Golongan Ahbasy pada hari ini sering mengeluarkan fitnah-fitnah mereka terhadap pendokong-pendokong Sunnah di Malaysia dengan membuat kenyataan yang bermacam-macam sehingga menyamakan mereka dengan kaum kafir seperti hindu, yahudi, nasrani dan musyrikin. Antara yang popular mereka memfitnah golongan Wahabi ini adalah mujassimah dan musyabbihah. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan mengeluarkan petikan-petikan yang agak samara-samar iaitu mereka berkata wahabi mengatakan Allah ada tangan, ada kaki, duduk di atas ‘Arasy, mempunyai jari dan sebagainya. Perkataan mereka ini sama sekali adalah fitnah malah mengelirukan. Bolehkah dikatakan setiap suatu makhluk yang mempunyai tangan, semestinya sama bentuk tangannya? Adakah tangan kucing dengan tangan penyu itu sama? Adakah kaki kuda dengan kaki belalang itu sama? Orang yang berfikiran sempit seperti al-ahbasy itulah yang jahil serta cetek pengetahuannya. Sudah semestinya tidak sama sesuatu makhluk dengan Tuhannya kerana Sang pencipta itu lebih hebat daripada yang dicipta. Dalam Al-Quran serta hadis telah banyak menceritakan sifat-sifat Allah s.w.t ini dengan jelas tanpa pentakwilan sama sekali.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka itu semuanya tidak ada penyokong daripada mana-mana hadis maupun Al-Quran serta para salafus soleh sekaliannya. Yang paling menggelikan bila mana ada seorang penulis asya’irah berkata Allah berIstiwa di atas ‘Arasy ini difahami sedia maklum oleh orang salaf iaitu Istiwa tersebut ini mempunyai makna disisi bahasa arab itu sendiri. Kemudian dia memberi kenyataan Imam Malik : “Istiwa itu tidaklah majhul, dan kaifiatNya tidaklah diketahui, dan beriman denganNya Wajib, dan bersoal akan tentang caraNya itu suatu bid’ah” kemudian beliau memberi juga sabda nabi ketika mana hendak melepaskan seorang hamba perempuan, ia bertanya kepadanya: “Dimana Allah? Ia menjawab: “Di langit” Kemudian Nabi bertanya lagi: “siapa aku?” Ia manjawab: “Engkau pesuruh Allah”. Kemudian Nabi bersabda: “Bebaskanlah ia, kerana sesungguhnya ia seorang perempuan yang beriman” [Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain]. Bukankah hujah-hujah ini sudah cukup menerangkan yang Allah itu sememangnya berada di atas ‘Arasy? Kenapa masih mahu menafikan wahai Ahbasy????
Yang lebih menjadi bukti mereka ini hanya menuruti hawa nafsu adalah ketika mana mereka mengatakan Al-Albani itu seorang yang jahat dan berangan-angan menjadi muhadditsin. Mereka mengatakan Al-Albani itu melemahkan hadis yang telah ada dalam sahih Bukhari dan Muslim. Sungguh pelik perkataan mereka ini bila mana mereka sendiri mengatakan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lain-lain tentang Allah itu berada di atas langit sebagai ‘Syaz’ iaitu dha’if (lemah). Mereka ini tidak ubah seperti seekor kucing yang hendak makan makanan sendiri-sendiri kerana tidak hendak kucing lain mengambilnya. Jika didekatinya ketika mendapat makanan, maka ia mengeluarkan kukunya kemudian mencakar siapa sahaja yang menghampiri dia. Itulah sifat mereka kerana cuba membenarkan hadis itu pada sisi mereka sahaja tanpa ada toleransi. Bahkan dihentamnya bila mana ada hujah yang membenarkan pendapat tersebut iaitu dengan sesuka hati mendha’ifkan hadis tersebut dengan beberapa hujah yang diputar belitkan.
Mazhab ahlul Hadis adalah menetapkan apa yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Jika Allah dan Rasul tidak takwil maka adalah menjadi kewajipan untuk kita taat dan patuh pada apa yang dibiarkan (ia tidak ditakwil) perkara tersebut. Tetapi Ahlus Sunnah sepakat Allah itu tidak sama dengan hambaNya sebagaimana FirmanNya: “Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Maha Melihat.”[Al-Syura ayat 11] Sungguh peliklah jika mereka mengatakan adalah menjadi kewajipan untuk mentakwil sifat-sifat Allah yang seakan-akan sifat makhlukNya. Padahal sudah kita katakan tidak mungkin Allah itu serupa dengan hambaNya walaupun Ianya disebut dalam Al-Quran dan hadis sekali. Akal manusia tidak akan mampu mencapai untuk memikirkannya. Oleh itu, janganlah cuba untuk memikirkannya lagi. Terimalah saja apa yang dibawa oleh Rasul sendiri dan para salafus soleh memahamnya.
Jika ingin cuba ditakwilkan sifat Istiwa, Tangan, Kaki, Mata, Wajah, Turun, Ketawa dan Betis tersebut, kenapa tidak ditakwilkan pula pada sifat-sifat Mendengar dan Melihat? Bukankah manusia juga mendengar dan melihat? Manusia juga ada sifat berkuasa, akan tetapi sesuai dengan konteks manusia itu sendiri. Sama ada kuasa itu seperti berbentuk pangkat, ataupun stamina atau energi power yang ada pada dirinya untuk melakukan sesuatu. Hah! Inilah sebanarnya bukti pentakwilan itu semua adalah satu pendustaan. Mereka hanya mentakwil menurut hawa nafsu sahaja. Mari kita lihat apa kata Imam Tirmizi sendiri dalam kitab Sunannya :
“Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada Ahli Ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan tentang Penurunan Rabb Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar dan berimanlah kepada ia dan janganlah dibayangkan (macam mana) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya. Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyainah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini: Terimalah ia tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara. Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah” [Rujuk Sunan Tirmizi, Tahqiq Ahmad Syakir dan rakan-rakan, Dar-al Hadith, Kaherah 1999, Jilid 3, hal 33]
Begitu juag Imam Ibn Katsir telah berkata seperti berikut ketika menafsirkan ayat tentang Istiwa di atas ‘Arasy:
“Dan adapun FirmanNya Ta’ala: ثم استوى على العرش maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan bukanlah di sini tempat membahaskannya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad, Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada imam-imam muslimin dahulu dan sekarang iaitu melalukannya seperti mana datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan), dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....” [Lihat tafsir Surah Al-A’raf ayat 54, Tafsir Al-Quran Al-Azhim, Ibn Katsir, Jilid 2, Idarah Bina al-Masajid Wal Masyari’ al-Islamiah 1992, hal 246]
Jadi apakah lagi hujah kalian wahai Ahbasy?? Ketahuilah sekalian ulama yang dikafirkan oleh kamu akan berbalik kepada kamu. Maka hendaklah berhati-hati dan berjagalah kalian jangan sampai terkena dengan sabda Nabi bahawa apabila seorang muslim mengata saudaranya muslim itu kafir jika tidak benar akan kembali pada si pengata....jauhilah dosa besar ini... (disunting semula) Lebih-lebih lagi mereka ini suka menghentam dengan tidak ada kasihan belas. Wahai Zamihan, Wahai Abu-Syafiq dan sekutu-kutunya silalah nilai dengan sebaiknya apa yang kalian perkatakan. Jangan cuba berlagak pandai dan alim serta sesuka hati saja menyesatkan ‘Ulama-ulama yang diakui oleh sekalian ilmuan di dunia dahulu dan sekarang iaitu Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahab begitu juga yang lainnya. Jangan rasa bila dah ada sijil-sijil hadis yang bertaraf sederhana itu, kalian boleh sesuka hati mengkafirkan orang-orang ini. Kalian menyebarkan fitnah kemudian mengkafirkan mereka. Tidak takutkah akan azab Allah di akhirat kelak? Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menjaga agamaNya yang ikhlas dalam berdakwah. Bukannya seperti kalian yang berhati busuk serta iri hati dan tidak tahu membeza yang mana hak dan mana yang batil.
No comments:
Post a Comment