Sunday, February 15, 2009

Ibn Hajar menukilkan pendapat yang benar dalam kitab Fathul Baari


Walaupun golongan ahbash dan asya'irah sering menuduh salafi mengkafirkan Ibn Hajar Rahimahullah, namun hakikatnya sebagaimana yang telah dinyatakan Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi menyatakan:


موقفنا من أبي بكر الباقلاني والبيهقي وأبي الفرج بن الجوزي وأبي زكريا النووي وابن حجر وأمثالهم ممن تأول بعض صفات الله تعالى أو فوضوا في أصل معناها - أنهم في نظرنا من كبار علماء المسلمين الذين نفع الله الأمة بعلمهم فرحمهم الله رحمة واسعة وجزاهم عنا خير الجزاء، وأنهم من أهل السنة فيما وافقوا فيه الصحابة رضي الله عنهم وأئمة السلف في القرون الثلاثة التي شهد لها النبي صلى الله عليه وسلم بالخير، وأنهم أخطأوا فيما تأولوه من نصوص الصفات وخالفوا فيه سلف الأمة وأئمة السنة رحمهم الله سواء تأولوا الصفات الذاتية وصفات الأفعال أم بعض ذلك


Maksudnya: "Pendirian kami terhadap Abu Bakar al-Baqilani, al-Baihaqi, Abil Farj Ibn al-Jauzi, Abu Zakaria al-Nawawi, Ibn Hajar, dan seumpama mereka yang mentakwil sebahagian sifat Allah taala atau mentafwidkan maknanya, mereka ini pada pandangan kami termasuk ulama besar kaum muslimin yang telah dimanfaatkan oleh Allah kepada umat Islam dengan ilmu mereka-semoga Allah merahmati mereka dengan rahmat yang luas dan membalas jasa mereka sebaik-baiknya- dan mereka termasuk Ahli Sunnah dalam perkara yang mereka sepakat dengan para Sahabat radiallahu'anhum dan imam-imam salaf dalam tiga kurun yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai terbaik, dan mereka tersalah dalam perkara yang mereka takwilkan daripada nas-nas sifat dan menyalahi salaf umat dan Imam-imam Sunnah rahimahumullah sama ada mereka mentakwilkan sifat zat atau sifat fi'il atau sebahagian daripadanya". (Fatwa al-Lajnah al-Daimah, Arab Saudi, 3/240 & 241)

Maka dari itulah kita tidak pernah sekali pun mengkafirkan Ibn Hajar, beliau juga adalah manusia yang bisa salah dan bisa betul. Beliau telah berusaha berijtihad mengeluarkan pendapat yang sebaiknya tanpa berat sebelah. Malah Ibn Hajar sendiri pernah membawa riwayat yang benar dalam kitabnya Fathul Baari tentang masalah Istiwa' Allah ini.


Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah berkata:


قَالَ اِبْنِ بَطَّال اِخْتَلَفَ النَّاس فِي الاسْتِوَاء الْمَذْكُور هُنَا فَقَالَتْ الْمُعْتَزِلَة مَعْنَاهُ الاسْتِيلاء بِالْقَهْرِ وَالْغَلَبَة وَاحْتَجُّوا بِقَوْلِ الشَّاعِر : قَدْ اِسْتَوَى بِشْر عَلَى الْعِرَاق مِنْ غَيْر سَيْف وَلا دَم مِهْرَاق. وَقَالَتْ الْجِسْمِيَّة مَعْنَاهُ الاسْتِقْرَار ، وَقَالَ بَعْض أَهْل السُّنَّة مَعْنَاهُ اِرْتَفَعَ ، وَبَعْضهمْ مَعْنَاهُ عَلا ، وَبَعْضهمْ مَعْنَاهُ الْمُلْك وَالْقُدْرَة وَمِنْهُ اِسْتَوَتْ لَهُ الْمَمَالِك


Berkata Ibn Batthol: "Manusia berbeza pendapat pada menafsirkan Istawa' yang mana disebutkan, maka berkata Al-Mu'tazilah maknanya (istawa') ialah Istila' iaitu dengan kasar dan mengalahkan dengan berhujahkan kata-kata syair:


ٍSeorang lelaki telah menguasai Iraq tanpa menggunakan pedang dan tanpa pertumpahan darah


Maka berkata Al-Jismiyyah memaknakannya dengan kekuatan, dan berkata sebahagian Ahli Sunnah maknanya meninggi, dan sebahagian mereka memaknakannya dengan ketinggian, dan sebahagian mereka pula memaknakannya dengan kerajaan dan kekuasaan dan darinya terdapat perkataan Arab ia menguasai kerajaan. (Fathul Bari, jilid 20, ms. 494, Al-Maktabah Al-Syamilah)


Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah berkata:


ثُمَّ قَالَ اِبْن بَطَّال : فَأَمَّا قَوْل الْمُعْتَزِلَة فَإِنَّهُ فَاسِد ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَزَلْ قَاهِرًا غَالِبًا مُسْتَوْلِيًا ، وَقَوْله " ثُمَّ اِسْتَوَى " يَقْتَضِي اِفْتِتَاح هَذَا الْوَصْف بَعْد أَنْ لَمْ يَكُنْ ، وَلَازِمُ تَأْوِيلهمْ أَنَّهُ كَانَ مُغَالَبًا فِيهِ فَاسْتَوْلَى عَلَيْهِ بِقَهْرِ مَنْ غَالَبَهُ ، وَهَذَا مُنْتَفٍ عَنْ اللَّه سُبْحَانه ، وَأَمَّا قَوْل الْمُجَسِّمَة فَفَاسِدٌ أَيْضًا ؛ لأَنَّ الِاسْتِقْرَار مِنْ صِفَات الأَجْسَام وَيَلْزَم مِنْهُ الْحُلُول وَالتَّنَاهِي ، وَهُوَ مُحَال فِي حَقِّ اللَّه تَعَالَى ، وَلائِق بِالْمَخْلُوقَاتِ


Kemudian berkata Ibn Batthol: Adapun perkataan Muktazilah maka ia fasid kerana Allah itu sentiasa menguasai dan firman-Nya: (maksud) "Kemudian Dia bersemayam" membawa kepada pemahaman Dia bersemayam daripada tidak bersemayam maka lazim daripada takwil mereka (istaula) bahawa Dia menguasai Arasy dengan merampasnya daripada orang lain dan ini mustahil pada Allah S.W.T. Adapun pendapat Mujassimah juga fasid kerana menetap itu sifat jisim (makhluk) dan lazim padanya hulul dan berhenti dan ia mustahil pada Allah, harus pada makhluk. (Fathul Bari, jilid 20, ms. 494, Al-Maktabah Al-Syamilah)


Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah berkata:


وَقَدْ نَقَلَ أَبُو إِسْمَاعِيل الْهَرَوِيُّ فِي كِتَاب الْفَارُوق بِسَنَدِهِ إِلَى دَاوُدَ بْن عَلِيّ بْن خَلَف قَالَ: كُنَّا عِنْد أَبِي عَبْد اللَّه بْن الأَعْرَابِيّ يَعْنِي مُحَمَّد بْن زِيَاد اللُّغَوِيّ فَقَالَ لَهُ رَجُل ( الرَّحْمَن عَلَى الْعَرْش اِسْتَوَى ) فَقَالَ هُوَ عَلَى الْعَرْش كَمَا أَخْبَرَ ، قَالَ يَا أَبَا عَبْد اللَّه إِنَّمَا مَعْنَاهُ اِسْتَوْلَى ، فَقَالَ اُسْكُتْ لاَ يُقَال اِسْتَوْلَى عَلَى الشَّيْء إِلاَّ أَنْ يَكُون لَهُ مُضَادٌّ


"Dinukilkan daripada Abu Ismail al-Harawi dalam kitab al-Faruq yang mana sanadnya sampai kepada Daud bin Ali bin Kholaf, katanya: "Ketika kami bersama-sama Abdullah bin Al-'Arabi iaitu Muhammad bin Ziyad Al-Lughowi, maka seorang lelaki telah bertanya mengenai firman Allah S.W.T:


"Allah Ar-Rahman (yang Maha Pemurah) beristiwa' di atas 'Arasy."


Maka dia (Abdullah bin Al-'Arabi) berkata: "Dia berada di atas 'Arasy sepertimana yang dikhabarkan. Lelaki itu berkata: "Wahai Abdullah! Sesungguhnya (apa yang aku tahu) bahawa maknanya (Istawa') ialah Istaula." Maka dia lantas berkata: "Diam!" Tidak dikatakan Istaula pada sesuatu melainkan ada baginya lawan. (Fathul Bari, jilid 20, ms. 494, Al-Maktabah Al-Syamilah)


Daripada perkataan beliau ini jelaslah Istiwa' yang difahami oleh orang arab ialah "meninggi" dan bukanlah menguasai, kerana ianya adalah pendapat muktazilah bahkan setelah perkataan di atas ini, Ibn Hajar sendiri telah membawakan perkataan Imam Malik yang masyhur iaitu


"Istiwa itu tidak majhul (iaitu diketahui), dan bagaimana caranya tidaklah ma'qul (iaitu tidak diketahui), beriman dengannya wajib, mempersoalkan bagaimana adalah bid'ah." (Lihat Fathul Baari pada rujukan yang sama)


http://ahbash-sesat.blogspot.com

Thursday, February 12, 2009

Abu Syafiq Mengatakan Allah Tidak Besar..

klik pada gambar di atas...

Abu Syafiq berkata sebagaimana di dalam kertas lembaran di atas "Allah bukan berukuran besar... atau lebih besar dari 'Arasy".. (lihat pada gambar di atas) Inilah hakikatnya aqidah mereka, mereka ingin menafikan Allah dari sebarang ukuran sama ada kecil mahupun besar, sedangkan dengan jelas dalam Al-Quran banyak menyebut Allah Maha Besar.

Bukankah, sering dilaungkan "Allahu Akbar" ketika azan, iqamah, takbirratul ihram, setiap kali takbir dalam pergerakan solat, dan pada zikir-zikir waktu-waktu tertentu seperti zikir setelah solat. Maka apakah yang dimaksudkan "AKBAR" di situ kalau bukan Allah itu pasti Maha Besar?!!

Abu Syafiq berkata lagi: "Jika anda ditanya Allah dimana? Maka jawaplah "Allah Wujud Tanpa bertempat"...(lihat gambar di atas)

Ini bertentangan dengan hadis Nabi s.a.w. yang sahih riwayat Imam Muslim pada kitab ( المساجد والمواضع الصلاة ) dalam bab (تحريم الكلام في الصلاة ونسخ ما كَان مِن إباحتِه ). Iaitu Hadis daripada Mu'awiyah bin Al-Hakam As-Salami menceritakan ketika beliau hendak membebaskan (Jariah) hamba perempuannya, maka beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kemudian baginda (Nabi s.a.w) menyuruh agar hamba tersebut dipanggil lalu baginda bersabda:

أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

Di manakah Allah? dia menjawab: Di Langit. baginda bertanya lagi : Siapa aku? Jawab Jariah: Kamu Rasulullah. Lalu baginda berkata: merdekakan dia kerana dia adalah Mukminah.

Takhrij hadis ini seperti berikut:

1 - Muslim bin Hajjaj dalam Sahih Muslim, no: 537.
2 - Malik bin Anas dalam al-Muwattha', no: 1468.
3 - Abu Daud al-Tayalisi dalam al-Musnad, no: 1105.
4 - Muhammad bin Idris as-Syafi'i dalam al-Umm, no: 242.
5 - 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, no: 16851.
6 - Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, no 30333.
7 - Ahmad bin Hanbal dalam al-Musannaf, no: 7906, 23762, 23765 & 23767.
8 - Abu Daud al-Sajastani dalam Sunan Abu Daud, no: 930 & 3282.
9 - Ibn Qutaibah dalam Ta'wil Mukhtalaf al-Hadis, no: 272.
10 - 'Utsman bin Sa'id al-Darimi dalam al-Rad 'ala al-Jahmiyyah, no: 62.
11 - al-Harith bin Abi Usamah dalam al-Musnad, no: 015.
12 - 'Amr bin Abi 'Ashim al-Shaibani dalam al-Sunnah Li Ibn Abi 'Ashim, no: 489.
13 - al-Nasai dalam Sunan al-Nasai, no: 1142, 7708, 8535 & 11401.
14 - Ibn Jarud dalam al-Muntaqa, no: 212.
15 - Ibn Khuzaimah dalam Kitab al-Tauhid wa Itsbat Sifat al-Rabb 'Azza wa Jalla, no: 178, 179, 180, 181 & 182.
16 - Abi 'Uwanah dalam al-Musnad, no: 1727 & 1728.
17 - Abu al-Husain 'Abd al-Baqi' dalam al-Mu'jam al-Sahabah, 735.
18 - Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, no: 165 & 2247.
19 - al-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir, no: 937 & 938.
20 - Muhammad bin Ishaq bin Manduh dalam al-Iman, no: 091.
21 - al-Lalaka'I dalam Syarah Usul I'tiqad Ahl al-Sunnah, no: 652.
22 - Abu Nu'aim al-Asbahani dalam al-Musnad al-Mustakhraj 'ala Sahih Imam Muslim, no: 1183.
23 - Ibn Hazm dalam al-Muhalla, no: 1664.
24 - al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no: 15266, 15268, 19984 & 19985.
25 - 'Abd Allah bin Muhammad bin 'Ali al-Harawi dalam al-'Arba'in fi Dalail al-Tauhid, no: 011.

Guru kepada Imam Bukhari rahimahullah, membawakan perkataan Abdullah bin Mubarak (181 H).

عن علي بن الحسن بن شقيق، شيخ البخاري، قال: قلت لعبد الله ابن المبارك كيف نعرف ربنا؟ قال: "في السماء السابعة على عرشه". وفي لفظ "على السماء السابعة على عرشه، ولا نقول كما تقول الجهمية إنه هاهنا في الأرض". وقال أيضاً: سألت ابن المبارك: كيف ينبغي لنا أن نعرف ربنا؟. قال: "على السماء السابعة، على عرشه، ولا نقول كما تقول الجهمية إنه هاهنا في الأرض"

Dari Ali Ibn Al-Hasan bin Syaqiq, guru Imam Bukhari berkata: “Saya pernah bertanya kepada Abdullah bin Mubarak bagaimana kita mengetahui Tuhan kita?” Katanya: “DI LANGIT KE TUJUH DI ATAS ARASY-NYA”

Dalam lafaz lain: “Di atas langit ke tujuh di atas ‘ArasyNya dan kita tidak mengatakan sebagaimana yang dikatakan Jahmiyyah bahawasanya Allah di sini, di bumi.”

Ali juga berkata: “Saya pernah bertanya kepada Abdullah bin Mubarak: “Bagaimana sepatutnya kita mengenali Tuhan kita?” Dia menjawab: “Di atas langit ketujuh, di atas Arasy-Nya, dan kita tidak mengatakan sebagaimana orang Jahmiyyah berkata bahawa Allah ada di bumi ini.”

Riwayat ini dikeluarkan oleh:

1 - Imam Bukhari dalam Khalqu Af’al Al-Ibad (8),
2 - Ad-Darimi dalam Raddu Ala Al-Marisi (103) dan juga dalam Ar-Raddu Ala Al-Jahmiyyah (50),
3 - Abdullah bin Ahmad dalam As-Sunnah no: 22 & no: 216,

4 - Ibn Batthah dalam Al-Ibanah no: 112,
5 - Ibn Mandah dalam At-Tauhid no: 899,
6 - Ash-Shobuni dalam Aqidah As-Salaf no: 28,
7 - Al-Baihaqi dalam Asma’ Wa Al-Sifat no: 903,
8 - Ibn Abdil Barr dalam At-Tamhid (7/142),
9 - Ibn Qudamah dalam Itsbat Shifat Al-Uluw, 99 & 100.

Nabi sendiri telah bersabda:

والله فوق العرش يعلم ما أنتم عليه


Maksudnya: “Dan Allah di atas ‘Arasy mengetahui apa yang kalian lakukan.”

Hadis ini dikeluarkan oleh:

1 - Ahmad dalam musnadnya (1/207),
2 - Abu Daud no: 4723,
3 - Tirmizi no: 3320,
4 - Ibn Majah dalam Muqaddimah Sunannya (1/69),
5 - Ad-Darimi dalam Ar-Raddu Ala Bisyr Al-Marisi (448),
6 - Ibn Abi Ashim dalam As-Sunnah (1/253),
7 - Ibn Khuzaimah dalam At-Tauhid no: 144,
8 - Al-Ajurri dalam Asy-Syari’ah no:665,
9 - Ibn Mandah dalam At-Tauhid,
10 - Al-Lalikai dalam Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah Wal Jamaah (3/390).

Maka, telah jelaslah bahawa aqidah Abu-Syafiq dan konco-konconya adalah bersalahan dengan hadis Nabi s.a.w. yang telah saya sebutkan sebentar tadi. Cadangan saya, agar mereka membaca artikel "Ma'iyyah Allah" dalam blog http://wahabiah.blogspot.com bagi membuktikan aqidah yang sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah Allah di langit, iaitu di atas 'ArasyNya.

http://ahbash-sesat.blogspot.com

Thursday, December 4, 2008

Jangan Menurut Yang Banyak

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Al-An'am: 116)


وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Yunus: 36)

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آَبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آَبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada Rasul-Nya (yang menyampaikan)," mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya." Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk? (Al-Maidah: 104)

وَكَذَلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا وَجَدْنَا آَبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آَثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ (23) قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكُمْ بِأَهْدَى مِمَّا وَجَدْتُمْ عَلَيْهِ آَبَاءَكُمْ قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ (24) فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taklid buta); kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja." Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya." Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasul-Nya. (Al-Zukhruf: 23-25)

Ayat di atas banyak menerangkan agar tidak menurut pada kebanyakan pegangan manusia di muka bumi ini. Hatta islam sekali pun belum tentu terselamat dalam beri'tiqad. Kerana Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

“Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran (puak), semua mereka masuk neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku. [Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dan lain-lain; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 2641]

Sebagaimana riwayat lain dengan lafaznya yang berbeza sering kita dengari iaitu:

وإن أمتي ستفترق على ثنتين وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة وهي الجماعة

“Dan sesungguhnya umatku akan terpecah kepada 73 aliran (puak), kesemuanya ke neraka kecuali satu, dan ia adalah al-Jama’ah.” [Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Ibn Majah, no: 3993]

Hanya sedikit yang menuju ke syurga iaitu mereka yang benar-benar mengikuti Rasulullah dan para sahabat di dalam aqidahnya, ibadahnya dan akhlaknya. Ibn Mas'ud pernah ditanya apakah al-Jamaah: dia menjawab:

"Sesungguhnya apa yang sesuai dengan ketaatan pada Allah walaupun engkau seorang." (Syarah Usul i'tiqad Ahli Sunnah li Lalikaie)

Wednesday, December 3, 2008

SIAPAKAH IBN AL-'ARABI Al-SUFI?

Dalam dunia Ilmu Tariqat Sufi, nama Syeikh Muhyiddin bin al-Arabi atau dikenali sebagai Ibn Arabi atau Ibn al-Arabi sangat terkenal dah dia sangat diagungkan mana-mana pengikut Tasawwuf.


Mereka menganggapnya sebagai seorang Wali Allah yang hebat dan disebut sebagai al-Syeikh al-Akbar (Syeikh Besar) dan Khatamul Auliya’ (Penutup Sekalian Wali).


Namun, siapakah sebenarnya dia di sisi Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah? Apakah pandangan ulama Jarh wa Ta’dil terhadap dirinya?


PANDANGAN IMAM AL-HAFIZ AL-ZAHABI R.H.

Imam al-Zahabi r.h menyebut dalam kitab beliau yang terkenal ‘Siyar A’lam al-Nubala’ bahawa nama syeikh ini adalah:

العَلاَّمَةُ، صَاحِبُ التَّوَالِيفِ الكَثِيْرَةِ، مُحْيِي الدِّيْنِ، أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بنُ عَلِيِّ بنِ مُحَمَّدِ بنِ أَحْمَدَ

الطَّائِيُّ، الحَاتِمِيُّ، المُرْسِيُّ، ابْنُ العَرَبِيّ


Maksudnya: “Seorang yang alim, mempunyai tulisan karya yang banyak, Muhyiddin Abu Bakar Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad al-Tai al-Hatimi al-Mursi Ibn al-Arabi”.


Kemudian selang beberapa perenggan Imam al-Zahabi menyatakan kedudukan lelaki ini dalam syariat:

وَمِنْ أَرْدَإِ تَوَالِيفِهِ كِتَابُ (الفُصُوْصِ)، فَإِنْ كَانَ لاَ كُفْرَ فِيْهِ، فَمَا فِي الدُّنْيَا كُفْر


Maksudnya: “dan antara tulisannya yang paling teruk adalah kitab (al-Fusus), maka jika kitab ini tidak boleh dihukum kufur maka tiada lagi kekufuran dalam dunia ini..”


Lihat betapa teruknya lelaki ini sehingga Imam al-Zahabi r.h menghukumkan dia telah mencapai tahap kekufuran yang lebih tinggi daripada Iblis, nauzubillah min zalik!!


Imam al-Zahabi juga mendatangkan riwayat daripada Imam Izzuddin bin Abdul Salam r.h di mana beliau berkata:

هُوَ شَيْخُ سُوءٍ مَقْبُوْحٌ كَذَّابٌ


Maksudnya: “dia adalah syeikh yang teruk, keji lagi pendusta”


Lihat bagaimana seorang ulama besar mazhab Syafii menghukum Ibn Arabi atau Ibn al-’Arabi ini sebagai keji dan pendusta.


AL-ZARKALI R.H

Imam al-Zarkali r.h dalam kitab beliau ‘al-A’lam’ menyatakan:

وأنكر عليه أهل الديار المصرية (شطحات) صدرت عنه، فعمل بعضهم على إراقة دمه

Maksudnya: “dan penduduk Mesir telah mengingkarinya kerana ’satahat’ (latahan sufi) yang muncul daripadanya maka sebahagian mereka (ulama Mesir) berusaha untuk menjatuhkan hukuman mati ke atasnya”.


IMAM IBN KASIR R.H.

Ibn Kasir r.h dalam kitab beliau ‘al-Bidayah wa al-Nihayah’ menyatakan:

وله كتابه المسمى بفصوص الحكم فيه أشياء كثيرة ظاهرها كفر صريح

Maksudnya: “dan dia mempunyai kitab bernama ‘Fusus al-Hikam’ yang terkandung dalamnya beberapa perkara kebanyakannya kufur yang jelas pada zahirnya”.

Jadi dengan jelas, ulama besar seperti al-Zahabi dan Ibn Kasir rahimahumallah menghukum Ibn Arabi sekurang-kurangnya sebagai majruh (cedera) pada aqidahnya. Maka, orang seperti ini tidak sepatutnya dijadikan qudwah ikutan. Ramai lagi ulama dan pemuka-pemuka agama yang boleh kita contohi dan ikuti, bahkan para Sahabat Rasulullah s.a.w lebih layak untuk kita kaji dan teladani ilmu dan amalan mereka berbanding orang kebelakangan seperti Ibn Arabi ini. Wallahua’lam.

Sumber: http://mashoori.wordpress.com/2008/12/01/siapakah-ibn-al-arabi-al-sufi/

The Kufr of Ibn Arabee

A listing of the Scholars of Islaam who have declared Ibn ’Arabee to be a disbeliever.

"I asked our Shaykh Siraaj ad-Deen al-Balqeenee about ibn al-Arabee and he promptly replied that he was a kaafir."

alhumdolillaahi rabbil aalameen was salaatu was salaamu alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad


In reply to a post asking to name scholars who declared ibn Arabi to be a disbeliever then one of the Imaams of his time, al-Allaamah Burhaan ad-Deen al-Baqaa`ee [809-885H] authored a work entirely devoted to this in which he mentions the names and statements of tens of scholars from the time of ibn Arabi to his time who declared him to be a disbeliever. He mentions even more who declared him to be a deviant and worse - some of them sufis themselves. Insha`Allaah I will mention a few of them here and the interested reader can refer to the aforementioned book for more detail. The name of the book is ‘Tanbeeh al-Ghabbi ilaa takfeer ibn Arabee’


Ibn Arabi said concerning the worshippers of the cow at the time of Moses (AS) as in his ‘Fusoos’ (pg. 192), "Moses (AS) was more knowledgeable of this matter than Haaroon because he knew what the Companions of the Cow (truly) worshipped. This is because he knew that Allaah had decreed that none was to be worshipped save Him Alone and that when Allaah decrees a thing it must occur. Therefore when Moses censured his brother Haaroon it was because of Haaroon rejecting (what the Companions of the Cow did) and his inability to truly comprehend it. For the Gnostic is the one who sees the Truth (Allaah) in everything, indeed he sees the Truth to be everything."


[Therefore ibn Arabee thought that the action of these people was correct because what they were worshipping was in reality Allaah!! Refuge is sought with Allaah]


(1). Zayn ad-Deen al-Iraaqee [the teacher of ibn Hajr al-Asqalaanee] said, "these words are disbelief from the one who utters them due to a number of reasons…"


It is known that ibn Arabee believed that Pharaoh was correct when he said ‘I am your lord most high’ as in Fusoos (pg. 210).


Al-Iraaqee said, "his saying concerning the statement of Pharaoh, ‘I am your lord most high’ that it was correct for him to say that…there is not doubt that the one who says this statement, and it is authentic that he said it while possessing his intelligence and not being coerced then he is a

kaafir…"


(2). The son of Al-Iraaqee, Imaam Walee ad-Deen Ahmad al-Iraaqee said under the twenty first issue of his ‘Fataawaa al-Makkiyyah,’ "there is no doubt in including the Fusoos that is famous from him amongst the clear and explicit disbelief. The same applies to his ‘Futoohaat al-Makkiyyah.’ If these books are truly written by him (ibn Arabee) and he believed in what he wrote when he died then he is a kaafir who will remain for eternity in Hellfire. There is no doubt concerning this."


(3). Ibn Sayyid an-Naas and ibn Daqeeq al-Eid and other scholars all mention from their shaykh al-Izz bin Abdis Salaam (who was contemporary to ibn Arabee) that he said about him, "an evil shaykh, a liar." This was mentioned by adh-Dhahabee via many routes.


(4). Abu Hayyaan [b. 654H] in his famous tafseer under aayah 5:17


(5, 6). Ibn Hajr and his Shaykh al-Balqeenee. Ibn Hajr says in his biography to ibn al-Faarid in his ‘Lisaan al-Meezaan,’ "I asked our Shaykh Siraaj ad-Deen al-Balqeenee about ibn al-Arabee and he promptly replied that he was a kaafir."


(7). Al-Haafidh adh-Dhahabee, "and how would it be if the Shaykh (i.e. Sayf ad-Deen Alee al-Hareeree, the Sufi) saw the words of ibn Arabee which are pure kufr and heresy, he would say ‘this is the Dajjaal that is awaited.’"


He also said, "if his (ibn Arabees) words are not kufr then there is no kufr in the world." [I quote this from memory]


(8).Ibn Taymiyyah as is well known from him.


And many more.

http://www.troid.org/manhaj/soofiyyah/the-kufr-of-ibn-arabee.html