Bukan sahaja mengata kafir biasa malah ditambah lagi kata ASLI!!! Semoga Allah membuka hati kalian dari terus-menerus menyebar fitnah.. Bacalah dengan teliti buku-buku wahabi yang korang katakan itu. Betul tak mereka berkata dusta??? Sedang mereka sering mengeluarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan As-Sunnah juga kata-kata para salafus-Soleh... Bahkan juga dari ulama-ulama yang bersandar pada sumber yang saya sebutkan tadi.. Bukanlah bermakna mereka menolak ulama-ulama yang bersalahan dengan pendapat mereka, cumanya ulama tidak ma'sum!! Ulama bolleh tersilap. Ulama boleh tersesat. Akan tetapi ulama-ulama yang benar-benar betul fatwa dan ajarannya adalah ulama-ulama yang berpegang dengan manhaj ASWJ selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.. Kalian telah mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Abdul Wahab, Ibn Baz, Ibn 'Utsaimin, Al-Albani dan yang seangkatan dengan mereka.. Saya tegaskan sekali lagi, Jika mereka yang saya sebutkan tadi tidak kafir, maka kekafiran akan terkena pada si pengata tadi.. Sabda Rasulullah s.a.w:
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيم
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Al-Hujurat ayat 1]
"Sesungguhnya saya sentiasa dan orang yang bermajlis dengan ku, mengetahui perkara tersebut daripadaku bahawa saya adalah orang yang paling tegas melarang untuk menjatuhkan hukum kafir, fasik dan maksiat terhadap seseorang tertentu kecuali dia telahpun mengetahui bahawa orang itu telah ditegakkan hujah risalah (islam) ke atasnya yang mana sesiapa yang menyalahinya, dia boleh menjadi kafir, terkadang pula ia boleh menjadi fasik dan pelaku maksiat di dalam keadaan lain pula"
Malah Muhammad Abdul Wahab sendiri telah banyak difitnah oleh mereka. Antara fitnah merka pada Muhammad Abdul Wahab adalah Muhammad Abdul Wahab mengkafirkan umat islam. Padahal Muhammad Abdul Wahab sendiri telah pun menjawab tuduhan tersebut dalam kitabnya "Al-Durar Al-Saniah" (1/66) beliau berkata:
"Dan adapun pendustaan dan cerita-cerita rekaan mereka yang menyatakan bahawa kami mengkafirkan secara umum dan kami mewajibkan untuk berpindah ke negeri kami bagi sesiapa yang mampu untuk menampakkan agamanya. Semua kenyataan ini adalah suatu pembohongan dan cerita yang direka-reka yang mana ingin untuk menghalang orang lain daripada agama Allah dan rasulNya. Jika kami tidak mengkafirkan orang yang beribadah kepada patung yang diletakkan di atas kuburan Abdul Qadir dan patung yang diletakkan di atas kuburan Ahmad al-Badawi dan patung-patung selainnya disebabkan kejahilan mereka dan tidak ada sesiapa pun yang memberi peringatan pada mereka, maka bagaimanakah kami boleh mengkafirkan orang yang tidak mengsyirikkan Allah, apabila dia tidak mahu berpindah ke negeri, tidak mengkafirkan dan berperang bersama-sama kami."
Ingatlah bukan mudah untuk menuduh kafir pada seseorang!! Kerana ia adalah suatu pendustaan terhadap Allah s.w.t jika ia belum lagi dikafirkan oleh Allah s.w.t. Seseorang yang hendak dikafirkan hendaklah dilihat pada dua perkara:
1. Adanya penjelasan dari Al-Quran dan Sunnah yang menunjukkan bahawa perkara itu adalah kufur pada haknya.
2. Hukum hendaklah menepati ke atasa seseorang tertentu setelah lengkap syarat-syarat pengkafiran dan tidak ada lagi sebab-sebabn yang menghalang kafir layak dijatuhkan ke dirinya. [Rujukan - Kasyfus Syubhat syarahan Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Utsaimin]
Firman Allah Ta'ala:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Maksudnya: "Dan barang sesiapa yang menentang rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia ke dalam jahannam (neraka) dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali" [Surah An-Nisaa' ayat 155]
Perangilah apa yang kalian ingin perangi. Tapi ingat perkara yang kalian perangi ini akan terus-menerus berkembang sehinggalah kalian akan meninggalkan dunia ini.. Berapa lamakah sudah perkara ini berlaku?? bukan 1 tahun, bukan 2 tahun, bukan 10 tahun, tapi sudah lama.. Siapakah yang membawa aqidah yang dibawa oleh Ibn Taimiyyah kalau bukan Imam Ahmad bin Hanbal. Siapakah yang membawa aqidah yang dibawa oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani kalau bukan guru Imam Ahmad iaitu Imam Muhammad Idris As-Syafi'i. Siapakah yang membawa aqidah yang dibawa oleh wahabi kalau bukan aqidah yang dibawa oleh guru imam syafi'i iaitu Imam Malik bin Anas Radhiallau'anhum...Saya ingin nukilkan sekali lagi apa yang dipegang oleh Imam empat mazhab daripada posting saya yang bertajuk "Yang benar Allah bersemayam di atas 'Arasy"
1. IMAM ABU HANIFAH
Imam Abu Hanifah berkata: “Tidak patut bagi seseorang untuk mengatakan sesuatu tentang Zat Allah kecuali kepada diriNya, dan tidak boleh seseorang mengatakan sesuatu tentang Allah dengan pendapat (ra’yu)nya. Maha Suci serta Maha Tinggi Allah Ta’ala, Rabb semesta Alam.” –Syarhul Aqidah at-Tahawiyah (2/472), tahqiq Dr. At-Turky, Jalaulm’Ainain, ms. 368
Ketika Imam Abu Hanifah ditanya tentang nuzulul Ilah (turunnya Allah), ia menjawab: “Ia turun dengan tidak kita menanyakan bagaimana (kaifiatnya) caranya.” –Aqidatus salaf Ashabil Hadis, ms. 42, al-Asma’ Was Sifat oleh al-Baihaqi, ms. 456
Imam Abu Hanifah berkata lagi: Barangsiapa yang berkata: “Aku tidak tahu Rabbku, di langit atau di bumi?” bererti ia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arasy, tetapi aku tidak tahu adakah ‘Arasy itu di langit atau di bumi. –al-Fiqhul Absath, ms. 46
Imam Abu Hanifah berkata kepada seseorang wanita yang bertanya: “Dimanakah Ilahmu yang engkau sembah itu?” Ia menjawab: “Sesungguhnya Allah itu ada di langit bukan di bumi.” Lalu datanglah seorang pemuda mengajukan pertanyaan: “Bagaimana dengan ayat: وهو معكم اين ما كنتم? “Dia bersama kamu dimana kamu berada.” (Surah al-Hadid: 4).
Imam Abu Hanifah menjawab: “Dia seperti engkau menulis surat kepada seorang lelaki dengan mengatakan, sesungguhnya aku selalu bersamamu, padahal engkau tidak ada di sampingnya.” –al-Asma’ was Sifat, ms. 429
2. IMAM MALIK BIN ANAS
Abu Nu’aim mentakhrijkan dari Ja’far bin Abdillah berkata: “Ketika kami sedang berada di samping Malik bin Anas, datanglah seorang pemuda lalu bertanya: “Wahai Abu Abdillah, Ar-Rahman (Allah yang Maha Pengasih) bersemayam di atas ‘Arasy bagaimana bersemayamNya?” Mendengar pertanyaan ini, Imam Malik menjadi berang dan marah. Lalu ia menundukkan muka ke bumi seraya menyandarkannya ke tongkat yang dipegangnya hingga tubuhnya bersimbah peluh. Setelah ia mengangkat kepalanya, ia lantas berkata: “Cara bersemayamNya tidak diketahui (tidak dapat digambarkan), sedang istiwanya (bersemayamnya) telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Aku menyangka engkau adalah si pelaku bid’ah.” Lalu beliau menyuruh orang itu keluar. –Hilyatul Aulia’ (VI/325-326), Ibn Abdil Barr dalam at-Tauhid (VI/151), Al-Baihaqi dalam al-Asma’ Was Sifat, ms. 498, Ibn Hajar dalam Fathul Bari (XIII/406-407), Az-Zahabi dalam al-Uluw, ms. 103
3. IMAM MUHAMMAD IDRIS AS-SYAFI’I
Imam Syafi’i Rahimahullah berkata: “Allah Tabaraka wa Taala memiliki asma’ (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh KitabNya dan diberitakan oleh NabiNya s.a.w. kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah S.W.T. yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Quran turun membawa keterangan tentang hal tersebut, juga sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah telah jelas-jelas sahih yang menerangkan masalah itu. Maka barangsiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu padahal hujah (dalil/ keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti ia kafir kepada Allah S.W.T. Adapun jika ia menentang kerana belum mendapat hujah/ keterangan tersebut, maka ia diampuni kerana kebodohannya, kerana pengetahuan tentang semuanya itu (sifat-sifat Allah dan asma’Nya) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.
Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti itu adalah juga keterangan-keterangan Allah S.W.T. bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawa Allah itu memiliki tangan sesuai dengan firmanNya: “Bahkan Tangan Allah itu terbuka.” (Surah al-Maidah: 64). Dan bahawa Allah memiliki tangan kanan, sebagaimana dinyatakan: “...Dan langit digulung dengan tangan kananNya.” (Surah az-Zumar: 67) dan bahawa Allah itu memiliki wajah, berdasarkan firmanNya yang menetapkan: “Dan tiap-tiap sesuatu itu pasti binasa, kecuali Wajah Allah...” (Surah Al-Qasas: 88), “Dan kekallah wajah Rabbmu yang mempunyai keagungan dan kemulian.” (Surah Ar-Rahman: 27). Juga bahawa Allah mempunyai tumit, sesuai dengan pernyataan Rasulullah s.a.w: “Sehingga Rabb Azza wa Jalla meletakkan tumitNya pada Jahannam.” (Riwayat Bukhari, no: 4848 dan Muslim, no: 2848) dan Allah ketawa berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. tentang orang yang mati fi sabilillah: “Ia akan bertemu dengan Allah Azza wa Jalla sedang Allah tertawa kepadanya....” (Riwayat Bukhari, no: 2826 dan Muslim, no:1890).
Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. tentangnya. Begitu juga keterangan bahawa Allah S.W.T. itu tidak buta sebelah mataNya berdasarkan pernyataan Nabi s.a.w. ketika baginda menyebut dajjal, baginda bersabda: “Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabbmu tidaklah buta (sebelah mataNya).” (Riwayat Bukhari, no: 7231 dan Muslim, no: 2933). Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti halnya mereka melihat bulan di malam purnama, juga bahawa Allah S.W.T. mempunyai jari-jemari seperti ditetapkan oleh sabda Nabi s.a.w: “Tidaklah ada satu jari pun melainkan ia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman Azza wa Jalla.” (Riwayat Ahmad IV/182, Ibnu Majah I/72, Hakim I/525 dan Ibn Mandah ms.87. Imam Hakim mensahihkannya dipersetujui oleh az-Zahabi dalam at-Talkhis)
Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. sendiri bagi diriNya dan oleh Rasulullah s.a.w. untukNya, hakikatnya tidaklah dapat dijangkau oleh akal atau fikiran dan orang yang mengingkarinya kerana bodoh (tidak mengetahui keterangan-keterangan tentangnya) tidaklah kafir kecuali jika ia mengetahuinya tetapi ia mengingkarinya, barulah ia kafir. Dan bilamana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya dalam pemahaman seperti sesuatu yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat hal tersebut dan mempersaksikan atasnya seperti halnya ia melihat dan mendengar dari Rasulullah s.a.w.
Namun kita tetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan (meniadakan) tasybih sebagaimana Allah telah menafikannya dari diriNya dalam firmanNya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah As-Syura: 11). –Dinukil daripada I’tiqadul Aimmatil Arba’ah oleh Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais
4. IMAM AHMAD BIN HANBAL
Syeikh Ibn Taimiyyah menyebut kata-kata Imam Hanbal: “Kita beriman kepada Allah itu di atas ‘Arasy sesuai dengan kehendaknya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang yang berusaha mensifatinya telah sampai atau dengan batas yang kepadanya seseorang yang membatasinya telah sampai. Sifat-sifat Allah itu (datang) dariNya dan milikNya. Ia mempunyai sifat seperti yang Ia sifatkan untuk diriNya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan.” –Ta’arudh al-‘Aqli wa al-Naqli (II/30)
Ibnul Jauzi dalam al-Manaqib menyebutkan tulisan (surat) Imam Ahmad bin Hanbal kepada Musaddad yang di antara isinya ialah: “Sifatilah Allah dengan sifat yang denganNya Ia telah mensifati diriNya dan nafikanlah dari Allah apa-apa yang Ia nafikan dari diriNya. –Manaqib Imam Ahmad, ms. 221
Di dalam kitab ar-Raddu ‘ala al-jahmiah tulisan Imam Ahmad, ia mengucapkan: “Jahm bin Safwan telah menyangka bahawa orang yang mensifati Allah dengan sifat yang dengannya Ia mensifati diriNya dalam kitabNya, atau dengan yang disebutkan Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya adalah seorang kafir atau termasuk Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk).” –Ar-Raddu ‘ala al-Jahmiah, ms. 104
Semoga kenyataan di atas memberi manfaat pada semua.. Wallahua'lam
ahbash-sesat.blogspot.com
No comments:
Post a Comment