Oleh: Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri
Ini adalah sebuah kisah nyata yang berlaku antara syeikhul Islam Abdullah bin Muhammad al-Harawial-Ansari r.h, salah seorang Ulama yang tegar di atas Sunnah Nabawiah dan mempertahankan Akidah Salafiah di zaman berkembangnya ajaran Asyairah dan Ilmu Kalam.
Begini kisahnya:
Telah datang Sultan Alib Arsalan, Sultan Kerajaan Seljuk yang menjalankan kuasa Khalifah Abbasiah, bersama wazirnya Nizamul Mulk -Menteri yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Asyairah- ke Harah, lalu berkumpul lah sekalian Ulama Syafiiah dan Hanafiah (yang mana mereka ini berakidah Asyairah) untuk mengadu kepada Menteri Nizamul Mulk berkenaan Syeikhul Islam al-Ansari yang bermazhab Salafi itu yang tiada mau dia itu mengikut ajaran rasmi kerajaan al-Asyairah.
Maka segala Ulama ini mahu mereka itu berdebat dengan Syeikhul Islam al-Ansari dan mereka meminta supaya dibawakan al-Ansari menghadap. Maka Menteri pun menitahkan supaya al-Ansari menghadap lalu berkata: "Mereka ini semua telah berkumpul untuk berdebat dengan kamu, jika kebenaran bersama kamu mereka akan rujuk kepada mazhab kamu, jika sebaliknya maka engkau hendaklah rujuk kepada mereka atau diam diri jangan mencela mereka lagi".
Maka bangunlah Syeikh all-Islam al-Ansari seraya berkata: "Aku sedia berdebat dengan mereka berdasarkan apa yang ada dalam lengan baju ku ini". Adalah orang Arab itu dahulunya lengan baju Jubah mereka itu besar dan diisi di dalamnya barangan.
Kata Menteri: "Apa yang ada di dalam lengan baju kamu itu?"
Maka kata Syeikhul Islam al-Ansari: "Kitabullah" sambil membuka lengan baju kanannya
katanya lagi: "dan Sunnah Rasulullah s.a.w" sambil membuka lengan bajunya yang kiri dan terdapat padanya Sahih al-Bukhari dan Muslim.
Lalu wazir melihat kepada para Ulama yang ada sebagai tanda bertanya sama ada mereka sedia berdebat dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sandaran bukan Ilmu Kalam.
Maka diamlah semua Ulama itu tiada seorang pun jua yang sanggup berdebat dengan Syeikhul Islam al-Ansari dengan syaratnya itu.
Maka demikianlah Ulama Ahli Kalam itu tiada mereka berani berlawan dengan ilmiah kerana jauh di lubuk hati kecil sanubari mereka, yakin amat mereka bahawa mereka itu sesat jua.. wallahua'lam.
Sumber: Siyar A'lam al-Nubala', 18/511.
No comments:
Post a Comment