Pengarangn: Hamad al-Sinan dan Fauzi al-'Anjari.
Bilangan muka
Cetakan: Darul al-Dhiya'
Muat turun: (klik)
Kitab: "Al-'Asya'irah Fi Mizan Ahl al-Sunnah." (Radd kepada kitab di atas)
Pengarang: Abu 'Utsman Faishal bin Qazar al-Jasim
Bilangan muka
Cetakan: Al-Mabarrah al-Khairiyyah li'ulum al-Qur'an wa al-Sunnah Daulah al-Kuwait, Cetakan Pertama, 2007M/1428H.
Muat turun: (klik)
Kitab Al-'Asya'irah Fi Mizan Ahl al-Sunnah kitab yang sangat bagus bagi menjawab persoalan-persoalan berkenaan sifat-sifat Allah beserta dengan riwayat-riwayat atau pendapat-pendapat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabin dari kalangan salafus soleh.
Ringkasan buku tersebut:
Bahagian pertama:
Ia menceritakan bagaimanakah usul Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam nama-nama dan sifat-sifat Allah yang bertentangan dengan Asya'irah:
Fasal awal
Dalil-dalil yang disebutkan dalam al-Quran dan al-Sunnah menetapkan secara hakiki, Atsar yang disebut oleh Salaf yang menetapkan sifat Allah secara hakiki dan pertentangan Asya'irah dengan Salaf serta menjawab syubhat mereka berkenaan bab ini.
Fasal kedua
Atsar daripada Salaf menunjukkan sifat Allah itu dimaklumi maknaNya dan tidak diketahui hakikatNya dan pertentangan Asya'irah dengan Salaf serta menjawab syubhat mereka dalam bab ini.
Fasal ketiga
Atsar Salaf tentang wajibnya mengembalikan nas-nas tentang sifat Allah sebagaimana zahirnya dan pertentangan Asya'irah dengan Salaf serta menjawab syubhat mereka.
Fasal keempat.
Nas imam-imam ahl al-Sunnah menunjukkan keharaman mentakwil dengan mengeluarkan nas-nas sifat daripada asalnya dan pertentangan Asya'irah dengan Salaf serta menjawab syubhat mereka.
Fasal kelima
Nas para Salaf menunjukkan kaedah penetapan pada keseluruhan sifat dan menjawab syubhat.
Fasal keenam
Atsar Salaf menunjukkan melazimi sifat Allah tidak membawa makna melazimi sifat makhluk dan menjelaskan syubhat Asya'irah.
Fasal ketujuh
Nas para imam ahl al-Sunnah tentang hakikat Tasybih dan menjawab syubhat.
Bahagian kedua:
Ia menceritakan bahawa penetapan sebahagian sifat oleh kedua-dua pengarang menunjukkan mereka memasukkan perubahan dan pengosongan pada sifat Allah.
Fasal Awal
Telah menjadi kesepakatan Allah meninggi di atas makhluknya dengan diriNya dan sesungguhnya Dia berada di atas 'Arasy dengan ZatNya. Menjawab syubhat Asya'irah.
Fasal kedua
Harusnya dengan pertanyaan "Di Mana Allah" beserta dalil daripada Sunnah dan perkataan Salaf serta menjawab syubhat.
Fasal ketiga
Penisbatan sifat Kalam bagi Allah dengan huruf dan suara, tidak disamakan dengan makhluk dan Nas Salaf bukti adanya huruf dan suara pada kalam Allah. Menolak syubhat mereka.
Dan seterusnya perbahasan kitab ini sehingga bahagian 5 semuanya menjawab segala syubhat-syubhat dan kelemahannya aqidah Al-Asya'irah dengan penuh ilmiah, bukti, dalil dengan teliti. Ia merungkai masalah-masalah sehinggalah tiada lagi kata dalih untuk dijawab melainkan mereka yang menurut hawa nafsu semata. Bacalah kedua-dua buah kitab di atas dengan adil tidak mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.
2 comments:
Kitab "Ahl al-Sunnah al-'Asya'irah: Syahadah 'Ulama al-Ummah wa adillatuhum" ini justru membela 'aqidah Asy'irah.
Antum sudah baca buku tersebut ?
NB : Sebaiknya tidak ditampilkan.
[Abu Al-Jauzaa' : abul.jauzaa@gmail.com]
Assalamu'alaikum Wr. WB.
Ustadz ... tuhhhh ada postingan dari Ustadz ABU AL- JAUZAA,,, gakkkk baca TAA ? Kitabnya sy dah baca,,,, oke sekali itu membela TAFWIDH dan TAKWIL ..... hehehehh Mudahan postingan saya dan USTADZ ABU AL - JAUZAA gakkk dihapus,,, klo dihapus gakk AMANAHHHHHH ILMU NAMANYA
WASSALAM
ABU WILDAN
Post a Comment