Saturday, October 26, 2013

Aqidah Para Salafus Soleh: Tuhan Ar-Rahman Beristiwa` Di Atas 'Arasy

Sebahagian rakan-rakan saya ada yang tertanya-tanya tentang blog saya ini. Oleh kerana telah lama tidak dikemaskini dan tidak diisi dengan artikel-artikel yang baru. Maka sebagai memenuhi permintaan rakan-rakan, insyaAllah saya akan memulakan semula tulisan saya dengan judul 'Aqidah Para Salafus Soleh: Tuhan Ar-Rahman Beristiwa` Di Atas 'Arasy' sebuah pegangan akidah yang dipegang oleh para salafus-soleh khususnya 3 generasi awal Islam dari kalangan sahabat, tabiin dan tabi' tabi'in serta mereka yang mengikuti mereka dengan benar.

Gambar Hiasan

Bukan sebagaimana yang dipegang oleh golongan pelampau Asya'irah dan Ahbash yang sering mendengungkan laungan mereka 'Tuhan Wujud Tanpa Bertempat'. Padahal ucapan tersebut tidak pernah dilaungkan oleh walau satupun dari kalangan salafus-soleh dari kalangan sahabat, tabiin dan tabi' tabi'in. Lebih-lebih lagi jika kita minta mereka mengeluarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih lagi sarih (jelas) menerangkan Allah itu tidak bertempat atau dengan kata lain, mereka sebenarnya menafikan Allah SWT beristiwa' di atas 'Arasynya. Padahal Allah SWT sendiri yang mengkhabarkan tentang diriNya tersebut dengan firmanNya:

الرحمن على العرش الستوى

Maksudnya: "Tuhan Ar-Rahman yang beristiwa` di atas 'Arasy." (Surah Taha: 5)

Sesungguhnya Allah SWT beristiwa` di atas 'Arasy, tetapi Allah tidak berhajat kepadanya. Maha suci Allah Ta'ala daripada berhajat kepadanya, bahkan Dia beristiwa` dengan hikmah yang Dia Maha Mengetahui. Istiwa` Allah di atas 'Arasy itu bukan bererti Dia dilingkungi oleh 'Arasy dengan sekatan tertentu. Maha suci Allah daripada menyerupai makhluk tetapi istiwa`Nya mengikut cara yang layak bagi ZatNya yang Maha Besar lagi Maha Suci yang tidak dapat diketahui oleh makhlukNya akan kaifiatNya. 

Wajib untuk kita semua beriman dengan aqidah serta keyakinan yang dipegang oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya serta mereka yang mengikuti jejak mereka sehinggalah hari kiamat. Berikut ini adalah keterangan Salafus-soleh sama ada dari kalangan para sahabat, tabiin dan tabi' tabi'in serta mereka yang datang selepas daripada mereka yang menjelaskan tentang masalah ini:

1. Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah mengucup dahi Rasulullah s.a.w setelah baginda wafat lalu berkata:

من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات، ومن كان يعبد الله فإن الله في السماء حي لا سموت

"Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati, dan sesiapa yang menyembah Alah, maka Allah berada di atas langit, Dia tetap hidup dan tidak akan mati." (Itsbat Sifat Al-'Uluw, Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, halaman 101-102) 

2. Umar bin Al-Khattab r.a berkata:

هذه خولة بنت حكيم التي سمع الله قولها من فوق سبع سماوات، فعمر أحق أن يسمع لها

"Ini ialah Khaulah binti Hakim yang mana Allah mendengar perkataannya di atas tujuh petala langit, maka Umar lebih berhak mendengar kata-katanya." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 103)

3. Ibnu 'Abbas r.ahuma berkata:

إن الله عز وجل كان على عرشه قبل أن يخلق شيئا فخلق الخلق فكتب ما هو كائن إلى يوم القيامة

"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berada di atas 'Arasy sebelum Dia menjadikan sesuatu, maka Dia menjadikan makhluk, dan menulis (takdir) setiap yang ada (diciptakan) sehingga hari kiamat." (Syarh Usul I'tiqad Ahlis Sunnah wal Jama'ah, Al-Lalikai, jilid 3, halaman 396)

4. Ibnu Mas'ud r.ahuma berkata:

والله فوق العرش لا يخفى عليه شيء من أعمال بني آدم

"Dan Allah berada di atas 'Arasy, tiada yang tersembunyi kepadaNya sesuatu pun daripada perbuatan anak Adam (manusia)." (Syarh Usul I'tiqad Ahlis Sunnah wal Jama'ah, 3/396)

5.  Imam Malik r.h berkata:

الله في السماء، وعلمه في كل مكان ولا يخلو منه شيء

"Allah berada di atas langit, dan ilmuNya ada di setiap tempat dan tidak sunyi daripadaNya sesuatu pun." (Itsbat Sifat Al-'Uluw, halaman 115)

Dalam ucapan lain, beliau berkata:

الكيف غير معقول، والإستواء منه غير مجهول، والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة

"Kaifiat (tatacara bagaimana sifat Istiwa`) itu tidak dapat digambarkan oleh akal, dan (sifat) Istiwa itu darinya tidaklah majhul (yakni ia bukanlah sesuatu yang tidak diketahui akan maknanya), dan keimanan dengannya adalah kewajipan, dan bertanyakan tentangnya (iaitu bagaimana kaifiatnya) adalah bid'ah (sesuatu yang baru)." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 119) 

6. Imam Abu Hanifah r.h berkata:

من أنكر أن الله تعالى في السماء فقد كفر

"Barangsiapa yang ingkar bahawa Allah Ta'ala berada di atas langit, maka dia telah kafir." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 117)

7. Imam Asy-Syafi'ie r.h berkata:

القول في السنة التي أنا عليها، ورأيت الذين رأيتهم مثل سفيان ومالك وغيرهما: الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله، وأن الله على عرشه في سمائه، يقرب من خلقه كيف شاء، وينزل إلى السماء الدنيا كيف شاء

"Perkataan yang mengikuti sunnah yang mana aku berada di atasnya serta aku melihat orang-orang yang berada di atasnya seperti Sufyan, Malik dan selain mereka berdua ialah berikrar (mengakui) dengan persaksian bahawasanya Tidak ada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan bahawasanya Allah beristiwa` di atas 'ArasyNya di atas langitNya, (pengetahuanNya) dekat dengan makhlukNya sebagaimana yang dikehendakiNya, dan Dia (Allah) turun ke langit dunia sebagaimana yang dikehendakiNya (juga)." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 123-124)

8. Imam Ahmad bin Hanbal r.h pernah suatu ketika ditanya, benarkah Allah Azza wa Jalla berada di atas langit yang ketujuh, di atas 'ArasyNya jauh dari makhlukNya, dan kudrat serta ilmuNya berada di setiap tempat? Maka beliau menjawab:

نعم، هو على  عرشه ولا يخلو شيء من علمه

"Ya, Dia berada di atas 'ArasyNya, dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada ilmuNya." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 116) 

9. Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah r.h berkata:

من لم يقر بأن الله على عرشه قد استوى فوق سبع سماواته فهو كافر به

"Barangsiapa yang tidak mengaku bahawa Allah beristiwa` di atas 'ArasyNya, di atas langitNya yang ketujuh, maka dia telah kafir dengan sikapnya itu." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 127)

10. Imam Abul Hasan Al-Asy'ari r.h berkata:

 إن الله عز وجل يستوي على عرشه استواء يليق به من غير طول استقرار

"Kami mengatakan bahawa Allah Azza wa Jalla beristiwa` di atas 'ArasyNya dengan istiwa` yang layak bagiNya tanpa panjang ketetapanNya." (Al-Ibanah 'An Usul Ad-Diyanah, halaman 105) 

Demikianlah ucapan-ucapan di atas jelas menunjukkan keyakinan para Salafus Soleh adalah "Tuhan Ar-Rahman beristiwa' di atas 'ArasyNya menurut cara yang layak bagiNya (بلا كيف) tanpa dipersoalkan bagaimanakah tatacara dan bentuk Allah beristiwa` di atas 'ArasyNya. Menyibukkan diri untuk berusaha mengetahui bagaimana hakikat Allah beristiwa` sama sekali dilarang sebagaimana ucapan Imam Malik r. sebelum ini, kerana istiwa` adalah sifat Allah dan tidak ada sesiapa pun yang mengetahui bagaimanakah rupa dan bentuk sifat serta Zat Allah itu, melainkan Allah lah jua.

Sabda Rasulullah s.a.w:

تفكروا في آلاء الله ولا تفكروا في الله

"Hendaklah kamu berfikir pada ciptaan Allah dan janganlah kamu berfikir tentang (Zat dan sifat) Allah." (Riwayat At-Tabrani dalam Al-Ausat dan Al-Baihaqi dalam Asy-Syu'ab; dari Ibnu 'Umar secara Marfu')

Penjelasan Makna Istiwa`

Kalau ada yang bertanya adakah makna istiwa` di dalam bahasa Arab itu difahami maknanya? Jawapannya adalah: Ya. Makna bagi sifat-sifat Allah tersebut semuanya dapat difahami makna-maknanya supaya dapat diambil pelajaran darinya. Bukan sebagaimana dakwaan golongan mufawwidhah yang menyerahkan makna sifat-sifat Allah tersebut kepada Allah sehingga mereka mengatakan ayat-ayat tersebut tidak mengandungi apa-apa makna?!

Imam At-Tabari r.h berkata:

وقوله ( الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى ) يقول تعالى ذكره: الرحمن على عرشه ارتفع وعلا

“Dan firman Allah (yang bermaksud) Tuhan Ar-Rahman beristiwa` di atas Arasy, Allah Ta'ala menyatakan bahawa: Ar-Rahman (Tuhan yang Maha Pemurah) di atas ArasyNya Irtafa'a (meninggi) dan 'ala (tinggi di atas)”. (Tafsir At-Tabari, 18/270)

Pernyataan Imam Tobari r.h di atas menyatakan maksud Istiwa` adalah:

(1) Irtafa'q (meninggi)
(2) 'Ala (tinggi di atas)
Manakala Imam Al-Bukhari r.h (pengarang sahih Bukhari) berkata:

بَابُ {وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى المَاءِ} [هود: 7]، {وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ} [التوبة: 129] قَالَ أَبُو العَالِيَةِ: {اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ} [البقرة: 29]: «ارْتَفَعَ»، {فَسَوَّاهُنَّ} [البقرة: 29]: «خَلَقَهُنَّ» وَقَالَ مُجَاهِدٌ: {اسْتَوَى} [البقرة: 29]: «عَلاَ» {عَلَى العَرْشِ} [الأعراف: 54] ... انتهى

"Bab tentang: firman Allah "Dan adalah ArasyNya di atas air" [Hud: 7], "Dan Dialah Tuhan pemilik Arasy yang agung" [At-Taubah: 129]. Abu Al-'Aliyah berkata: "Istawa ilas-samaa`" (Beristiwa` di atas langit) [Al-Baqarah: 29] yakni Irtafa'a (meninggi). Firman Allah "Fasawwahunn" [Al-Baqarah: 29]: Menciptakannya dan berkata Mujahid: "Istiwa`" [Al-Baqarah: 29] bermaksud 'ala ('alal 'Arsy) tinggi "di atas langit" [Al-A'raf: 54]..." Selesai nukilan. (Sahih Al-Bukhari, no: 7418, jilid 9, halaman 124)  

Imam Bukhari membawakan tafsiran daripada Tabi'in iaitu:

(1) Abu Al-'Aliyah yang menyatakan makna istiwa` ialah irtafa'a (meninggi).
(2) Mujahid menyatakan makna istiwa' ialah 'ala fis-sama (tinggi di atas langit).

3. Imam Al-Qurtubi r.h berkata:

وقد كان السلف الأوّل رضي الله عنهم لا يقولون بنفي الجهة ولا ينطقون بذلك ، بل نطقوا هم والكافّة بإثباتها لله تعالى كما نطق كتابه وأخبرت رسله . ولم ينكر أحد من السلف الصالح أنه استوى على عرشه حقيقة . وخص العرش بذلك لأنه أعظم مخلوقاته ، وإنما جهلوا كيفية الاستواء فإنه لا تعلم حقيقته . قال مالك رحمه الله : الاستواء معلوم يعني في اللغة والكَيْف مجهول ، والسؤال عن هذا بدعة . وكذا قالت أم سلمة رضي الله عنها . وهذا القدر كافٍ ، ومن أراد زيادة عليه فليقف عليه في موضعه من كتب العلماء . والاستواء في كلام العرب هو العلوّ والاستقرار

“Dan adalah kaum Salaf yang terdahulu radiallahu’anhum tidak pernah menyatakan berkenaan penafian jihat (arah) dan mereka tidak pula mengucapkannya bahkan mereka semuanya bersepakat menetapkannya (Istiwa’) bagi Allah Taala seperti mana yang ditetapkan oleh KitabNya dan diberitahu para RasulNya. Dan tidak ada seorang pun daripada Ulama Salaf Soleh mengingkari bahawa Allah Taala itu beristiwa` secara hakiki di atas arasyNya dan dikhususkan dengan Arasy kerana ia adalah makhluk Allah yang paling besar tetapi mereka hanya tidak mengetahui kaifiat Istiwa maka tidak diketahui hakikatnya. Berkata Malik r.h: Istiwa itu maklum yakni pada bahasa dan kaifiatnya majhul, dan bertanya tentang ini (kaifiat) adalah bidaah. Demikian juga pertanyataan Ummu Salamah r.a. Cukuplah sekadar ini dan mereka yang hendak perbahasan yang lebih maka lihatlah di tempatnya dalam kitab-kitab Ulama. Dan Istiwa` dalam bahasa Arab itu bermaksud tinggi dan menetap”. (Tafsir al-Qurtubi, 1/2130-2131)

Imam Al-Qurtubi r.h seorang ulama tafsir yang terkenal dan merupakan ulama dalam mazhab Maliki serta terpengaruh dengan mazhab Asya'irah sendiri mengiktiraf mazhab salaf sebagaimana di atas. Beliau sendiri menyatakan makna Istiwa` dalam bahasa arab itu adalah:

(1) Al-'Uluw (tinggi).
(2) Al-Istiqrar (menetap).

Kesimpulannya, makna Istiwa menurut bahasa Arab adalah Irtafa'a (meninggi), 'Ala (tinggi di atas) atau 'Uluw (tinggi) dan Istiqrar (menetap). Tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan makna Istiwa` adalah Istaula/Istila` yang bermaksud menguasai sebagaimana yang dipegang oleh golongan Muktazilah dan Asya'irah. Manakala sebahagian riwayat pula ada yang menyatakan makna Istiwa adalah So'uda (صعد) yang bermaksud naik, namun saya tidak sempat untuk membawakannya di sini. Dengan maksud tidak mahu artikel ini berjela-jela (terlalu panjang). Pada kesempatan lain, InsyaAllah saya akan cuba bawakan pendapat-pendapat lainnya dalam artikel-artikel berikutnya.

Wallahua'lam

Saturday, February 25, 2012

Hasan As-Saqqaf Muktazilah?

*(Buku di atas ini hanya dipenuhi dgn fitnah. Tulisan di bawah ini bukanlah bantahan terhadap buku di atas, namun hanyalah pendedahan tentang pegangan dan akidah guru kepada penulis di atas)

Hasan As-Saqqaf mungkin ramai yang sudah kenal, guru kepada Zamihan Mat Zin Al-Ghari penulis buku di atas. Kononnya Hasan As-Saqqaf merupakan seorang pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah, Namun jika kita lihat video tersebut, kita akan dapati pandangan beliau bercanggah dengan akidah ahli sunnah wal jamaah, malah beliau membela pula akidah Muktazilah serta merendah-rendahkan Abul Hasan Al-Asy'ari rahimahullah.

Beliau (As-Saqqaf) berkata dalam video tersebut:

الحقيقة يا سيدي,

Sebenarnya wahai Sidi


أن بعض المسائل وافق فيه العبد الفقير ما يقوله المعتزلة و غير المعتزلة

Sebahagian masalah yang mana hamba yg fakir ini (Saqqaf) menyetujui apa yang dikatakan Muktazilah dan selain Muktazilah


و أنا بينت في شرح الطحاوية أن هذه المسائل قال بها جماعة من أهل السنة فهم عبارة عن إشاعات و دعايات فقط لتنفير الناس عني

Dan aku telah syarahkan didalam Syarah Tohawiyah, bahawa masalah-masalah ini telah dikatakan oleh sekumpulan Ahli Sunnah, maka mereka ibarat berita angin dan propaganda semata supaya menjauhkan orang ramai dariku.


و مع ذلك أقول بأن المعتزلة ليسوا على الباطل, المعتزلة, بسبب سياسي, كان في عصور السابقة, في العصر الدولة العباسية, أسباب السياسة و عداء الخلفاء للمعتزلة هو الذي جعل كثير من العلماء يذكرون في كتبهم خلاف المعتزلة و يردون عليه ,

Namun demikian aku katakan: Muktazilah bukanlah diatas kebatilan, Muktazilah, disebabkan politik, adalah dizaman dahulu, zaman Daulah Abasiyah, disebabkan politik dan permusuhan khalifah-khalifah terhadap Muktazilah, inilah yang menjadikan ramai ulama menyebutkan di dalam kitab-kitab mereka khilaf Muktazilah lalu menolak kata-kata mereka
.

و مع أن كثير مما يردون عليه, و مع أن كثير مما يردون على المعتزلة غير صحيح

Sedangkan kebanyakan yang mereka tentang, kebanyakan yang mereka tolak dari Muktazilah tidak sohih
.

Contohnya: Mereka menuduh bahawa Muktazilah menafikan azab kubur, dan ini adalah pembohongan terhadap Muktazilah.

Jika kita rujuk kitab-kitab Muktazilah, kita akan dapati mereka semuanya bersepakat menetapkan azab kubur.

Berkata Qadi Abdul Jabbar,, di dalam 'Syarah Usul al-Khamsah', dan beliau adalah salah seorang Imam Muktazilah, "Tiada khilaf tentangnya dikalangan seorangpun dari umat ini, melainkan sesuatu yang diceritakan dari Dhirar bin A'mru, dan ini tidak diterima oleh Muktazilah,"

Dan beliau ini dulu Muktazilah kemudian keluar darinya.

Dan ini termasuk memburuk-burukkan lawan, maka mereka menuduh mereka dengan tuduhan-tuduhan yang lawan bebas darinya, atau dengan tuduhan-tuduhan yang memang dikatakan mereka, tetapi tiada apa-apa (kesalahan) disitu.

(Kata-kata) Al-Quran itu Makhuk bukan Muktazilah sahaja yang mengatakannya, Asyairah menyetujui mereka, Ibadhiyah menyetujui mereka, Zaidiyah menyetujui mereka, Imamiyah menyetujui mereka, [pent: Semua mereka sepakat kecuali Ahlul Hadith!]

Lihat wahai Sidi!

Aku berkata: Khilaf kita terhadap Wahabiyah lebih besar dan mendalam dari khilaf kita dengan Muktazilah,

Muktazilah, asalnya, asalnya,

Yang mengasaskan mazhab yang mereka namakan Asyairah secara tahqiq ialah Imamul Haramain dan Ghazali, bukan Abul Hasan Al-Asya'ri

Kerana Abul Hasan Al-Asya'ari dan Baqilani misalnya, mereka berdua berkata dalam kitab-kitab mereka: Kami tidak katakan bahawa Istawa (bersemayam/meninggi) bermakna Istawla (menguasai), bahawa tangan bermakna qudrat (kuasa)."

Tetapi Ghazali dan Baqilani berkata: Istiwa ialah Istila', tangan ialah qudrat, inilah kata-kata Muktazilah yang sama!

Maka Abul Hasan Al-Asya'ari dan Baqilani, engkau dapati dalam kitab-kitab mereka mengutuk Muktazilah, mereka berkata bahawa Muktazilah mentakwilkan sifat tangan kepada qudrat, sedangkan kami tidak katakan bahawa tangan itu qudrat, tapi kami mengithbatkan (menetapkan) bagi Allah sifat tangan, yang layak dengan keagunganNya, yang bukan anggota, tetapi ia sifat bagi Allah Ta'ala... hingga akhirnya..

Dan kata-kata ini disisi kita tertolak seratus peratus..

Dan kata-kata ini yang dikatakan Al-Asya'ri dalam kitab-kitabnya... Allah mempunyai dua mata, Ini Tajsim!.. Tajsim belaka.

Allah tidak katakan Dia ada dua mata, Allah berkata: Sesungguhnya engkau dengan mata-mata Kami, contohnya, maka bagaimana kita boleh katakan Allah ada dua mata sedangkan Allah tidak sebut dalam kitabNya yang mulia bahawa Dia ada dua mata? Allah hanya sebutkan satu mata dan mata-mata.

Sebab itu datang imam-imam Asyairah yang sebenarnya, yang telah mengasaskan mazhab Asy'ari, mereka itulah Imam Ghazali dan sy3ikhnya Imam al-Haramain.

mereka berkata dalam kitab-kitab mereka bahawa: istiwa itu istila.. Allah tiada dua mata, tangan itu qudrat, dan inilah yang dikatakan oleh mereka-mereka yang datang selepas mereka dikalangan Asya'irah. Inilah yang mereka setujui Muktazilah.

Muktazilah adalah manusia-manusia yang terhormat, datangkan dalil mereka bukan manusia terhormat!

Mereka adalah satu jama'ah yang mensucikan (Allah).

Mereka gunakan akal, bukan seperti golongan Muhadithin yang gila...

Hatta dalam masalah penciptaan perbuatan (خلق الأفعال), Imam Haramain dan Ghazali berkata dengan kata-kata Muktazilah. Imam Subki telah mengaku hal demikian, beliau berkata: "Mereka berkatakata dengan mazhab yang mendekati sedekat-dekatnya dengan Muktazilah, tapi ia bukannya ia."

(Selesai ucapan As-Saqqaf, sila lihat videonya dalam youtube)

Semoga Allah membuka hati-hati umat Islam dan memberi hidayah kepada mereka yang terkeliru dengan fahaman golongan pelampau (Ghuluw) Asya'irah melebihi pengasasnya (*) sendiri yang bertebaran di Malaysia sekarang. Allahumma Amin.

(*) Golongan Asya'irah menisbahkan diri mereka kepada Abul Hasan Al-Asy'ari dalam akidah, menyelisihi pendapat As-Saqqaf. Beliau sendiri mengaku di dalam ucapannya di atas, bahawa Abul Hasan Al-Asy'ari bukan pengasas Asya'irah secara tahqiq, tetapi menurut beliau pengasasnya adalah Al-Haramain dan Imam Ghazali. Maka beliau sepatutnya tidak layak menyandarkan diri beliau kepada Asya'irah atau Asy'ariyyah, kerana pendapat Abul Hasan 'Asy'ari sendiri bercanggah dengan pendapat mereka dalam masalah sifat Khabariyyah Allah Ta'ala. Beliau (As-Saqqaf) sendiri telah mengiktiraf yang Abul Hasan Asy'ari tidak mentakwilkan sifat Istiwa (Bersemayam/Meninggi) kepada Istawa (Menguasai), dan menurut beliau pandangan demikian seratus-peratus bertentangan dengan pandangan/keyakinan mereka (golongan Asya'irah). Maka jelaslah bahawa golongan Asya'irah pada hari ini menyelisihi Imam Abul Hasan Al-Asy'ari.

Wallahua'lam

Sumber: Youtube dan Al-Fikrah

Thursday, May 5, 2011

SIAPAKAH YANG PERTAMA INGKAR ALLAH DI LANGIT??

by Muhammad Asrie Sobri on Friday, May 6, 2011 at 5:28am

ALLAH berfirman dalam al-Quran surah Ghafir ayat 36-37:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ (36) أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ (37)

Maksudnya: Dan Firaun pula berkata: Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) (Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta! Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta dia dihalangi dari jalan yang benar dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.

Persoalan:

Kenapakah Fir'aun –Laknat ALLAH atasnya- hendak membina bangunan tinggi supaya dia boleh mencapai pintu-pintu langit sambil mendakwa Musa a.s berdusta? Apakah perkara yang Fir'aun tuduh Musa a.s berdusta akannya sehingga Fir'aun perlu naik ke langit untuk membuktikan kepada kaumnya yang Musa a.s berdusta? Apakah yang Musa a.s beritahu kepada Fir'aun sehingga dia begitu berang dan mendakwa Musa a.s dusta dan dia perlu naik ke langit untuk mempercayai kata-kata Musa a.s itu?

Jawab Imam Ahli Tafsir, Imam Al-Tabari (rh) [w.310 H]:

وقوله: (وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا) يقول: وإني لأظنّ موسى كاذبا فيما يقول ويدّعي من أن له في السماء ربا أرسله إلينا.

Maksudnya: "dan firman-Nya (berkenaan kata-kata Fir'aun): " dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!", maksud katanya (Fir'aun) adalah: "dan sesungguhnya aku percaya Musa ini pendusta dalam apa yang dia katakana dan dakwakan BAHAWA DIA MEMPUNYAI TUHAN DI LANGIT YANG MENGUTUSNYA"

[Rujuk: Tafsir al-Tabari, juz 21 m.s 387, Tahqiq: Ahmad Syakir, cet Muassasah al-Risalah, cet Pertama, lihat juga: Tafsir ayat 38 Surah al-Qasas].


Kata Imam Abul Hasan al-Asy'ari (rh) [w.324 H] dalam kitab beliau, al-Ibanah:

كذب موسى عليه السلام في قوله: إن الله سبحانه فوق السماوات

Maksudnya: "Dia (Fir'aun) mendustakan Musa a.s berkenaan perkataan baginda: Bahawa ALLAH s.wt berada di atas langit".

Maka sejarah mencatatkan bahawa, makhluk pertama yang ingkar keberadaan ALLAH di atas Arasy di atas langit ketujuh adalah: Fir'aun –Laknat ALLAH atasnya-



Kata al-Imam Ibn al-Qayyim (rh) dalam Nuniah beliau:

فإمام كل معطل في نفسه ... فرعون مع نمرود مع هامان

Maksudnya: "Maka Imam setiap Mu'attil itu pada dirinya adalah Fir'aun bersama Namrud dan juga Haman"

Oleh itu, ketahuilah wahai setiap muslim dan muslimah, Tuhan kamu; ALLAH itu Maha Tinggi, Tinggi pada Kemuliaan-Nya, Kekuasaan-Nya, dan ZAT-NYA kerana Dia meninggi di atas Arasy di atas langit ketujuh dengan ketinggian yang layak bagi zat-Nya tidak menyamai Makhluk sedikit pun.

Sumber: http://www.facebook.com/notes/muhammad-asrie-sobri/

Sunday, September 19, 2010

"Kebanyakan" Bukan Ukuran Kebenaran: Bantahan Terhadap Ibnu Nafis

Sebelum ini saya pernah menulis artikel yang bertajuk "Hakikat Sufi Yang Perlu Diketahui, Dan Wahabi bukanlah Sufi" di dalam artikel tersebut saya mengatakan:

Setelah dijelaskan tentang Ibn 'Arabi yang sebenar pasti ada yang tidak puas hati dengan penulisan ini. Pasti akan ada yang berkata " begitu ramai ulama hari ini mengikuti aliran sufi ini, kenapa kita mesti menolaknya?" Jawapan yang tepat adalah firman Allah:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Surah al-An'aam: 116)

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus: 36)

Sebab itulah, pengukur kebenaran bukanlah disebabkan ramainya pengikutnya, tetapi ukuran yang dinilai adalah sejauh mana mereka menepati al-Quran dan al-Sunnah menurut manhaj al-Salaf al-Soleh dalam amalan dan iktiqad. Firman Allah:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisaa': 59)

Ibnu Nafis berkata (Lihat Halaqah.net):

"Sila lihat Ayat al Quran yang selalu digunakan oleh golongan wahhabi salafi untuk mengkafirkan majoriti umat Islam, dan mengatakan diri mereka sahaja di dalam golongan selamat di atas:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Surah al-An'aam: 116)

Bagaimana manusia di muka bumi ini terus dispesifikkan oleh wahhabi salafi dan disamakan dengan umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah?" (Selesai)

Barangkali Ibnu Nafis masih tidak dapat memahami ayat al-Quran yang cuba disampaikan di atas.

Syeikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan berkata: “Di antara masalah jahiliyyah adalah; bahawa mereka menilai suatu kebenaran dengan jumlah kebanyakan, dan menilai suatu kesalahan dengan jumlah yang sedikit, sehingga sesuatu yang diikuti oleh kebanyakan orang bererti benar, sedangkan yang diikuti oleh segelintir orang bererti salah. Inilah dasar yang ada pada diri mereka di dalam menilai yang benar dan yang salah. Padahal dasar ini tidak benar, kerana Allah Jalla wa ‘Alaa berfirman:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَمَنْ فِي اْلأَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ الله إِنْ يَتَّبِعُوْنَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُم إِلاَّ يَخْرُصُوْنَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (Al-An’aam: 116)

Dia juga berfirman:

وَلكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ

“Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-A’raaf: 187)

وَمَا وَجَدْنَا ِلأَ كْثَرِهِمْ مِنْ عَهْدٍ وَإِنْ وَجَدْنَا أَكْثَرَهُمْ لَفَاسِقُوْنَ

“Dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” (Al-A’raaf: 102)

Dan lain sebagainya.” (Syarh Masail Al-Jahiliyyah, halaman 60)

Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang serupa di atas ini. Antaranya:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ وَلكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يُؤْمِنُوْنَ

“Sesungguhnya (Al-Qur’an) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.”(Huud: 17)

إِنَّ الله لَذُوْ فَضْلٍ عَلَى النَّاسٍ وَلكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَشْكُرُوْنَ

“Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Al-Baqarah: 243)

لَقَدْ جِئْنَاكُمْ بِالْحَقِّ وَلكِنَّ أَكْثَرَكُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُوْنَ

“Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kamu, tetapi kebanyakan dari kamu membenci kebenaran itu.” (Az-Zukhruf: 78)

وَإِنَّ كَثِيْرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُوْنَ

“Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Maidah: 49)

وَإِنَّ كَثِيْرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ ءَايتِنَا لَغَافِلُوْنَ

“Dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia benar-benar lalai dari ayat-ayat Kami.” (Yunus: 92)

وَإِنَّ كَثِيْرًا لَّيُضِلُّوْنَ بِأَهْوَائِهِمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ

“Sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa ilmu.” (Al-An’aam: 119)

ذلِكَ الدِّيْنُ القَيِّمُ وَلكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ

“Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 40)

إِنْ يَتَّبِعُوْنَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُوْنَ

“Mereka (kebanyakan manusia) tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Al-An’aam: 116)

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيْرًا مِنَ الْجِنِّ وَاْلإِنْسِ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia.” (Al-A’raaf: 179)

Daripada ayat-ayat al-Quran di atas ini jelaslah bahawa kebenaran tidak boleh diukur dengan kebanyakan (majoriti) semata. Akan tetapi kebenaran itu mestilah diukur melalui Al-Quran dan As-Sunnah. yang sahih Sebagaimana firman Allah:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (Surah al-Nisaa': 59)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam juga pernah bersabda:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

“Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran (puak), semua mereka masuk neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku. (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dan lain-lain; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 2641)

Sebagaimana riwayat lain dengan lafaznya yang berbeza sering kita dengari iaitu:

وإن أمتي ستفترق على ثنتين وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة وهي الجماعة

“Dan sesungguhnya umatku akan terpecah kepada 73 aliran (puak), kesemuanya ke neraka kecuali satu, dan ia adalah al-Jama’ah.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Ibn Majah, no: 3993)

Demikianlah ayat Al-Quran dan As-Sunnah saling melengkapi antara satu sama lain, menjelaskan tentang perkara ini. Namun golongan penentang salafi (label yang diberi oleh para penentang adalah wahabi) sentiasa mencari helah untuk mencari kesalahan golongan salafi. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله

“Sentiasalah ada kelompok dikalangan umatku yang sentiasa berada di atas kebenaran. Tidak memudaratkan mereka bagi orang yang ingin menjatuhkan mereka sehingga tibanya urusan Allah (hari kiamat).” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan Hakim. Lihat: Silsilah As-Sahihah, no: 1975)

Hendaklah diketahui ayat al-Quran diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasalam itu sah digunakan sehinggalah akhir zaman. Ia tidak akan terbatal sehinggalah hari kiamat. Manakala ayat-ayat yang digunakan kepada orang musyrikin, juga boleh dipakai kepada orang Islam. Apa yang penting adalah keumuman ayat (lafaz) bukannya kekhususan sebab.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan seorang mufti yang terkenal sebagai seorang yang sangat memusuhi Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di zamannya, pernah berkata:

"Mereka (Wahabi) sengaja mengaplikasikan ayat-ayat al-Qur'an yang ditujukan terhadap golongan musyrikin kepada golongan mukminin." (Ad-Durarus Saniyah fir-Raddi 'alal Wahabiyah, halaman 32)

Beliau berkata lagi:

"Dia mengkafirkan kaum muslimin menerusi ayat yang ditujukan kepada golongan musyrikin. Dia menyandarkan ayat ini kepada golongan al-Muwahhidun."(Ibid, halaman 51)

Syeikh Muhammad Rasyid Redha berkata menjawab perkataan Ahmad Zaini Dahlan:

"Sesuatu yang amat ajaib dapat dilihat menerusi kejahilan si Dahlan serta individu lain yang bersikap seperti beliau. Mereka menyangka bahawa kenyataan Allah Ta'ala terhadap kepalsuan syirik yang dilakukan oleh golongan musyrikin hanya diaplikasikan ke atas mereka sahaja (yakni kepada golongan musyrikin sahaja - edt)

Mereka menyangka bahawa perbuatan syirik golongan musyrikin ini bukan merupakan bukti terhadap sesiapa yang melakukan perbuatan seperti mereka. Ini seolah-olah diizinkan kepada seorang muslim untuk melakukan perbuatan syirik apabila dia menganut Islam walaupun dia terjebak melakukan segala jenis perbuatan syirik yang termaktub di dalam al-Quran.

Sehubungan ini, seolah-olah tidak akan berlaku gejala murtad di dalam Islam. Ini disebabkan sesiapa sahaja yang digelarkan sebagai seorang muslim, maka sudah semestinya perbuatan kufur atau syirik yang dilakukannya digelarkan juga sebagai kufur Islam atau syirik Islam, atau diizinkan untuk melakukannya, atau sekurang-kurangnya setakat haram sahaja hukumnya.

Sememangnya golongan yang keliru ini telah mengizinkan melakukan perkara syirik serta kekufuran. Ini berdasarkan pentakwilan semula yang mereka lakukan terhadap ayat-ayat al-Quran tersebut." (Siyanatul Insan 'An Waswasati Dahlan, halaman 487)

Demikianlah sikap Ahmad Zaini Dahlan ini cuba dipromosikan semula oleh golongan-golongan penentang salafi (termasuklah Ibnu Nafis), dengan semberono mengatakan salafi atau wahabi mengkafirkan seluruh kaum muslimin dengan menggunakan ayat yang ditujukan kepada golongan musyrikin. Padahal apa yang dikehendaki dari ayat itu adalah keumuman lafaz tersebut iaitu banyaknya golongan yang ada di muka bumi ini terdiri dari kalangan mereka yang sesat.

Allah berfirman (maksudnya):

“Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan umat ini satu tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang dirahmati oleh Tuhanmu.” (Hud: 118-119)

Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di rahimahullah berkata: “Allah mengkhabarkan, jikalau Dia menghendaki nescaya seluruh manusia akan dijadikan satu dalam keutuhan agama Islam kerana kehendakNya tidak ada batas dan tidak ada sesuatu apapun yang dapat menghalangNya. Tetapi tetap dengan hikmah-Nya mereka (manusia) berselisih, menyelishi jalan yang lurus, dan mengikuti jalan-jalan yang menjerumuskan ke neraka. Masing-masing dari mereka menyatakan: ‘Kami berkata yang benar dan yang lainnya salah.’ Dan Allah membimbing (untuk sebahagian umat) kepada ilmu tentang al-haq (kebenaran), kemampuan beramal dengannya dan bersatu, sehingga mereka merasakan kedamaian sejak mula yang kemudian diiringi dengan pertolongan dan taufik dari Allah Subhaanahu Wata'ala. Adapun yang lainnya adalah umat yang dihinakan dan berjalan dengan diri mereka sendiri.” (Taisirul Karimir Rahman fi Tafsiri Kalamil Mannan, halaman 348)

Akhir sekali saya ingin membawakan ucapan Syeikh Abdul Latif bin Abdul Rahman bin Hasan, beliau berkata:

"Sesiapa yang menghalang wahyu al-Quran serta isi kandungannya seperti hukuman terhadap individu serta peristiwa yang termasuk di dalam keumuman lafaz ayat, secara realiti dia seorang makhluk Tuhan yang paling sesat dan jahil. Tindakannya menyalahi kenyataan kaum muslimin serta alim ulama' mereka di sepanjang zaman dan tempat serta dari satu generasi kepada satu generasi lainnya. Dia juga termasuk ke dalam sebesar-besar golongan yang membatalkan ayat-ayat al-Quran. Di mana keseluruhan nas serta peraturan al-Quran didasarkan kepada keumuman ayat bukan pengkhususan sebab." (Misbah Az-Zulam, halaman 140)

Semoga dengan jawapan yang ringkas ini dapat menjawab serba sedikit syubhat puak-puak penentang salafi, yang sangat berkeras dalam membenarkan pendapat mereka. Yang benar itu datang dari Allah dan Rasul, yang salah dari diri saya sendiri. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita, menuju jalan yang lurus (sebenar).

Wallahua'lam

Sumber: http://wahabiah.blogspot.com/2010/06/jawapan-kepada-ibnu-nafis-dalam.html

Sunday, September 5, 2010

Adakah Ibnu Taimiyah Bertaubat kepada Aqidah Asya'irah?


Suatu perkara yang membingungkan ramai orang adalah sebagaimana yang disebutkan pada sebahagian sumber bahawa Syeikhul Islam Rahimahullah telah menulis sebuah surat yang di dalamnya terdapat aqidah yang menyalahi apa yang beliau dakwahkan dan fatwakan sepanjang hidupnya, bahkan menjadi sebab beliau dimasukkan kedalam penjara.

Maka kami katakan sebagai ulasan dan sanggahan bagi sesiapapun yang telah diombang –ambingkan oleh hawa nafsu:

Cerita rujuknya beliau (kedalam aqidah Asy’ari. Pent) boleh didapati dari:

  • Muridnya -Ibnu Abdil Hadi- (Wafat tahun 744 Hijriah) Seperti yang terdapat pada (Uqududduriyyah: 197) yang dinukil dari Az-Zahabi.
  • Az Zahabi (Wafat tahun 748 Hijriah) –muridnya- seperti yang telah dinukil oleh Ibnu Abdil Hadi diatas:

Lafaznya adalah seperti berikut

“….terjadi perkara yang panjang, kemudian dikirim surat Sultan ke Syam untuk memasukkannya ke dalam penjara, maka dibaca di hadapan ramai orang, maka orang-orang pun menjadi sedih. Dia dipenjara satu tahun setengah (iaitu pada tahun 707 Hijriah) kemudian dikeluarkan, dan dia diminta untuk menulis surat, diancam dan dijanjikan untuk dibunuh jika tidak menulisnya. Dia bermukim di Mesir membacakan Ilmu dan manusia berkumpul di sisinya.”

  • Ibnul Muallim (Wafat tahun 725 Hijriah) di dalam kitab “Najmul Muhtadi wa Rajmil Mubtadi” (Naskah di Paris Nombor: 638) dan Nuwairi (Wafat tahun 733 Hijriah) di dalam Kitab Nihayatul Arab -lihat Kitab Aljami’ lishirathi syaikhil Islam Ibnu Taimiyah halaman: 181-182, pada kitab tersebut diterangkan bahawasanya Majlis (taubat, pent) tersebut setelah kedatangan Amir Husamuddin Muhinnan (Rabi'ul Akhir 707 Hijriah) dan Syeikhul Islam dibebaskan pada hari Juma’at bersamaan 23 Rabi'ul Awal 707 Hiriah.

Kemudian An-Nuwairy menukilkan kandungan surat tersebut yang menceritakan apa yang terjadi, bahawa (Syeikhul Islam) telah menyebutkan bahawa dia adalah “Asy'ari”, dan meletakkan kitab Asy’ari diatas kepalanya, serta rujuk (kembali) pada beberapa masalah ('Arasy, al-Qur’an, nuzul, dan Istiwa) dari mazhabnya –ahlussunnah-. Surat tersebut bersamaanl 25 Rabi'ul Awal 707 Hijriah.

Kemudian diadakan majlis berikutnya, dia (syeikhul Islam) menulis serupa dengan tulisan sebelumnya pada Rabi'ul Akhir 707 Hijriah dan dia disumpah.

  • Ad-Duwadi (Wafat setelah tahun 736 H) menyebutkan dalam Kitab “Kanzud Durar” bahawa mereka mengadakan majlis berikutnya pada tarikh 12 Rabi'ul akhir 707 Hijriah setelah kepergian amir Husamuddin, dan terjadi kesepakatan untuk mengubah lafaz-lafaz tentang Aqidah dan berakhirnya majlis dalam keadaan baik.
  • Ibnu Rajab (Wafat tahun 795 H) menyebutkan Dalam Kitab Dzail Alat Thabaqatil Hanabilah serupa dengan yang disebutkan oleh Ibnu Abdil Hadi pada Kitab Al-Uqud. Kemudian dia berkata : “Az-Zahabi, Al-Barzali dan lain-lain telah menyebutkan bahawa Syeikh telah menulis sebuah surat secara Mujmal (global) yang mengandungi perkataan dan lafaz ketika dia di ancam untuk dibunuh.”
  • Ibnu Hajar (Wafat Tahun 752 H) dalam Kitab Ad-Durarul Kaminah serupa dengan apa yang disebutkan oleh An-Nuwairi dalam Kitab “Nihayatul Arab” kemudian Ibnu Hajar mengaitkan nukilan tersebut kepada Tarikh Al-Barzaliy.
  • Ibnu Taghri Bardi (Wafat tahun 874 H) dalam kitab Al-Minhal As-Shufi serupa dengan apa yang disebutkan oleh Ibnu Hajar. Konteks penukilan menunjukkan bahawa dia menukil dari kitab Kamaluddin bin Zamlakani -permusuhannya dengan Syeikhul Islam sangat terkenal-. Di dalam kitab tersebut terdapat biografi Syeikhul Islam, dia juga telah menukil dari kitab An-Nujum Az-Zahirah.
  • Ada pun Barzaliy (Wafat tahun 739 H) -Sahabatnya- tidak menulis sama sekali kejadian-kejadian tersebut pada tahun-tahun tersebut. (Aljami’ lishirathi syaikhil Islam Ibnu Taimiyah: 213-214)[1]
  • Ibnu Katsir hanya menyebutkan kisah yang berkaitan dengan taubat tersebut pada peristiwa yang terjadi pada tahun 706 Hijriah tanpa menyebutkan kelanjutannya dengan cerita sebagai berikut: "Dan pada malam Aidul Fitri Al-Amiir menghadirkan Saifuddin Salaar perwakilan Mesir, 3 hakim, dan sekelompok Fuqaha’. Tiga hakim tersebut adalah dari mazhab Asy-Syafi’i, Al-Maaliki, dan Al-Hanafi, sedangkan fuqaha’ yang hadir adalah Al-Baaji, Al-Jazarii, dan An-Namruwy, dan mereka mengharapkan agar Syeikh Taqiyuddin bin Taimiyyah dikeluarkan dari penjara. Sebahagian hadirin mensyaratkan dengan beberapa syarat, di antaranya: Beliau mestilah merujuk dari sebahagian aqidah dan mereka mengirim utusan agar beliau hadir di tempat itu dan berbicara kepada mereka. Tetapi beliau menolak hadir (ke majlis tersebut) dan tetap hati (untuk tidak hadir). Utusan itu kembali sehingga 6 kali. Beliau tetap kukuh pada pendirian untuk tidak hadir, tidak menoleh pada mereka, dan tidak menjanjikan apapun. Maka majlis itu pun dibubarkan dan mereka pun kembali tanpa mendapat balasan”. Cerita tersebut memberi kesan bahawa sebahagian kisah taubat ini memang ada, namun akhir dari kisah tersebut adalah justeru menguatkan pendapat bahawa Ibnu Taimiyah lantas menulis surat yang menguatkan Aqidahnya, bukan surat yang menyatakan bahwa dia Adalah Asy’ari. Ibnu Katsir tidak mengisyaratkan penulisan surat di sini tetapi di tempat lain disebutkan bahawa Ibnu Taimiyah menulis jawapan ringkas terhadap undangan taubat dan menulis bantahan terperinci dalam kitab yang kemudian dinamakan Tis’iniyat. Akan datang penjelasan tentang sebab ditulisnya kitab ini disisi ketiga tertolaknya kisah akhir taubat Ibnu Taimiyah. Dari huraian di atas jelaslah bahawasanya:
    1. Sebahagian Ahli Sejarah tidak menyebutkan kisah tersebut dan juga sama sekali tidak ditulis.
    2. Sebahagian dari Ahli Sejarah hanya mengisyaratkan adanya kisah tersebut tanpa memperincikan surat yang ditulis dan atau menyebutkan bahawa penulisan surat tersebut disertai gertakan dan ancaman pembunuhan.
    3. Sebahagian dari Ahli Sejarah ada yang memperincikan dan menyebutkan teks surat tersebut, tetapi tanpa menyebutkan bahawa penulisan surat disertai gertakan dan ancaman pembunuhan.

    Dari huraian tersebut kita dapat mengungkapkan bahawa sesungguhnya Ibnul Muallam dan An-Nuwairi telah menyendiri (asing) diantara orang-orang yang hidup sezaman dengan Syeikhul Islam tentang permasalah rujuknya beliau dari segi konteks tulisannya. Dan itu diikuti oleh sebahagian Ahli Sejarah.

    Oleh kerana itu, dari isu ini dapat diambil salah satu sikap seperti berikut:

    1. Kita mendustakan semua yang telah disebutkan oleh para Ahli Sejarah baik secara global mahupun terperinci, dan kita katakan bahawa semua itu tidak mungkin terjadi.
    2. Kita menetapkan asas kisah tersebut, tanpa menetapkan apapun berkaitan rujuk dari Aqidah , dan tidak menetapkan tulisan yang penyelisihannya jelas dengan apa yang telah didakwahkan oleh Syeikhul Islam sebelum tarikh tersebut dan setelahnya.
    3. Kita menetapkan seluruh tulisan yang Ibnul Muallim dan An-Nuwairi telah menyendiri berkaitan masalah rujuk dan surat.

    Sikap pertama menusuk dada sendiri! Sedangkan sikap ketiga sama sahaja dengan menetapkan penyendirian dan keganjilan serta mendahulukan keduanya atas pendapat lain yang masyhur dan lebih banyak.

    Yang tsabit berdasarkan pemeriksaan dan tarjih adalah sikap yang kedua: Iaitu Syeikhul Islam telah menulis ungkapan secara global setelah diancam dan digertak. Tetapi di dalam ungkapan tersebut tidak terdapat kata rujuk dari Aqidahnya, tidak melakukan jenaka terhadap aqidah yang batil, dan tidak menulis hal itu seluruhnya.

    Hal tersebut disebabkan beberapa sebab yang dapat dilihat dari 3 sisi:

    1. Riwayat cerita

    Dari periwayatan tersebut, orang-orang yang tidak berpihak kepada Ibnu Taimiyah menggunakan riwayat dari Ibnul Muallam, An-Nuwairy dan Ibnu Hajar yang menukil dari Tarikh Ar-Barzaly tanpa sama sekali mempedulikan riwayat-riwayat lain yang bertentangan atau berbeza dengan riwayat tersebut.

    Khusus untuk Ibnu Hajar, kemungkinan beliau salah menukil atau menukil dari orang lain, kerana dalam Tarikh Al-Barzaly tidak disebutkan cerita tersebut, justeru Ibnu Rajab mengatakan bahawa Al-Barzaly (beliau tidak menyebutkan kitab Tarikh) dan juga Az-Zahabi menyebutkan sebahagian kisah yang mengatakan bahawa hal itu terjadi di atas paksaan dan tanpa ada kata-kata taubat kecuali kata-kata global sahaja.

    Jika kita membandingkan riwayat-riwayat diatas, maka jelaslah kualiti periwayatan pihak-pihak yang mendokong Ibnu Taimiyah lebih unggul kerana terdiri dari para Huffaz yang telah disepakati dan juga sezaman dengan Ibnu Taimiyah, ertinya riwayatnya lebih ‘ali[2]. Adapun Ibnu Hajar, beliau menyalahi periwayatan Al-Barzaly, Az-Zahabi, Ibnu Abdil Hadi dan juga Ibnu Rajab. Lagi pula beliau menukil cerita tersebut kerana tidak Muasharah dengan Ibnu Taimiyah dan penukilannya dilihat sebagai Syaz[3].

    2. Realiti setelah peristiwa tersebut

Sisi ini menguatkan sikap kedua berdasarkan fakta-fakta berikut:

    • Tulisan ini menyelisihi Aqidah Syeikh yang beliau dakwahkan dan perjuangkan sepanjang hidupnya, sebelum kejadian tersebut dan sesudahnya.
    • Tidak terdapat sedikitpun jejak di dalam kitab dan karangannya yang menunjukkan beliau telah rujuk, isyarat yang menunjukkan surat ini, atau isi dari tulisan ini. Padahal kisah tersebut terjadi sekitar tahun 707 Hijriah, sedangkan beliau Wafat tahun 728 Hijriah. Itu ertinya beliau dikatakan beraqidah Asy’ari selama kurun tersebut atau sekitar 21 tahun lamanya. Ini amat mustahil kerana Ibnu Taimiyah telah mengarang banyak kitab-kitab Salafiyah setelah tahun-tahun tersebut. Kitab Dar’ut Taarrud dikarang oleh Ibnu Taimiyah setelah kembalinya beliau dari Mesir seperti yang telah dijelaskan oleh Muhaqqiqnya dengan bukti-bukti yang amat jelas pada Muqaddimah Kitab tersebut. Kitab tersebut sangat terkenal dan kemudian dibantah oleh oleh tokoh Asyairah yang bernama Kamaluddin bin Syarisyi, kemudian dijawab oleh Ibnu Taimiyah dengan sebuah karangan sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Rajab, Ibnu Abdul Hadi, Az-Zahabi, dan Lain-lain. Kitab tersebut telah diringkaskan oleh Badruddin Al-Hakari, seorang Qadhi bermazhab Syafi'i. Syeikh Rasyad selaku Muhaqqiq berpedoman kepada ringkasan tersebut dan sembilan naskah lainnya. Naskah tersebut ada yang berbeza dan ada yang saling membenarkan. Kemudian setelah itu, Ibnu Taimiyah mengarang Minhajus-Sunnah, iaitu salah satu kitab salafiyyahnya yang paling terkenal.
    • Syeikhul Islam Rahimahullah telah banyak diperlecehkan dalam berbagai masalah sebelum tarikh kejadian tersebut mahupun setelahnya, dipenjara kerana masalah tersebut, dan dicela. Tapi beliau tidak sedikitpun diketahui rujuk dari pendapatnya sedikitpun. Paling kurang beliau hanya berhenti berfatwa sebentar, kemudian kembali melakukan hal itu dan berkata: “Saya tidak dapat menyembunyikan ilmu”, seperti pada masalah Thalaq (Al-Uqud halaman 325), Bagaimana mungkin kali ini beliau menulis surat kepada mereka apa yang bertentangan dengan Aqidah Ahlissunnah dan bersetuju dengan Mazhab Ahli Bid’ah. Keadaan musuh beliau adalah seperti yang beliau sifatkan sendiri ketika dikatakan kepada beliau: “Wahai Tuanku! Sungguh telah banyak orang yang menentangmu!” Beliau berkata: “Sesungguhnya mereka seperti lalat, kemudian beliau mengangkat telapak tangannya kemulutnya dan meniupnya.” (Al-Uqud Halaman 268). Imam Az-Zahabi mensifatkan keteguhan Syeikhul Islam di depan musuh-musuhnya dengan mengatakan: “…..Hingga menentangnya sekelompok Ulama Mesir dan Syam dengan penentangan yang tidak ada bandingannya… dan dia orang yang teguh tidak terpujuk dan tidak suka, malah beliau tetap mengatakan kebenaran yang pahit sesuai dengan ijtihadnya, ketajaman fikiran, dan keluasan pengetahuannya pada qoul-qoul dan sunan.”
    • Pemalsuan terhadap fatwa beliau amat sering dilakukan. Ibnu Katsir mengisahkan cerita penahanan beliau dalam peristiwa yang terjadi di tahun 726 Hijriah kerana berfatwa masalah ziarah kubur yang diadukan kepada sultan. Pengadunya mengatakan bahawa Ibnu Taimiyah telah menulis surat yang isinya pengharaman untuk menziarahi kubur nabi dan orang-orang soleh berdasarkan Ijma. Lalu Ibnu Katsir membela gurunya dengan mengatakan bahawa itu adalah pemalsuan kerana gurunya tidak berfatwa tentang keharaman berziarah secara umum, namun yang haram adalah mengadakan musafir semata-mata untuk berziarah. Adapun berziarah tanpa melakukan musafir justeru dianggap mustahab (sunnah) oleh gurunya. Pemalsuan fatwa beliau diakui banyak Huffaz diantaran Az-Zahabi, Ibnu Abdil Hadi, Al-Barzali dan beliau sendiri di dalam Majmu' Fatawa dan salah satu pengakuan tersebut juga terdapat dalam Muqaddimah Kitab Tis’iniyat yang ditulis khusus untuk membantah kalam nafsi dan Aqidah Asy’ariyah.
    • Kisah Ini terjadi Bulan Rabi'ul Awal tahun 707 Hijriah, sebelumnya iaitu akhir-akhir tahun 706 Hijriah beliau masih dalam penjara di Mesir dan dijanjikan pembebasan jika mahu mengubah beberapa perkara berkait Aqidahnya, namun Ibnu Katsir menjelaskan bahawa di akhir tahun 706 Hijriah ketika utusan dari sultan bolak-balik untuk mengundang beliau dan bahkan dijanjikan pembebasan, beliau tetap teguh dengan pendiriannya. Namun dia tidak menyebutkan teks perkataan dan tulisannya.
  • 3. Riwayat dari Syeikhul Islam sendiri.

    DR. Muhammad Bin Ibrahim Al-Ajalan telah mentahqiq sebuah Kitab Ibnu Taimiyah yang berjudul “At-Tis’iniyyat” iaitu sebuah Kitab yang dikarang untuk membantah Aqidah Asy’ari secara terperinci dan sebahagian besarnya tentang kalaamun-Nafsi[4].

    Dari Muqaddimah kitab ini dapat dilihat dengan jelas lengkapnya peristiwa yang disebutkan oleh Ibnu Katsir pada peristiwa-peristiwa yang terjadi di akhir Ramadhan di malam Aidul Fitri tahun 706 Hijriah tentang adanya utusan yang menginginkan kehadiran Syeikhul Islam dalam sebuah majlis dimana beliau diminta untuk menarik fatwa-fatwanya berkenaan Kalamullah, Jihah dan Tahayyuz, dan 'Arasy agar sesuai dengan Aqidah Asy’ariyah dengan hadiah pembebasannya dari Penjara.


    Namun beliau tetap teguh untuk tidak menghadiri acara tersebut dan hanya menulis jawapan ringkas dalam sebuah surat serta menulis jawapan terperinci dengan menulis sebuah kitab khusus. Dr. Muhammad bin Ibrahim Al-Ajalan memastikan berdasarkan Awal cerita di dalam Kitab tersebut bahawa Ibnu Taimiyah mulai mengarangnya pada Tahun 706 Hijriah disebabkan oleh permintaan untuk menghadiri majlis yang disana beliau diharapkan membuat sebuah pengakuan dan menarik fatwa-fatwa tentang Aqidah sebagaimana yang telah saya sebutkan.[5]

    Selanjutnya di awal kitab tersebut halaman 111 diterangkan bahawa utusan tersebut tersebut sebelumnya pernah datang juga membawa tulisan dari Ibnu Makhluf yang menggambarkan Aqidah Ibnu Taimiyah, namun ternyata tulisan tersebut isinya dusta kerana sesuai dengan Aqidah mereka. Ibnu Taimiyah Memarahi utusan tersebut dan menyuruh mereka berlaku Adil. Begitu seterusnya, dimana utusan-demi utusan datang untuk meminta kehadiran beliau dalam majlis yang diadakan oleh Amir pada saat itu. Namun beliau selalu menolak hadir dan hanya menulis surat namun surat beliau didustakan.[6] Oleh kerana itu sangat berkemungkinan surat palsu itulah yang dibacakan dalam majlis yang tidak dihadiri oleh Ibnu Taimiyah tersebut lalu dinukil oleh sebahagian kecil ahli sejarah.

    Kesimpulan dari pembahasan ini adalah perlunya penguatan dan penggabungan beberapa cerita tentang rujuknya beliau kepada Aqidah Asy’ari agar mendapat kesimpulan yang adil dan jauh dari ketidakadilan.

    Dari penguatan dan penggabungan riwayat-riwayat tersebut jelaslah bahawa Kita dapat menetapkan asas kisah tersebut, tanpa menetapkan apapun berkaitan tentang rujuk dari aqidah salaf dan tidak menetapkan tulisan yang penyelisihannya jelas dengan apa yang telah didakwahkan oleh Syeikhul Islam sebelum tanggal tersebut dan setelahnya.

    Semoga bermanfaat

    Saudaramu : dobdob

    Dikutip dari Kitab “Al Jaami Lishirathi Syaikhil Islam” dengan beberapa penambahan


    [1] Didalam kitab tarikhnya, Al-Barzali memang tidak menyebutkan apapun tentang surat dan rujuk, tetapi penukilan sekelompok ahli sejarah (Ibnu Hajar dan Ibnu Rajab misalnya, pent) kepada kitab tersebut. Menunjukkan bahawa Al-Barzalli telah menyebutkan sesuatu tentang perkara tersebut. Kemungkinan dia menyebutkan pada kitab tarikhnya yang tidak diketahui, atau pada kitab lain semisal Mu’jam syuyukh.

    [2] Riwayat dengan rantai sanad yang lebik pendek, dan susunan sanad seperti ini merupakan nilai lebih, kerana mempermudah pemeriksaan dan mengurangkan kesalahan.

    [3] Riwayat seorang tsiqah yang menyalahi riwayat perawi lain yang lebih tsiqah atau lebih banyak jumlahnya.

    [4] Keyakinan khas Asy’ariyah tentang kalamullah dimana mereka mengatakan bahawa Kalam itu Qadim, Menyatu dengan Zat-Nya (Qaaimun Bizatihi), tanpa suara dan Huruf, adapun Al-Qur’an yang sekarang di dunia merupakan ta’bir atau interpretasi tafsiran dari kalamullah yang dilakukan oleh Malaikat Jibril 'alaihissalam.

    [5] Lihat tarikh Ta’lif kitab tersebut pada halaman 55 kitab Tis’iniyat.

    [6] Lihat dan renungkanlah halaman 109-119 rangkaian kisah tersebut yang merupakan bukti paling kuat bahawa kisah taubat tersebut adalah dusta.