Tokoh yang terkenal Al-Hafiz Az-Dzahabi telah menisbatkan kitab Al-Ibanah kepada Abul Hasan Al-Asy'ari seperti mana katanya dalam kitab Al-'Uluw lil 'Aliyil Ghaffar halaman 278: "Abul Hasan Al-Asy'ari berkata dalam kitabnya Al-Ibanah 'An Usul Ad-Diyanah dalam bab Istiwa' (bersemayamnya Allah di atas 'Arasy): "Jika seseorang berkata: "Apa pandanganmu tentang Istiwa?" Maka jawabnya: "Kami berpendapat bahawa Allah beristiwa (bersemayam) di atas 'Arasy sebagaimana firman Allah s.w.t:
"(Iaitu) Yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas 'Arasy" [Thaaha: 5]
Az-Dzahabi meriwayatkan dari Al-Hafiz Abul Abbas Ahmad bin Tsabit Ath-Thuraqy, bahawa ia berkata: "Aku membaca kitab Abul Hasan Al-Asy'ary yang berjudul Al-Ibanah tentang dalil-dalil yang menetapkan bahawa Allah bersemayam di atas 'Arasy". Ia menukilkan juga dari Abu Ali Ad-Daqqaaq bahawa ia mendengar Zahir bin Ahmad Al-Faqih berkata: "Imam Abul Hasan Al-Asy'ari wafat di rumahku. Ketika sedang sakarat beliau mengucapkan: :Semoga Allah melaknat Mu'tazilah yang keliru dan bodoh".[1]
Abu Syafiq menjelaskan: "Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya'ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dalam kitab Tabyin Kazibi Muftary 'Ala Imam Abu Hasan Al-Asy'ary oleh Ibnu 'Asakir yang merupakan antara tokoh Al-Asya'irah yang utama". [Rujuk dalam blog www.abu-syafiq.blogspot.com]
Ibnu Asaakir dalam buku At-Tabyiin pada halaman 128 berkata: "Tulisan-tulisan Abul Hasan Al-Asy'ari sudah masyhur dan amat terkenal dikalangan alim ulama.Upaya dan keakuran beliau dalam meneliti mendapat pujian dari kalangan para peneliti. Barangsiapa yang membaca kitab beliau Al-Ibanah pasti akan mengetahui kedudukan beliau dalam bidang ilmu dan agama".
Seterusnya dalam muka
Di antara para ulama yang mengisbatkan buku Al-Ibanah kepada Imam Asy'ari juga adalah Al-Hafiz Al-Kabir Abu Bakar Ahmad bin Al-Husain bin Ali Al-Baihaqi, Asy-Syafi'I wafat pada tahun 458 H dalam kitabnya Al-I'tiqad wal Hidayah Ilaa Sabili Ar-Rasyaad pada bab Al-Qaulu fii Al-Quran halaman 31: "Asy-Syafi'I r.a menyebutkan bahawa bukti yang menunjukkan Al-Quran yang kita tulis dalam mushaf disebut Kalam Allah adalah bahawasanya Allah s.w.t berbicara dengan Al-Quran kepada hambaNya dan mengutuskan Rasul-Nya s.a.w dengan mambawa Al-Quran dan maknanya.
Hal ini disebutkan juga oleh Imam Asy'ari dalam kitab Al-Ibanah halaman 22: "Jika seseorang berkata: "Kalian katakanlah bahawa Kalamullah ada di Lauhul Mahfuz". Maka dikatakan kepadanya: "Kami berkata seperti itu kerana Allah s.w.t berfirman:
"Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Lauhul Mahfuz". [Al-Buruj: 21-22]
"Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al-Quran......" [Al-Qiyamah: 16]
Dan Al-Quran itulah yang tertulis dalam mushaf, terpelihara dalam dada, terucap oleh lisan dan juga terdengar oleh kita. Firman Allah s.w.t:
"Maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah". [Al-Taubah: 6]
Di antara yang mengisbatkan Al-Ibanah adalah benar-benar daripada Imam Asy'ari ialah Ibn Farhun Al-Maliki. Ia berkata dalam kitabnya Ad-Dibaaj halaman 193-194: "Di antra kitab yang ditulis Abul Hasan Al-Asy'ari adalah Al-Luma' Al-Kabir, Al-Luma' Ash-Shaghir dan Kitab Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah.
Abu Al-Fallah Abdul Hayyi bin Al'Imad Al-Hanbali (w 1098 H) juga mengisbatkan kitab Al-Ibanah adalah karya Imam Asy-'ari. Ia berkata dalam kitabnya Syadzarat Adz-Dzahab fi A'yaanil min dzahab pada juz 2 halaman 303: "Abul Hasan Al-Asy'ari telah berkata dalam kitabnya Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah dan ini adalah kitab beliau yang terakhir".
Seterusnya Abul Qaasim Abdul Malik bin Isa bin Darbas Asy'Syafi'I (w 605 H) ia berkata dalam kitab Adz-Dzabb 'An Abil Hasan Al-Asy'ari: "Wahai saudara-saudara sekalian! Ketahuilah bahawa Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah adalah kitab yang ditulis oleh Al-Imam Abul Hasan Al-Asy'ari yang merupakan keyakinan beliau yang terakhir berkat kurnia dan rahmat Allah, buku ini berisikan kepercayaan beliau dalam agama Allah s.w.t setelah bertaubat dari keyakinan Mu'tazilah.
Abu-syafiq mengatakan kononnya tidak adapun aqidah Allah duduk di atas Arasy. Ini adalah kekeliruan daripada ahbash yang cuba menyamakan duduk tersebut adalah seperti duduk manusia di atas kursi?? Ini sememangnya salah!! Kerana Allah berfirman: "Tiada yang seumpamaNya dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat".. Yang benar adalah maksudnya adalah Allah itu berada di atas langit atau lebih tepat lagi bersemayam di atas 'Arasy. Kebiasaan dalam bahasa melayu bila di sebut 'duduk' tersebut menunjukkan tempat. Sebagai contoh: "Kamu duduk kat mana sekarang ni?" Yang membawa maksud "Kamu berada di mana sekarang"..
Inilah akibatnya jika tidak mendalami bidang bahasa. Malah mereka mendakwa mereka lebih mendalami bahasa. Silalah kemukakan bukti daripada Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan pentakwilan istiwa tersebut dengan penguasaan!! Padahal mereka sendiri bila menyebut nama Allah, mereka pernah mengangkat jari telujuk mereka menunjuk ke atas. Apa maksudnya itu??? Bukankah fitrah manusia sudah jelas menunjukkan sifat sempurna bagi Allah itu berada di atas daripada makhlukNya?? Sebab itulah kita berdoa mengangkat tangan ke atas langit sebagaimana Imam 'Asy'ari sendiri menyebut dalam kitab Al-Ibanah. Abu-syafiq hanya scan dan gariskan perkataan tertentu sedangkan perkataan yang menunjukkan kita mengangkat Tangan berdoa kapada Allah yang berada di Langit tidak digariskannya. Sedangkan ia cuma bersebelahan muka suratnya. Imam 'Asy'ari berkata:
Maksudnya: "Kita melihat kaum muslimin mengangkat tangan mereka ke arah langit ketika berdoa. Ini membuktikan bahawa Allah beristriwa (bersemayam) di atas 'Arasy-Nya yang berada di atas langit, Bersemayam dengan makna Ia Maha menguasai dan menawan (tanpa berhajat pada 'Arasy). Kalau sekiranya Allah tidak berada di atas 'Arasy-Nya, tentulah mereka tidak akan mengangkat tangan ke arah 'Arasy sebagaimana mereka tidak akan merendahkan tengan mereka ke bumi ketika berdoa".
[Rujuk ِAl-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah, bab Al-Saadis, Al-Fasl Al-Awwal, Zakara Al-Istwa 'Ala Al-'Arasy, Halaman 90 bagi cetakan Dar Al-Nafais yang ditahqiq oleh 'Abbas Shabbagh]
"Dimanakah Allah? Hamba tersebut manjawab: "Di Langit. Baginda bertanya lagi: "Siapakah Aku? Hamba itu manjawab engkau Pesuruh Allah. Lalu baginda bersabda: Bebaskan dia kerana dia seorang wanita yang beriman". [Rujuk sahih Muslim, No: 579]
[1] Dinukil daripada pengenalan pada kitab Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah yang di tulis oleh Syeikh Hammad bin Muhammad Al-Anshari. Beliau adalah Pensyarah Fakulti dakwah Universiti Islamiyah Madinah Al-Munawwarah.
