu Katsir membela gurunya dengan mengatakan bahawa itu adalah pemalsuan kerana gurunya tidak berfatwa tentang keharaman berziarah secara umum, namun yang haram adalah mengadakan musafir semata-mata untuk berziarah. Adapun berziarah tanpa melakukan musafir justeru dianggap mustahab (sunnah) oleh gurunya. Pemalsuan fatwa beliau diakui banyak Huffaz diantaran Az-Zahabi, Ibnu Abdil Hadi, Al-Barzali dan beliau sendiri di dalam Majmu' Fatawa dan salah satu pengakuan tersebut juga terdapat dalam Muqaddimah Kitab Tis’iniyat yang ditulis khusus untuk membantah kalam nafsi dan Aqidah Asy’ariyah.
- Kisah Ini terjadi Bulan Rabi'ul Awal tahun 707 Hijriah, sebelumnya iaitu akhir-akhir tahun 706 Hijriah beliau masih dalam penjara di Mesir dan dijanjikan pembebasan jika mahu mengubah beberapa perkara berkait Aqidahnya, namun Ibnu Katsir menjelaskan bahawa di akhir tahun 706 Hijriah ketika utusan dari sultan bolak-balik untuk mengundang beliau dan bahkan dijanjikan pembebasan, beliau tetap teguh dengan pendiriannya. Namun dia tidak menyebutkan teks perkataan dan tulisannya.
3. Riwayat dari Syeikhul Islam sendiri.
DR. Muhammad Bin Ibrahim Al-Ajalan telah mentahqiq sebuah Kitab Ibnu Taimiyah yang berjudul “At-Tis’iniyyat” iaitu sebuah Kitab yang dikarang untuk membantah Aqidah Asy’ari secara terperinci dan sebahagian besarnya tentang kalaamun-Nafsi[4].
Dari Muqaddimah kitab ini dapat dilihat dengan jelas lengkapnya peristiwa yang disebutkan oleh Ibnu Katsir pada peristiwa-peristiwa yang terjadi di akhir Ramadhan di malam Aidul Fitri tahun 706 Hijriah tentang adanya utusan yang menginginkan kehadiran Syeikhul Islam dalam sebuah majlis dimana beliau diminta untuk menarik fatwa-fatwanya berkenaan Kalamullah, Jihah dan Tahayyuz, dan 'Arasy agar sesuai dengan Aqidah Asy’ariyah dengan hadiah pembebasannya dari Penjara.
Namun beliau tetap teguh untuk tidak menghadiri acara tersebut dan hanya menulis jawapan ringkas dalam sebuah surat serta menulis jawapan terperinci dengan menulis sebuah kitab khusus. Dr. Muhammad bin Ibrahim Al-Ajalan memastikan berdasarkan Awal cerita di dalam Kitab tersebut bahawa Ibnu Taimiyah mulai mengarangnya pada Tahun 706 Hijriah disebabkan oleh permintaan untuk menghadiri majlis yang disana beliau diharapkan membuat sebuah pengakuan dan menarik fatwa-fatwa tentang Aqidah sebagaimana yang telah saya sebutkan.[5]
Selanjutnya di awal kitab tersebut halaman 111 diterangkan bahawa utusan tersebut tersebut sebelumnya pernah datang juga membawa tulisan dari Ibnu Makhluf yang menggambarkan Aqidah Ibnu Taimiyah, namun ternyata tulisan tersebut isinya dusta kerana sesuai dengan Aqidah mereka. Ibnu Taimiyah Memarahi utusan tersebut dan menyuruh mereka berlaku Adil. Begitu seterusnya, dimana utusan-demi utusan datang untuk meminta kehadiran beliau dalam majlis yang diadakan oleh Amir pada saat itu. Namun beliau selalu menolak hadir dan hanya menulis surat namun surat beliau didustakan.[6] Oleh kerana itu sangat berkemungkinan surat palsu itulah yang dibacakan dalam majlis yang tidak dihadiri oleh Ibnu Taimiyah tersebut lalu dinukil oleh sebahagian kecil ahli sejarah.
Kesimpulan dari pembahasan ini adalah perlunya penguatan dan penggabungan beberapa cerita tentang rujuknya beliau kepada Aqidah Asy’ari agar mendapat kesimpulan yang adil dan jauh dari ketidakadilan.
Dari penguatan dan penggabungan riwayat-riwayat tersebut jelaslah bahawa Kita dapat menetapkan asas kisah tersebut, tanpa menetapkan apapun berkaitan tentang rujuk dari aqidah salaf dan tidak menetapkan tulisan yang penyelisihannya jelas dengan apa yang telah didakwahkan oleh Syeikhul Islam sebelum tanggal tersebut dan setelahnya.
Semoga bermanfaat
Saudaramu : dobdob
Dikutip dari Kitab “Al Jaami Lishirathi Syaikhil Islam” dengan beberapa penambahan
[1] Didalam kitab tarikhnya, Al-Barzali memang tidak menyebutkan apapun tentang surat dan rujuk, tetapi penukilan sekelompok ahli sejarah (Ibnu Hajar dan Ibnu Rajab misalnya, pent) kepada kitab tersebut. Menunjukkan bahawa Al-Barzalli telah menyebutkan sesuatu tentang perkara tersebut. Kemungkinan dia menyebutkan pada kitab tarikhnya yang tidak diketahui, atau pada kitab lain semisal Mu’jam syuyukh.
[2] Riwayat dengan rantai sanad yang lebik pendek, dan susunan sanad seperti ini merupakan nilai lebih, kerana mempermudah pemeriksaan dan mengurangkan kesalahan.
[3] Riwayat seorang tsiqah yang menyalahi riwayat perawi lain yang lebih tsiqah atau lebih banyak jumlahnya.
[4] Keyakinan khas Asy’ariyah tentang kalamullah dimana mereka mengatakan bahawa Kalam itu Qadim, Menyatu dengan Zat-Nya (Qaaimun Bizatihi), tanpa suara dan Huruf, adapun Al-Qur’an yang sekarang di dunia merupakan ta’bir atau interpretasi tafsiran dari kalamullah yang dilakukan oleh Malaikat Jibril 'alaihissalam.
[5] Lihat tarikh Ta’lif kitab tersebut pada halaman 55 kitab Tis’iniyat.
[6] Lihat dan renungkanlah halaman 109-119 rangkaian kisah tersebut yang merupakan bukti paling kuat bahawa kisah taubat tersebut adalah dusta.
Saturday, August 7, 2010
Aku Seorang Al-Asya'irah
Friday, July 30, 2010
Kisah Seorang Syaikhul Islam II
Tuesday, July 27, 2010
Kisah seorang Syeikhul Islam
Tuesday, June 22, 2010
Teguran untuk As-Subki
Al-Imam Ad-Dzahabi telah menulis sebuah surat teguran kepada (Taqiyuddin) As-subki kerana dia mencela Ibnu Taimiyah. Kemudian dia menjawab surat tersebut dengan puji-pujian kepada Ibnu Taimiyah.
Kejadian ini terakam dalam kitab Durarul Kaminah karya Ibnu Hajar ketika membahas Biografi Ibnu Taimiyah, Raddul Waafir ketika Membahas tentang Pujian Assubki dan juga dalam Dzail Alat-thbaqatul Hanabilah Oleh Ibnu Rajab Al-Hanbali dengan riwayat yang serupa.
Ibnu Hajar menuturkan:
“Ad-Dzahabi telah menulis sebuah surat kepada As-Subki dan mencelanya kerana dia membicarakan (mencela, red) ibnu Taimiyah., Maka As-Subki Menjawab surat tersebut. Sebahagian isi surat tersebut adalah:
Adapun perkataan (engkau, red) tuanku terkait Ibnu Taimiyah, maka Hamba memastikan ketinggian darjatnya, melimpah bak lautan, keluasannya dalam Ilmu-ilmu Naqli dan Aqli, kecerdasanya dan kesungguhannya yang ekstrim, dan pencapaiannya yang telah melalui sesuatu yang dapat digambarkan . Hamba selalu mengatakan demikian. Kedudukannya disisiku bahkan lebih besar dan lebih tinggi dari itu. Kerana Allah telah mengumpulkan zuhud, wara, dan keagamaan baginya.
Membela kebenaran bukan untuk tujuan selain Allah, Bertindak sesuai sunnah salaf, dan mengambil sunnah mereka dengan bahagian yang memadai. Sangat Sedikit yang mirip dengannya pada Zaman Ini bahkan sepanjang masa”.
Bahkan dalam kitab Raddul Wafir disebutkan pernyataan yang amat menyentuh dari Taqiyuddin As-Subki kepada Ibnu Taimiyah.
Beliau menuturkan:
“Tidaklah membenci Ibnu Taimiyah kecuali seorang yang bodoh atau pengekor hawa nafsu, orang yang bodoh tidak mengetahui apa yang dia katakan, adapun pengekor hawa nafsu maka hawa nafsunya telah menghalanginya dari kebenaran setelah dia mengetahuinya”.
Adapun anak beliau Yang bernama Tajuddin Assubki memiliki cerita lain terkait pendapat-pendapatnya tentang Ibnu Taimiyah.
Salah Satu riwayat yang mengesankan kebaikan tentang Ibnu Taimiyah yang dapat diambil darinya adalah Pengakuannya bahawa Al-Mizzi pengarang Tahdzibul kamal hanya memberikan gelar Syaikhul Islam Kepada Ibnu Taimiyah dan Ayahnya Taqiyuddin As-Subki.
Adapun komentar-komentar pedas bernada celaan, penyesatan, dan bahkan Pengkafiran terhadap Ibnu Taimiyah, telah banyak tersebar melalui riwayat-riwayat pengikutnya yang amat membenci ibnu Taimiyah.
Tidak luput, celaannya terhadap Ibnu Taimiyah menuai pembalasan pedas dari para Ulama yang tidak sefahaman dengannya.
As-Sakhawi berkata dalam kitabnya I’lanut taubih bahawa dia adalah orang yang Taasshub, bahkan dia mengutip Al-Kinani yang mengatakan bahawa Tajuddin As-subki adalah orang yang Kurang Adab, tidak Insyaf, dan bodoh dengan ahli Sunnah serta kedudukan mereka.
Berikut kutipan dari I’lanut Taubih
Semoga Bermanfaat
Sumber: http://syaikhulislam.wordpress.com/2010/03/09/teguran-untuk-as-subki/#more-52
Monday, March 8, 2010
Asya'irah Disebar Dengan Kekejaman - Ustaz Asrie bin Sobri
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Friday, July 17, 2009
Wahabi dan Asy’ariyah alias Asha’irah: Siapa yang mengikut aqidah Imam Abul Hasan asy’ariy??
Orang kata, wahabi mengatakan Allah memerlukan tempat kerana wahabi menetapkan sifat Allah istiwa’ di atas langit di ‘Arasy-Nya padahal ‘wahabi’ (pinjam kata-kata mereka) hanya menetapkan sifat istiwa’ bagi Allah dan tidak ada pun pernyataan ‘wahabi’ yang menyatakan Allah memerlukan tempat. Sedangkan Asha’irah mengatakan mereka mengikut aqidah Imam Abul Hasan Asy’ariy iaitu Allah wujud tanpa bertempat? Betulkah demikian? Haatu burhanakum inkuntum shadiqiin (Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar).
Apa yang penting bukan perkataan ulama yang menjadi neraca timbangan kebenaran, akan tetapi perkataan mereka (para ulama) yang bertepatan dengan syariat yang telah Allah turunkan kepada umat ini melalui lisan Rasul-Nya yang mulia shallallahu ‘alaihi wa sallam dan telah dicontohkan oleh generasi terbaik umat ini yakni para sahabat ridhwanallah ‘alaihim jami’an.
Posting sebelum ini saya membawakan tulisan dari al-Ustadz Abul Jauzaa’ hafizhahullah berjudul -Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy, Asyaa’irah (Asy’ariyyah), dan Bahasan Pemalsuan Kitab Al-Ibaanah ‘an Ushuulid-Diyaanah-, dan kali ini saya bawakan tulisan yang sama (yang telah bahagikan kepada 2, untuk bagian pertama saya meletakkan judul “Wahabi Tipu Al-Ibanah Lagi????“) untuk pembahasan Aqidah sebenar Imam Abul Hasan Asy’ari rahimahullah. Semoga artikel ini memberi penjelasan kepada kita akan hakikat kelompok asy’ariyah yang ada di zaman ini, apakah sama pegangan mereka dengan sang imam, atau terbalik 180 darjah dari hakikat yang sebenar.
Ada beberapa tambahan dari saya seperti subtopik dan ubahan pada format tulisannya, saya juga ubah bahasa tulisan ini kepada bahasa melayu malaysia. Antara subtopik yang saya letakkan:
- Pernyataan Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy mengenai Sifat ‘Uluw/istiwa’ bagi Allah
- Perkataan Para Muktazilah, Jahmiyah Dan Haruriyah
- Perkataan para ulama yang menukil pegangan Imam Abul Hasan Asy’ariy
Silakan membaca:
Ustadz Abul Jauzaa’ menulis: Sebagaimana telah diketahui bersama, di akhir usia beliau kembali ke ‘aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah setelah puluhan tahun lamanya beliau tenggelam dalam ‘aqidah Mu’tazillah dan Kullabiyyah [lihat Wifaayatul-A’yaan oleh Ibnu Khalkaan Asy-Syaafi’iy 2/446, Al-Bidaayah wan-Nihaayah oleh Ibnu Katsir 11/187, Thabaqaat Asy-Syaafi’iyyah Al-Kubraa oleh Taajuddin As-Subkiy 2/246, dan yang lainnya]. Adalah keliru jika banyak kaum muslimin mengira beliau masih beraqidah Asy’ariyyah. Seorang imam ahli hadits dan pakar sejarah Islam yang diakui, Abu ‘Abdillah Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin ‘Utsman bin Qaimaz Ad-Dimasyqiy atau yang lebih dikenal dengan Adz-Dzahabiy rahimahullah, telah mengumpulkan beberapa riwayat dan nukilan ‘aqidah seputar sifat Allah menurut Ahlus-Sunnah dalam kitab Al-‘Ulluw lil-‘Aliyyil-‘Adhiim[1], diantaranya adalah ‘aqidah Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah telah meringkas kitab tersebut dengan judul : Mukhtashar Al-‘Ulluw lil-‘Aliyyil-Ghaffaar.
Pernyataan Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy mengenai Sifat ‘Uluw/istiwa’ bagi Allah
Pada kesempatan kali ini, saya akan coba tuliskan ‘aqidah Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah sebagaimana tertera dalam kitab Mukhtashar Al-‘Ulluw lil-‘Aliyyil-Ghaffaar halaman 236-243 (Penerbit Al-Maktab Al-Islamiy, Cet. 1/1401 H) atau Al-‘Ulluw lil-‘Aliyyil-Ghaffaar halaman 159-163 (Penerbit Al-Maktabah As-Salafiyyah, Cet. 2/1388 H) :
Abul-Hasan Al-Asy’ariy (260 – 324 H)
1. Telah berkata Al-Imam Abul-Hasan ‘Aliy bin Isma’il bin Abi Bisyr Al-Asy’ariy Al-Bashriy, seorang ahli ilmu kalam, dalam kitabnya yang berjudul Ikhtilaaful-Mushalliin[2] wa Maqaalatul-Islaamiyyin menyebutkan kelompok Khawarij, Rafidlah, Jahmiyyah, dan yang lainnya, hingga kemudian beliau menyebutkan pernyataan Ahlus-Sunah dan Ashhaabul-Hadiits (dalam ‘aqidah) :
جملة قولهم الإقرار بالله وملائكته وكتبه ورسله وبما جاء عن الله وما رواه الثقات عن رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يردون من ذلك شيئا. وأن الله على عرشه كما قال (الرحمن على العرش استوى) وأنه له يدين بلا كيف كما قال : (لما خلقت بيدي). وأن أسماء الله لا يقال إنها غير الله كما قالت المعتزلة والخوارج. وأقروا أن لله علما كما قال: (أنزله بعلمه) (وما تحمل من أنثى ولا تضع إلا بعلمه). وأثبتوا السمع والبصر ولم ينفوا ذلك عن الله كما نفته المعتزلة. وقالوا : لا يكون في الأرض من خير وشر إلا ما شاء الله وأن الأشياء تكون بمشيئته كما قال تعالى : (وما تشاؤون إلا أن يشاء الله) إلى أن قال : ويقولون : [إن] القرآن كلام الله غير مخلوق.
ويصدقون بالأحاديث التي جاءت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الله ينزل إلى السماء الدنيا فيقول هل من مستغفر) كما جاء الحديث. ويقرون أن الله يجيء يوم القيامة كما قال : (وجاء ربك والملك صفا صفا) وأن الله يقرب من خلقه كما يشاء قال : (ونحن أقرب إليه من حبل الوريد) إلى أن قال : فهذا جملة ما يأمرون به ويستعملونه ويرونه وبكل ما ذكرنا من قولهم نقول وإليه نذهب وما توفيقنا إلا بالله.
“Kesimpulan dari perkataan mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) adalah pengakuan kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan apa-apa yang datang dari Allah serta apa yang disampaikan oleh para perawi tsiqaat dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam; tanpa menolak sedikitpun dari semua hal itu. Dan bahwasannya Allah berada di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana firman-Nya : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy’ (QS. Thaha : 5). Juga (Allah) mempunyai dua tangan, sebagaimana firman-Nya : ‘Kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku’ (QS. Shaad : 75). Dan bahwasannya nama-nama Allah tidak dikatakan sebagai selain Allah seperti dikatakan Mu’tazilah dan Khawarij.
Mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) juga menetapkan bahwa Allah mempunyai ilmu, sebagaimana firman-Nya : ‘Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya’ (QS. An-Nisaa’ : 166). ‘Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya’ (QS. Fathir : 11). Mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) juga menetapkan sifat mendengar serta melihat bagi Allah, dan tidak menafikannya dari Allah sebagaimana Mu’tazillah telah menafikannya. Mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) mengatakan : ‘Tidak ada satupun kebaikan dan kejelekan yang terjadi di muka bumi kecuali apa-apa yang telah dikehendaki Allah. Segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, sebagaimana firman-Nya ta’ala : ‘Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah’ (QS. At-Takwir : 29)”.
Hingga beliau (Al-Imam Asy-ariy rahimahullah) berkata : “Dan mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) berkata : ‘Sesungguhnya Al-Qur’an adalah Kalamullah, bukan makhluk”.
Dan mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) membenarkan hadits-hadits yang datang dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia, dan berfirman : Apakah ada orang yang memohon ampun (kepada-Ku) ?’; sebagaimana disebutkan dalam hadits. Mereka pun mengakui bahwa Allah akan datang pada hari kiamat sebagaimana firman-Nya : ‘Dan datanglah Tuhanmu, sedang malaikat berbaris-baris’ (QS. Al-Fajr : 22). Dan bahwasannya Allah dekat dengan makhluk-Nya seperti yang Dia kehendaki, sebagaimana firman-Nya : ‘Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya’ (QS. Qaaf : 16)”.
Hingga beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy rahimahullah) berkata : “Ini semua adalah kesimpulan dari apa yang mereka (Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits) perintahkan dengannya, dan mereka amalkan dan berpendapat. Semua yang kami sebutkan dari perkataan mereka adalah juga yang kami katakan dan bermadzhab dengannya. Dan tidak ada yang memberikan taufiq kepada kita melainkan Allah”.[3]
2. Al-Imam Al-Asy’ariy rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya di atas (yaitu : Maqaalatul-Islaamiyyiin) pada bab : ‘Apakah Allah berada di suatu tempat tertentu, atau tidak berada di suatu tempat, atau berada di setiap tempat ?’ ; maka beliau berkata :
إختلفوا في ذلك على سبع عشرة مقالة منها قال أهل السنة وأصحاب الحديث إنه ليس بجسم ولا يشبه الأشياء وإنه على العرش كما قال : (الرحمن على العرش استوى). ولا نتقدم بين يدي الله بالقول، بل نقول استوى بلا كيف وإن له يدين كما قال : (خلقت بيدي) وإنه ينزل إلى سماء الدنيا كما جاء في الحديث.
ثم قال : وقالت المعتزلة استوى على عرشه بمعنى إستولى وتأولوا اليد بمعنى النعمة وقوله تجري بأعيننا أي بعلمنا
“Mereka (para ulama) berbeda pendapat tentang permasalahan tersebut menjadi tujuh belas pendapat. Diantara pendapat-pendapat tersebut adalah pendapat Ahlus-Sunnah dan Ashhaabul-Hadiits yang mengatakan bahwa Allah tidak bersifat mempunyai badan (seperti makhluk), dan tidak pula Dia menyerupai sesuatupun (dari makhluk-Nya). Dan bahwasannya Dia berada di atas ‘Arsy sebagaimana firman-Nya : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy’ (QS. Thaha : 5). Kami tidak mendahului Allah dengan satu perkataanpun tentangnya, namun kami mengatakan bahwa Allah bersemayam (istiwaa’) tanpa menanyakan bagaimananya. Dan bahwasannya Allah mempunyai dua tangan sebagaimana firman-Nya : ‘Kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku’ (QS. Shaad : 75). Dan bahwasannya Allah turun ke langit dunia sebagaimana yang terdapat dalam hadits”.
Kemudian beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy) berkata : “Mu’tazillah berkata : ‘Allah bersemayam (istiwaa’) di atas ‘Arsy-Nya’ ; dengan makna menguasai (istilaa’). Dan mereka menta’wilkan pengertian tangan (Allah) dengan nikmat. (Dan juga menakwilkan) firman-Nya : ‘Yang berlayar dengan mata-mata Kami’ (QS. Al-Qamar ; 14), yaitu : dengan ilmu Kami”.[4]
3. Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah berkata dalam kitabnya yang berjudul Jumalul-Maqaalaat :
رأيته بخط المحدث أبي علي بن شاذان فسرد نحوا من هذا الكلام في مقالة أصحاب الحديث. تركت إيراد ألفاظه خوف الإطالة والمعنى واحد
“Aku melihat tulisan Muhaddits Abu ‘Aliy bin Syaadzaa – lalu menuangkan perkataan yang semisal dengan di atas dalam (Bab) Maqaalaatu Ashhaabil-Hadiits. Aku tingalkan penyebutan lafaznya karena khuatir akan menjadi panjang (pembahasannya), padahal maknanya adalah satu (sebagaimana telah disebutkan sebelumnya)”.
4. Telah berkata Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah dalam kitabnya Al-Ibaanah fii Ushuulid-Diyaanah, pada Baab Al-Istiwaa’ :
فإن قال قائل : ما تقولون في الإستواء ؟. قيل [له] نقول : نقول إن الله مستو على عرشه كما قال : (الرحمن على العرش استوى) وقال : (إليه يصعد الكلم الطيب) وقال : (بل رفعه الله إليه) وقال حكاية عن فرعون : (وقال فرعون يا هامان ابن لي صرحا لعلي أبلغ الأسباب أسباب السموات فأطلع إلى إله موسى وإني لأظنه كاذبا). فكذب موسى في قوله : إن الله فوق السموات. وقال عزوجل : (أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض) فالسموات فوقها العرش، فلما كان العرش فوق السموات. وكل ما علا فهو سماء، وليس إذا قال : (أأمنتم من في السماء) يعني جميع السموات، وإنما أراد العرش الذي هو أعلى السموات، ألا ترى أنه ذكر السموات فقال : (وجعل القمر فيهن نورا) ولم يرد أنه يملأهن جميعا، [وأنه فيهن جميعا]. قال : ورأينا المسلمين جميعا يرفعون أيديهم – إذا دعوا – نحو السماء لأن الله مستو على العرش الذي هو فوق السماوات، فلو لا أن الله على العرش لم يرفعوا أيديهم نحو العرش.
“Apabila seseorang bertanya : ‘Apa yang engkau katakan mengenai istiwaa’ ?’. Maka dikatakan kepadanya : ‘Kami mengatakan sesungguhnya Allah bersemayam (istiwaa’) di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana firman-Nya : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy’ (QS. Thaha : 5). ‘Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik’ (QS. Fathir : 10). ‘Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya’ (QS. An-Nisaa’ : 158). Allah juga berfirman mengenai hikayat/cerita Fir’aun : ‘Dan berkatalah Firaun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta” (QS. Al-Mukmin : 36-37). Fir’aun mendustakan Musa yang mengatakan : ‘Sesungguhnya Allah berada di atas langit’. Allah ‘azza wa jalla berfirman : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkirbalikkan bumi bersama kamu’ (QS. Al-Mulk : 16). Yang berada di atas langit adalah ‘Arsy (dimana Allah bersemayam/ber-istiwaa’ di atasnya). Ketika ‘Arsy berada di atas langit, maka segala sesuatu yang berada di atas disebut langit (as-samaa’). Dan bukanlah yang dimaksud jika dikatakan : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit’ ; yaitu semua langit, namun yang dimaksud adalah ‘Arsy yang berada di puncak semua langit. Tidakkah engkau melihat bahwasannya ketika Allah menyebutkan langit-langit, Dia berfirman : ‘Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya’ (QS.Nuuh : 16) ? Bukanlah yang dimaksud bahwa bulan memenuhi seluruh langit dan berada di seluruh langit”.
Beliau (Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah) melanjutkan : “Dan kami melihat seluruh kaum muslimin mengangkat tangan mereka – ketika berdoa – ke arah langit, karena (mereka berkeyakinan) bahwa Allah bersemayam (istiwaa’) di ‘Arsy yang berada di atas semua langit. Jika saja Allah tidak berada di atas ‘Arsy, tentu mereka tidak akan mengarahkan tangan mereka ke arah ‘Arsy”.
Perkataan Para Muktazilah, Jahmiyah Dan Haruriyah
وقد قال قائلون من المعتزلة والجهمية والحرورية : إن معنى استوى إستولى وملك وقهر، وأنه تعالى في كل مكان، وجحدوا أن يكون على عرشه، كما قال أهل الحق، وذهبوا في الإستواء إلى القدرة، فلو كان كما قالوا كان لا فرق بين العرش وبين الأرض السابعة لأنه قادر على كل شيء، والأرض شيء، فالله قادر عليها وعلى الحشوش.
وكذا لو كان مستويا على العرش بمعنى الإستيلاء، لجاز أن يقال : هو مستو على الأشياء كلها ولم يجز عند أحد من المسلمين أن يقول : إن الله مستو على الأخلية والحشوش، فبطل أن يكون الإستواء [على العرش] : الإستيلاء.
“Dan telah berkata orang-orang dari kalangan Mu’tazillah, Jahmiyyah, dan Haruriyyah (Khawarij) : ‘Sesungguhnya makna istiwaa’ adalah menguasai (istilaa’), memiliki, dan mengalahkan. Allah ta’ala berada di setiap tempat’. Mereka mengingkari keberadaan Allah di atas ‘Arsy-Nya, sebagaimana yang dikatakan oleh Ahlul-Haq (Ahlus-Sunnah). Mereka (Mu’tazillah, Jahmiyyah, dan Haruriyyah) memalingkan (mena’wilkan) makna istiwaa’ kepada kekuasaan/kemampuan (al-qudrah). Jika saja hal itu seperti yang mereka katakan, maka tidak akan ada bedanya antara ‘Arsy dan bumi yang tujuh, karena Allah berkuasa atas segala sesuatu. Bumi adalah sesuatu, dimana Allah berkuasa atasnya dan atas rerumputan.
Begitu juga apabila istiwaa’ di atas ‘Arsy itu bermakna menguasai (istilaa’), maka akan berkonsekuensi untuk membolehkan perkataan : ‘Allah ber-istiwaa’ di atas segala sesuatu’. Namun tidak ada seorang pun dari kaum muslimin yang membolehkan untuk berkata : ‘Sesungguhnya Allah ber-istiwaa’ di tanah-tanah kosong dan rerumputan’. Oleh karena itu, terbuktilah kebathilan perkataan bahwa makna istiwaa’ (di atas ‘Arsy) adalah istilaa’ (menguasai)”.
Kemudian Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah menyebutkan beberapa dalil dari Al-Kitab (Al-Qur’an), As-Sunnah, dan akal selain yang tersebut di atas.[5]
Perkataan para ulama yang menukil pegangan Imam Abul Hasan Asy’ariy
5. Al-Imam Abu Bakr bin Faurak menukil perkataan di atas dari para ahli hadits, dari Abul-Hasan Al-Asy’ariy dalam kitab Al-Maqaalaatu wal-Khilaaf Bainal-Asy’ariy wa Baina Abi Muhammad ‘Abdillah bin Sa’iid bin Kullaab Al-Bashriy – tulisan Ibnu Faurak. Beliau (Ibnu Faurak) berkata :
الفصل الأول في ذكر ما حكى أبو الحسن رضي الله عنه في كتاب المقالات من جمل مذاهب أصحاب الحديث وما أبان في آخره أنه يقول بجميع ذلك.
“Pasal Pertama : Penyebutan Apa-Apa yang Dihikayatkan Abul-Hasan Radliyallaahu ‘anhu dalam Kitab Al-Maqaalaat dari Kumpulan Pendapat Ashhaabul-Hadiits dan Apa yang Dijelaskan di Akhir Kitab tersebut Bahwa Beliau Mengatakan Keseluruhan Pendapat Tersebut.”
Ibnu Faurak kemudian menyatakan perkataan tersebut apa adanya, lalu berkata di bagian akhirnya :
فهذا تحقيق لك من ألفاظه أنه معتقد لهذه الأصول التي هي قواعد أصحاب الحديث وأساس توحيدهم
“Ini adalah satu penelitian bagi Anda dari perkataan Al-Asy’ariy bahwasannya beliau berkeyakinan dengan prinsip ini dimana hal itu merupakan kaidah yang dipegang oleh Ashhaabul-Hadiits dan pondasi bagi ketauhidan mereka”.
Telah berkata Al-Haafidh Abul-‘Abbas Ahmad bin Tsaabit Ath-Tharqiy[6] : Aku pernah membaca kitab Abul-Hasan Al-Asy’ariy yang berjudul Al-Ibaanah beberapa dalil yang menetapkan al-istiwaa’ (bersemayam). Beliau berkata dalam kesimpulan atas hal tersebut :
ومن دعاء أهل الإسلام إذا هم رغبوا إلى الله يقولون : يا ساكن العرش ومن حلفهم : لا والذي إحتجب بسبع.
“Termasuk salah satu doa orang Islam saat mereka berharap kepada Allah, mereka berkata : ‘Wahai yang penghuni ‘Arsy dan Dzat yang dijadikan sumpah oleh mereka’ ; tidak (dikatakan) : ‘Demi Dzat yang terhijab oleh tujuh langit”.[7]
6. Telah berkata Al-Ustadz Abul-Qaasim Al-Qusyairiy rahimahullah dalam Syikaayatu Ahlis-Sunnah :
ما نقموا من أبي الحسن الأشعري إلا أنه قال بإثبات القدر، وإثبات صفات الجلال لله، من قدرته، وعلمه، وحياته، وسمعه، وبصره، ووجهه، ويده، وأن القرآن كلامه غير مخلوق.
سمعت أبا علي الدقاق يقول : سمعت زاهر بن أحمد الفقيه يقول مات الأشعري رحمه الله ورأسه في حجري فكان يقول شيئا في حال نزعه لعن الله المعتزلة موهوا ومخرقوا
“Tidaklah mereka membenci Abul-Hasan Al-Asy’ariy kecuali karena ia telah menetapkan adanya qadar, menetapkan sifat keagungan bagi Allah, mulai dari kekuasaan-Nya, ilmu-Nya, hidup-Nya, pendengaran-Nya, penglihatan-Nya, wajah-Nya, tangan-Nya, dan bahwasannya Al-Qur’an adalah kalamullah, bukan makhluk.
Aku pernah mendengar Abu ‘Aliy Ad-Daqaaq berkata : Aku pernah mendengar Zaahir bin Ahmad Al-Faqiih berkata : ‘Ketika Al-Asy’ariy rahimahullah menjelang wafat, kepalanya berada di pangkuanku, maka beliau mengatakan : ‘Semoga Allah melaknat Mu’tazillah. Mereka telah tertipu dan telah berdusta”.[8]
7. Telah berkata Al-Haafidh Al-Hujjah Abul-Qaasim bin Al-‘Asaakir dalam kitabnya Tabyiinu Kadzibil-Muftariy fii maa Nusiba ilaa Al-Asy’ariy :
فإذا كان أبو الحسن رحمه الله كما ذكر عنه من حسن الإعتقاد، مستصوب المذهب عند أهل المعرفة والإنتقاد، يوافقه في أكثر ما يذهب إليه أكابر العباد، ولا يقدح في مذهبه غير أهل الجهل والعناد، فلا بد أن يحكى عنه معتقده على وجهه بالأمانة، ليعلم حاله في صحة عقيدته في الديانة، فاسمع ما ذكره في كتاب الإبانة فإنه قال : ((الحمد لله الواحد العزيز الماجد، المتفرد بالتوحيد، المتمجد بالتمجيد، الذي لا تبلغه صفات العبيد، وليس له مثل ولا نديد….)). فرد في خطبته على المعتزلة والقدرية والجهمية [والرافضة. إلى أن قال : فإن قال قائل : قد أنكر تم قول المعتزلة والقدرية والجهمية] والحرورية والرافضة والمرجئة، فعرفونا ما قولكم الذي تقولون، وديانتكم التي بها تدينون ؟ قيل له : قولنا الذي به نقول، وديانتنا التي بها ندين، التمسك بكتاب الله وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم، وما روي عن الصحابة والتابعين وأئمة الحديث، ونحن بذلك معتصمون، وبما كان عليه أحمد بن حنبل نضر الله وجهه قائلون، ولمن خالف قوله مجانبون، لأنه الإمام الفاضل، والرئيس الكامل، الذي أبان الله به الحق عند ظهور الضلال، وأوضح به المنهاج، وقمع به المبتدعين، فرحمه الله من إمام مقدم، وكبير مفهم وعلى جميع أئمة المسلمين.
“Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah, sebagaimana telah disebutkan dari beliau, adalah seorang yang mempunyai keyakinan (i’tiqad) yang baik, sesuai dengan madzhab yang ditempuh para ulama, dimana sebagian besar perkataannya mencocoki madzhab mereka (para ulama). Tidak ada yang mencela madzhabnya[9] kecuali dari kalangan orang-orang bodoh dan ingkar. Maka, sudah seharusnya bagi seseorang yang ingin menjelaskan i’tiqadnya disertai rasa amanah agar dapat diketahui kebenaran ‘aqidahnya dalam perkara agama. Maka, dengarkanlah apa yang telah ia sebutkan dalam kitabnya yang berjudul Al-Ibaanah : ‘Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, dan Maha Terpuji. Yang sendiri dengan keesaan-Nya, yang terpuji dengan pujian, yang tidak sampai kepada-Nya sifat-sifat hamba, dan tidak ada kesamaan maupun tandingan bagi-Nya…”.
Beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy) membantah dalam khutbahnya kepada Mu’tazillah, Jahmiyyah, dan Raafidhah. Hingga kemudian beliau berkata : Apabila ada seseorang mengatakan jika engkau telah mengingkari/membantah secara lengkap perkataan Mu’tazillah, Qadariyyah, Jahmiyyah, Haruriyyah/Khawarij, Raafidhah, dan Murji’ah; maka beritahukanlah kepada kami tentang perkataan yang menjadi pendapat dan agama bagimu ! Maka katakanlah padanya : ‘Perkataan yang kami katakan dan agama yang kami anut adalah berpegang-teguh kepada Kitabullah (Al-Qur’an), Sunnah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan apa-apa yang diriwayatkan dari shahabat, tabi’in, serta para imam ahli-hadits. Kami berpegang teguh terhadap hal itu. Dan juga, dengan agama (pemahaman) yang Ahmad bin Hanbal berada di atasnya – semoga Allah membaguskan wajahnya. Barangsiapa yang menyelisihi perkataannya (Ahmad bin Hanbal) adalah para pembangkang, karena dia adalah seorang imam yang utama dan pemimpin yang sempurna dimana Allah telah memberikan penjelasan kebenaran melalui perantaraannya di saat muncul kesesatan. Melalui perantaraannya, Allah juga telah menjelaskan manhaj yang benar dan membungkam ahlul-bida’. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada imam yang unggul dan agung, serta kepada seluruh imam-imam kaum muslimin.
وجملة قولنا : أن نقر بالله وملائكته وكتبه ورسله، وما جاء من عند الله، وما رواه الثقات عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، لا نرد من ذلك شيئا، وأن الله إله واحد فرد صمد، لا إله غيره، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن الجنة والنار حق، وأن الساعة آتية لا ريب فيها، وأن الله يبعث من في القبور، وأن الله تعالى مستو على عرشه كما قال : (الرحمن على العرش استوى) وأن له وجها كما قال : (ويبقى وجه ربك) وأنه له يدين كما قال : (بل يداه مبسوطتان) وأن له عينين بلا كيف كما قال : (تجري بأعيننا) وأن من زعم أن اسم الله غيره كان ضالا، وندين أن الله يرى بالأبصار يوم القيامة كما يرى القمر ليلة البدر، يراه المؤمنون – إلى أن قال :
وندين بأنه يقلب القلوب، وأن القلوب بين إصبعين من أصابعه، وأنه يضع السموات والأرض على إصبع، كما جاء في الحديث، – إلى أن قال : -
وأنه يقرب من خلقه كيف شاء كما قال : (ونحن أقرب إليه من حبل الوريد) وكما قال : (ثم دنا فتدلى فكان قاب قوسين أو أدنى) ونرى مفارقة كل داعية إلى بدعة، ومجانبة أهل الأهواء، وسنحتج لما ذكرناه من قولنا وما بقي [منه] بابا بابا، وشيئا شيئا.
Dan kesimpulan perkataan kami adalah : ‘Kami mengakui Allah, para malaikat-Nya. Kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan apa-apa yang datang dari sisi Allah, serta apa-apa yang diriwayatkan oleh para perawi tsiqaat dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Kami tidak menolak satupun dari hal tersebut sedikitpun. Dan bahwasannya Allah adalah Tuhan yang Esa, tempat bergantung, tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Dia. Dan bahwasannya Muhammad adalah hamba sekaligus utusan-Nya, surga dan neraka adalah haq (benar), kiamat akan datang tanpa ada keraguan di dalamnya, Allah akan membangkitkan manusia dari kuburnya, Allah ta’ala bersemayam (istiwaa’) di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana firman-Nya : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy’ (QS. Thaha : 5). Allah mempunyai wajah, sebagaimana firman-Nya : ‘Dan tetap kekal wajah Tuhan-Mu’ (QS. Ar-Rahmaan : 27). Allah mempunyai dua tangan sebagaimana firman-Nya : ‘Tetapi kedua tangan Allah terbuka’ (QS. Al-Maaidah : 64). Allah mempunyai dua mata tanpa ditanyakan bagaimananya, sebagaimana firman-Nya : ‘Yang berlayar dengan mata-mata Kami’ (QS. Al-Qamar : 14). Dan barangsiapa yang berkeyakinan bahwa nama Allah bukanlah Allah, maka ia adalah orang yang sesat. Kami meyakini bahwa Allah kelak akan dilihat dengan penglihatan (mata) pada hari kiamat oleh kaum mukminin sebagaimana dilihatnya bulan di malam purnama”. Hingga beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy) berkata :
Kami berkeyakinan bahwasannya Allah membolak-balikkan hati, dan hati-hati manusia itu berada di antara dua jari di antara jari-jari Allah. Juga, bahwasannya Allah meletakkan semua langit dan bumi di atas satu jari, sebagaimana tercantum dalam hadits”. Hingga beliau (Al-Imam Al-Asy’ariy) berkata :
“Dan bahwasannya Allah itu dekat dengan makhluk-Nya dengan kehendak-Nya, sebagaimana firman-Nya : ‘Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat kehernya’ (QS. Qaaf : 16). ‘Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi)’ (QS. An-Najm : 8-9). Sedangkan di sisi lain kami melihat jauhnya setiap penyeru bid’ah dan pengikut hawa nafsu (dari agama dan pemahaman yang benar ini). Kami akan berhujjah (berargumentasi) dengan apa yang telah kami sebutkan tadi bab per bab secara rinci”.
Kemudian Ibnu ‘Asakir berkata :
فتأملوا رحمكم الله هذا الإعتقاد ما أوضحه وأبينه، واعترفوا بفضل هذا الإمام الذي شرحه وبينه.
“Maka renungkanlah – semoga Allah memberikan rahmat kepada kalian – i’tiqad/keyakinan ini. Alangkah terang dan jelasnya keyakinan ini. Dan hendaknya kalian mengakui keutamaan imam ini (yaitu Abul-Hasan Al-Asy’ariy) yang telah menjelaskan dan menerangkannya (kepada kalian semua)”.[10]
8. Telah berkata Al-Haafidh Ibnu ‘Asaakir : “Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy telah berkata dalam kitabnya yang berjudul Al-‘Imad fir-Ru’yah :
ألفنا كتابا كبيرا في الصفات تكلمنا فيه على أصناف المعتزلة والجهمية، فيه فنون كثيرة من الصفات في إثبات الوجه واليدين، وفي إستوائه على العرش.
كان أبو الحسن أولا معتزليا أخذ عن أبي علي الجبائي، ثم نابذه ورد عليه، وصار متكلما للسنة، ووافق أئمة الحديث في جمهور ما يقولونه، وهو ما سقناه عنه من أنه نقل إجماعهم على ذلك وأنه موافقهم. وكان يتوقد ذكاء، أخذ علم الأثر عن الحافظ زكريا الساجي. وتوفي سنة أربع وعشرين وثلاثمائة، وله أربع وستون سنة رحمه الله تعالى.
“Kami telah menulis satu kitab besar dalam permasalahan sifat-sifat (Allah) dimana kami berbicara dari sudut pandang kelompok Mu’tazillah dan Jahmiyyah. Padanya terdapat berbagai macam pembahasan sifat dalam penetapan wajah dan dua tangan, serta istiwaa’-Nya di atas ‘Arsy”.[11]
Abul-Hasan Hasan pada mulanya adalah seorang Mu’tazillah yang mengambil pemahaman dari Abu ‘Ali Al-Juba’iy. Kemudian beliau meninggalkannya dan menolaknya serta berpaling menjadi seorang mutakallim (ahli ilmu kalam) Sunah. Para imam ahli hadits menyepakati sebagian besar apa yang dikatakannya. Demikianlah yang kami tuturkan dari beliau, bahwasannya beliau mengutip ijma’ mereka dan setuju dengan pendapat mereka. Beliau adalah orang yang cerdas, mempelajari ilmu atsar (hadits) dari Al-Haafidh Zakariyyah As-Saajiy. Beliau wafat pada tahun 324 H dalam usia 64 tahun. Semoga Allah memberikan rahmat kepada beliau”.
[selesai]
Scan kitab Al-‘Ulluw oleh Adz-Dzahabi rahimahullah pada halaman dimaksud : http://www.scribd.com/doc/16205688/Kitab-AlUlluw
Scan kitab Mukhtashar Al-‘Ulluw lidz-Dzahabi oleh Al-Albani rahimahullah pada halaman dimaksud : http://www.scribd.com/doc/16205769/Kitab-Mukhtashar-AlUlluw
Dapat kita lihat dari keterangan di atas bahwa manhaj Al-Imam Abul-Hasan Al-Asy’ariy rahimahullah sangat berbeda dengam kaum Asy’ariyyah (Asyaa’irah). Beliau telah menetapkan sifat-sifat Allah ta’ala yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Ash-Shahiihah sebagaimana zhahirnya. Beliau rahimahullah menetapkan sifat istiwaa’, tangan, wajah, turun, dan yang lainnya. Bahkan yang menunjukkan manhaj beliau yang bertolak belakang dengan kaum Asy’ariyyah adalah pengingkaran beliau tentang ta’wil istiwaa’ dengan istilaa’ (menguasai) atau tangan dengan nikmat. Keyakinan ini adalah keyakinan Mu’tazillah dimana beliau dulu pernah berkeyakinan dengannya. Oleh sebab itu, keyakinan/’aqidah kaum Asy’ariyyah yang ada sekarang ini (dimana mereka gemar menta’wilkan sifat-sifat Allah – dan ini diingkari oleh Abul-Hasan Al-Asy’ariy) adalah keyakinan Mu’tazillah yang telah beliau tinggalkan sebelum taubatnya.
Oleh: Abu Al-Jauzaa’ – Perumahan Ciomas Permai, Bogor.
Dicopy dari: abul-jauzaa.blogspot.com
Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita semua, kepada orang-orang yang ikhlas mencari kebenaran dan orang-orang yang cinta kepada sunnah Nabi dan benci kepada bid’ah. Dan semoga Allah memberikan ganjaran yang selayaknya kepada Ustadz Abul Jauzaa’ atas ketekunannya menulis artikel untuk membela sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allahul musta’an.
