Oleh: Abu Ar-Rubaiyyi' As-Salafy
Al-Imam Ibn Taimiyyah R.H telah mendatangkan sebuah perkataan yang sangat berharga dinukilkan daripada Abu Hamid Al-Isfirayini:
"اشهدوا علي بأن القرآن كلام الله غير مخلوق كما قال أحمد بن حنبل لا كما يقول الباقلاني"
Maksudnya: “saksikanlah bagi pihak ku bahawa (aku beriktiqad) Al-Quran Kalamullah bukan Makhluk sebagaimana aqidah Ahmad bin Hanbal bukan aqidah Al-Baqilani”.- (Syarhul Aqidah Al-Asfahaniyyah)
Maka di sini amatlah menarik perhatian kita, kenapakah seorang ulama’ besar mazhab Syafi’i ini membezakan aqidahnya dengan seorang lagi pemuka mazhab Syafi’i, Al-Baqilani, dalam masalah Al-Quran Kalamullah? Bukankah kedua-dua Imam ini percaya bahawa Al-Quran Kalamullah? Yang pasti telah masyhur Al-Baqilani adalah bukan muktazilah, tetapi Al-Asy’ariyyah. Jika Al-Asya’irah adalah ahli Sunnah kenapa Abu Hamid membezakan aqidahnya daripada Al-Baqilani? Maka marilah kita perhatikan perbezaan Al-Baqilani dengan Abu Hamid atau lebih tepat antara Al-Asya’irah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam masalah Al-Quran setelah mereka sama-sama setuju Al-Quran Kalamullah.
Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah:
Ahli Sunnah wal Jamaah menyatakan bahawa Al-Quran itu Kalamullah Huruf dan Maknanya sekali. Maka Al-Quran yang dibawa oleh Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W itu adalah Al-Quran yang sebenar, Allah lah yang berkata dengannya dan menurunkan secara wahyu. Jibril mendengarnya daripada Allah, dan Muhammad S.A.W mendengarnya daripada Jibril A.S dan Umat Muhammad mendengarnya dari Muhammad S.A.W.
Kata Abu Hamid seperti yang disebut Imam Ibn Taimiyyah dalam Syarhul Aqidah Al-Asfahaniyyah:
"مذهبي ومذهب الشافعي وفقهاء الأمصار أن القرآن كلام الله غير مخلوق ومن قال مخلوق فهو كافر والقرآن حمله جبريل مسموعا من الله تعالى والنبي صلى الله عليه وسلم سمعه من جبريل والصحابة سمعوه من النبي صلى الله عليه وسلم وهو الذي نتلوه نحن بألسنتنا فما بين الدفتين وما في صدورنا مسموعا ومكتوبا ومحفوظا ومنقوشا كل حرف منه كالباء والتاء كله كلام الله غير مخلوق ومن قال مخلوق فهو كافر عليه لعائن الله والملائكة والناس أجمعين".
Maksudnya: “Mazhabku dan mazhab Asy-Syafi’I dan seluruh Fuqaha’ Amsar (negeri-negeri Islam) adalah Al-Quran Kalamullah bukan Makhluk, sesiapa yang mengatakan ia adalah makhluk maka dia kafir, dan Al-Quran itu dibawa oleh Jibril setelah mendengar daripada Allah Taala dan Nabi S.A.W mendengarnya daripada Jibril dan Sahabat mendengarnya daripada Nabi S.A.W dan Al-Quran itulah yang kit abaca dengan lidah-lidah kita, maka apa yang ada antara dua helaian (mushaf), dan apa yang dihafal di dada kita, didengari, ditulis,dihafaz, dan diukir setiap huruf daripadanya (Al-Quran) seperti Ba’, Ta’ semuanya Kalamullah bukan Makhluk dan barangsiapa yang berkata ia makhluk maka dia kafir atasnya laknat Allah,Malaikat dan manusia sekaliannya”.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah R.H:
وَالْقُرْآنُ كَلَامُ اللَّهِ بِحُرُوفِهِ وَنَظْمِهِ وَمَعَانِيهِ كُلُّ ذَلِكَ يَدْخُلُ فِي الْقُرْآنِ وَفِي كَلَامِ اللَّهِ
Maksudnya: “dan Al-Quran itu Kalamullah dengan huruf dan nazamnya dan maknanya semua itu termasuk dalam ertikata Al-Quran dan Kalamullah”- (Majmu’ Al-Fatawa)
Kata Imam Al-Bukhari R.H sebagaimana diceritakan pada kita oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah R.H:
" وَأَقُولُ : فِي الْمُصْحَفِ قُرْآنٌ وَفِي صُدُورِ الرِّجَالِ قُرْآنٌ فَمَنْ قَالَ غَيْرَ هَذَا يُسْتَتَابُ ؛ فَإِنْ تَابَ وَإِلَّا فَسَبِيلُهُ سَبِيلُ الْكُفْرِ "
Maksudnya: “dan aku berkata: dalam mushaf ini adalah Quran dan yang dihafal di dada-dada lelaki itu Quran sesiapa yang berpendapat selain ini maka hendaklah disuruh bertaubat jika dia bertaubat maka selamat jika tidak maka dia berada atas jalan kekafiran”- (Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyyah).
Ini adalah pendapat Ahli Sunnah wal Jamaah dalam masalah Al-Quran. Maka apakah pula pendapat Al-Baqilani? Marilah kita lihat apakah pendapat Al-asya’irah dalam masalah ini:
Kata Syeikh Soleh Alu Syeikh dalam menceritakan mazhab asya’irah tentang Quran:
قول الأشاعرة ذكرنا لكم أن كلام الله معنى وأن القرآن ألقي في نفس جبريل فعبر عنه
Maksudnya: Mazhab Al-Asya’irah telah kami sebutkan bagi kamu bahawa kalam Allah adalah makna dan Al-Quran dilontarkan (maknanya) ke dalam jiwa Jibril dan dialah (Jibril) yang mengibaratkannya (yakni menyusun ayat dalam bahasa Arab). – (Syarah Thahwiyah li Syeikh Soleh Ali Syeikh).
Al-Asya’irah berpendapat bahawa Al-Quran yang diturunkan adalah makhluk dan hanya ibarat dari kata-kata Allah. Jika diibaratkan dengan Bahasa Ibrani jadilah Taurat, jika diibaratkan dengan bahasa Suryani jadilah Zabur dan sebagainya.
Kata Al-Baqilani dalam Al-Insaf:
ويجب أن يعلم أن الكلام الحقيقي هو المعنى الموجود في النفس لكن جعل عليه أمارات تدل عليه، فتارة تكون قولاً بلسان على حكم أهل ذلك اللسان وما اصطلحوا عليه وجرى عرفهم به وجعل لغة لهم، وقد بين تعالى ذلك بقوله: " وما أرسلنا من رسول إلا بلسان قومه ليبين لهم " فأخبر تعالى أنه أرسل موسى عليه السلام إلى بني إسرائيل بلسان عبراني، فأفهم كلام الله القديم القائم بالنفس بالعبرانية، ...."
Maksudnya: “ dan wajib diketahui bahawa kalam yang sebenar itu wujud dalam diri tetapi dijadikan tanda-tanda baginya maka kadang-kadang berbentuk perkataan dengan bahasa ahli bahasa tertentu berdasarkan apa yang mereka jadikannya sebagai istilah dan berlaku adapt mereka dan menjadikannya sebagai bahasa mereka. Dan Allah Taala telah menjelaskan dengan firman-Nya: (maksudnya) “Tidaklah kami utuskan seorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya”. Maka Allah memberitahu kepada kita bahawa Dia mengutus Musa A.S dengan bahasa Ibrani, maka difahamkan kalam-Nya yang qadim yang berdiri dengan zat-Nya dengan bahasa Ibrani….”
Berkata Abu Mansur Al-Maturidi dalam menjelaskan mazhab Asya’irah berkenaan Al-Quran:
Maksudnya: “dan berkata Al-Asy’ariyah apa yang ada dalam mushaf bukanlah kalam Allah Taala bahkan ibarat daripada Kalam Allah Taala yang menghikayat akan kalam-Nya, oleh itu, mereka mengharuskan membakar mushaf. Kata mereka: Kerana kalam itu sifat dan sifat tidak lekang daripada mausuf”.-(syarh Fiqh Al-Akbar oleh Abu MAnsur Al-Maturidi,cet. Majlis Daerah Al-Maarif An-Nizamiyyah,Heydar Abad).
Kesimpulan:
Jelaslah kepada kita bahawa, Al-Asya’irah dalam masalah Al-Quran berbeza aqidahnya dengan Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan Imam Abul Hasan Al-Asy’ari sendiri menolak pendapat ini dan beliau dengan jelas menyebut bahawa aqidah Al-Quran adalah ibarat Kalam Allah adalah aqidah Kullabiyyah, bukan Aqidah Ahli Sunah seperti dalam kitabnya, Maqalat Al-Islamiyyin. Aqidah Abu Hasan dalam Ibanah bertentangan sama sekali dengan Asya’irah:
والقرآن مكتوب في مصاحفنا في الحقيقة، محفوظ في صدورنا في الحقيقة، متلو بألسنتنا في الحقيقة، مسموع لنا في الحقيقة
Maksudnya: “dan Al-Quran itu tertulis dalam mushaf kita secara hakiki (bukan ibarat) dihafaz di dada kita secara hakikat, dibaca dengan lidah kita secara hakiki dan didengari secara hakiki”. (Al-Ibanah ‘an Usulu Ad-Dianah,86,cet. Dar An-Nafais).
Maka jelaslah bahawa Aqidah Asyairah bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, Salaf As-Soleh. Oleh itu, firqah Al-Ahbash yang bermazhab Asyairah adalah sesat juga.
1 comment:
Assalamualaikum,
Al-Quran adalah kitab yang amat jelas (mubin), olih itu mari kita merujuk dan selesaikan kemusykilan ini berdasarkan ayat-ayat Al-Quran. Semoga kita semua tidak lagi terkeliru dan sentiasa berada di jalan yang benar. Kita semua maklum bahwa definisi “makhluk” adalah benda yang dijadikan, maka apa saja yang dijadikan adalah “makhluk”.
1) Sila rujuk kepada firman Allah pada surah Az-Zukhruf 43:3 “Sesungguhnya Kami JADIKAN Al-Quran berbahasa Arab …. “. Di dalam ayat ini Allah SWT menegaskan Al-Quran adalah kitab atau kalam yang DIJADIKAN. Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu makhluk (benda yang dijadikan). Kenapa pula manusia mahu bertengkar, mahu mengatakan Al-Quran itu bukan makhluk sedangkan Allah SWT sendiri mengatakan Al-Quran itu makhluk? Yang menjadi masalah ialah para alim ulamak tidak pernah merujuk kepada ayat 43:3 ini untuk menjelaskan samada Al-Quran itu makhluk atau tuhan (zat Allah SWT).
2) Sila rujuk kepada ayat Asy-Syura 42:11 “Allah SWT tidak serupa dengan apa jua makhlukNya” maksudnya Allah SWT tidak berkata-kata seperti manusia, tidak menggunakan bahasa, samada bahasa Arab, bahasa Indonesia, bahasa Jepun, dan sebagainya. Oleh yang demikian berkata-kata itu bukanlah zat Allah SWT sebab berkata-kata itu adalah sifat makhluk. Allah SWT tidak sama dengan apa jua makhlukNYa.
3) Sila rujuk kepada ayat Al-An’am 6:103 “tidak ada makhluk yang dapat membuat apa-apa gambaran tentang zat dan sifat Allah SWT”. Ayat ini menjelaskan lagi ayat 42:11 iaitu Allah tidak sama dengan makhlukNya dan makhlukNya tidak mampu membuat sebarang imaginasi tentang Allah SWT. Apa jua yang dapat diimaginasi, yang dapat digambarkan, yang dapat dibayangkan itu adalah bukan Allah SWT. Sekiranya kita menyangka Allah SWT bercakap dengan menggunakan gelombang mikrowave, maka itu bukannya Allah SWT, sekiranya kita bayangkan Allah SWT bercakap dengan bahasa Arab, maka itu bukanlah Allah SWT. Sekiranya kita fikir Allah berkata-kata dengan menggunakan huruf (seperti alif, ba’, ta,) maka itu bukanlah Allah.
4) Kenapa Allah SWT mengatakan Al-Quran itu KalamNya? Sebab Alllah SWT mengatakan Al-Quran itu kitab yang jelas (mubin) dan menjelaskan segala perkara. Inilah apa yang Allah SWT jelaskan pada ayat Ali-Imran 3:7 iaitu ayat-ayat yang Allah samakan denganNya “ma-tasyabaha-minhu” iaitu seperti Kalam Allah, tangan Allah, wajah Allah, dan sebagainya. Ianya bertujuan agar Al-Quran itu mudah difahami dan Al-Quran itu sebagai kitab yang menjelaskan segala perkara, dan bukannya untuk menjelaskan sifat dan zat Allah SWT.
Sebagai contoh bagaimana hendak menjelaskan piezo dan pyroelectric sekiranya Al-Quran mengatakan manusia dijadikan oleh tangan malaikat bukan "tangan Allah"? Bagaimana utk mnjelaskan impak keatas struktur bangunan/gunung sekiranya tidak mengatakan Al-Quran itu Kalam Allah?
Sila layari http://kajian-quran.blogspot.com/ untuk membaca dengan lebih mendalam..
Wallahu’alam.
Post a Comment