Tuesday, March 25, 2008

SYAIR FITNAH!!!


Penjelasan:

Sesungguhnya ALLAH itu MAHA HEBAT – Ya, Allah Memang hebat tidak ada satu akal yang waras mengatakan pun Allah itu tidak Hebat. Allah Maha Hebat dengan sifat-sifatnya yang Maha Agung yang disebutkan oleh-Nya di dalam Al-Quran dan Hadis. Tapi malangnya, Ahbash yang merasakan Allah itu tidak Hebat kerana segala sifat yang di sebut Allah dirasakan tidak layak untuk Allah lalu ditakwil (ubah) ke makna yang kononnya Hebat. Ketahuilah, ahbash ini tak ubah seperti orang jahiliyah arab yang cuba mengubah makna Al-Quran dengan hawa nafsu mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Hambanya tidak mampu mengetahui selain apa yang dikehendaki-Nya.

Dijadikannya ARASY bukan untuk bertempat – Siapa suruh kalian memikirkan perkara yang tidak mampu untuk difikirkan? Allah tidak memerlukan tempat, tetapi Allah nyatakan dalam Al-Quran bahawa ia bersemayam di atas ‘Arasy. Maka membincangkan kaifiatnya adalah ahli bid’ah sebagaimana kenyataan Imam Malik. Bila Ahli Sunnah mengatakan Allah bersemayam atas ‘Arasy, maka ahbash pula menolaknya kerana mereka hanya paham yang bersemayam itu hanya untuk manusia. Dan bertempat itu adalah sifat manusia. Adakah manusia yang duduk di atas ‘Arasy??? Adakah kalian pernah lihat Allah??? Jadi mengapa kalian berkata kalau bersemayam hanya sesuai untuk manusia? Bagaimana pula dengan takwilan kalian tentang Allah dimana-mana?? Bukankah manusia juga berada dimana-mana? Manusia berada di Malaysia, Indonesia, Thailand, Arab Saudi, dan seluruh pelusuk dunia. Adakah manusia ada di langit? Jelas di sini aqidah kalian batil!!

Diciptanya manusia ada benar ada sesat, Pokok utama perbincangan tentang ZAT – Sabda Rasulullah: Umatku akan berpecah kepada 73 puak, semua ke neraka kecuali satu. Iaitu: Apa yang aku dan sahabatku di atasnya pada hari ini. Dalam riwayat lain: Al-Jamaah. Iaitu ikutilah Nabi dan sahabat dalam erti kata ikutilah salaf dari segi ibadatnya, aqidahnya dan akhlaknya. Maka pokok utamanya disini adalah Aqidah. Aqidah Nabi dan sahabat adalah tidak membincangkan masalah sifat-sifat Allah yang tidak di sebutkan dalam Al-Quran maupun Hadis.. Akan tetapi, Ahbash ini terlebih pandai.. Cuba membincangkan sedalam-dalamnya sehingga menolak sifat yang telah disebutkan dalm Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam..

Sesungguhnya ZAT ALLAH itu bukan jisim dan beranggota, Tidak bertangan berkaki berwajah bermata – Tunjukkan bukti kami menjisimkan Allah? Tunjukkan mana kata-kata Ibn Taimiyyah bahawa Allah itu berjisim dan ada anggota? Sesungguhnya kami mengatakan Allah punyai Tangan tapi tangan-Nya tidak sama dengan tangan makhluk. Allah punyai Mata, tetapi tidak sama dengan Mata makhluk. Punyai Wajah, Jari-jemari, pendengaran, penglihatan, bersemayam, Turun dan lain-lain sebagaimana disebut dalam Al-Quran dan Hadis, akan tetapi kami katakan ianya tidak sama dengan makhluknya sebagaimana Allah juga menyebutkanNya dalam Al-Quran. Inilah dikatakan orang yang tidak faham bahasa. Mereka inilah ahbash!! Suka membuat fitnah seperti syeikh mereka juga..


MAHA SUCI ALLAH dari segala apa yang dikata, Hanya neraka layak ketubuh mereka – Maha Suci Allah segala fitnah mereka ini akan kembali pada mereka semula. Maka merekalah dahulunya lebih layak ke Neraka atas tuduhan mereka yang keluarkan.

Sesungguhnya kiamat sudah dekat, Perang meletus tidak dapat disekat - kiamat itu pasti berlaku, Imam Mahdi lahir dan menjadi khalifah ketika itu. Kebenaran pasti akan jelas lagi tersuluh. Bukankah sekarang sudah jelas? Kalian agaknya rabun ataupun buta sebagaimana kalian fitnah terhadap Ibn Baz Rahimahullah. Pencetus peperangan adalah di pihak ahbash sebagaimana fatwa-fatwa ulama Sunnah sekalian banyaknya.

Ahlussunnah dan Wahabi sering berdebat, Namun titik pertemuan tidak dapat dilihat – Siapa ahlus Sunnah? Siapa wahabi? Perkara yang sudah lama dijawab oleh terutamanya Syeikhul Islam Muhammad ibn Abdul Wahhab sendiri akan tetapi para pemfitnah tidak berhenti juga sebarkan fitnah tersebut. Malah tidak malu membuat seminar-seminar yang tidak berfaedah ke negeri-negeri yang dianggap Sunnah. Yang sebenarnya mereka adalah pencetus bid’ah dan huru-hara. Itulah AHBASH!!

Sesungguhnya Istiwa itu kami imani, Arasy bukan tempat untuk ALLAH duduki – Istiwa juga kami imani, tetapi bukan dengan maksud Istila’ dan bukan tanpa makna sebagaimana yang kalian dakwakan. Mengubah maksud kalam Allah adalah berdosa besar. Sedangkan maksud yang sebenar adalah diketahui oleh Allah dan Rasul-Nya tanpa ada pengubahan dan menolakan bagi sifat-sifat yang ditetapkan baginya. “ALLAH BERISTIWA DI ATAS ARASY” maka terimalah sebagaimana rasul dan para sahabat memahaminya..

ALLAH itu Azali dan Abadi, Yang binasa Makhluk yang fana ini – Maka kami imani segala yang disebutkan di dalam AL-Quran dan AS-Sunnah tanpa ada pengubahan dan penolakkan.

Sesungguhnya ALLAH telah tetapkan, Yang batil itu akan dia lenyapkan, Yang benar pasti akan dizahirkan, Itulah yang kami sedang nantikan – Maka siapakah di sini menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH?? Bukankah kalian semua telah menafikan apa yang ditetapkan ALLAH di dalam Al-Quran dan Sunnah!! Siapakah yang batil sekarang?? Kalau bukan kalian yang dah kehausan hujah untuk membenarkan kenyataan kalian yang sememangnya batil!! Janganlah kalian cuba nak menegakkan benang yang basah… Yang salah dan yang batil pasti akan terzahir kebatilannya. Itulah juga sentiasa berlaku dari zaman Nabi-nabi dan Rasul-rasul sehingga kini..

SESUNGGUHNYA kami AHLUSSUNNAH tidak gentar, Hujah kami seperti halilintar – Kalian adalah AHBASH dan bukannya Ahli Sunnah wal Jamaah. Ahli Sunnah Wal Jamaah tetap berdiri dibawah naungan Al-Quran dan Hadis yang sahih berpandukan manhaj salafus soleh. Mana hujah kalian yang menghalilintarkan?? Tiada ulama-ulama yang berdiri dibelakang kalian. Perkara ini sudah jelas tidak diragukan lagi. Sedarlah wahai pengikut-pengikut aliran pentakfir al-ahbash sekaliannya.

Kami contohi Nabi, Abu Bakar dan Umar, Terkadang lembut terkadang kasar – Kalian sama sekali tak pernah mencontohi mereka, suka menghina ulama-ulama yang kalian dakwakan sebagai sesat kemudian menconteng pada permukaan wajah mereka. Apa kalian buat dengan Al-Albani? Kalian letakkan tanduk dan perkataan laknat pada gambar mereka. Ini pasti bukan contoh daripada Nabi, tidak Abu Bakar dan tidak jua Umar. Tetapi syaitan yang bertopengkan manusia!!! Kalian juga tidak pernah berlembut malah sentiasa kasar pada WAHABI!! Kalian sebenarnya mencemarkan nabi, Abu Bakar dan Umar Radhiallahu ‘anhum ajma’in..


KALIAN WAHABI akan kami hapuskan, Walau kalian berjubah berserban – KALIAN AHBASH lebih bahaya daripada mana-mana puak sesat.. Kalian menyangka kalian benar dengan hanya dakwaan palsu kalian serta fitnah-fitnah yang kalian taburkan. Kalian semua berjubah berserban tapi beraqidah syaitan. Akan kami halang dakyah kalian pada masyarakat yang mahukan kebenaran.

Apa guna kalau perangai dan iktiqad SETAN, NERAKA jugalah tempat kalian – Dakwaan ini akan kembali pada kalian. Yang sebenarnya kalianlah berperangai macam syaitan. Kalian tak ikut Sunnah, kalian pembuat bid’ah, kalian pembawa khurafat penyembah kubur dan kalian sebenarnya adalah syaitan pencetus huru-hara umat. Allah Maha Mengetahui siapakah yang akan dimasukkan ke Neraka-Nya atas perangai dan iktiqad mereka yang tak ikut Allah dan Rasul-Nya..


BY : DERMAWAR SALAFI (berpeganglah dengan salafi)
www.jihadsalafi.blogspot.com

Ancaman Kafir-mengkafir

Dunia Islam tidak pernah sunyi dari gangguan golongan-golongan yang menyeleweng dari jalan yang lurus iaitu ahli sunnah wal jamaah. Sesungguhnya sejarah telah membuktikan perkara ini. Maka munculnya golongan seperti syiah rafidhah, khawarij, Murjiah, Muktazilah, Jabariyah, Jahmiyah dan selainnya yang merosakkan pegangan aqidah yang benar. Walaupun sebahagian daripada golongan yang disebutkan namanya hanya tinggal sejarah dan telah pun lenyap di telan zaman, tetapi hakikat yang terpaksa kita akur ialah pemikiran golongan-golongan ini masih wujud pada zaman ini hasil daripada saki-baki pengikut golongan tersebut yang menyebarkan fahaman mereka sehinggalah ke hari ini. Cuma yang sedihnya mereka menyebarkan pemikiran dan ajaran yang menyeleweng ini dengan berselindung di sebalik nama ahli sunnah wal jamaah supaya kesesatan mereka tidak dapat dihidu oleh masyarakat umumnya.

Diriwayatkan oleh al-Darimi bahawasanya Abdullah bin Mas’ud r.h. berkata: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. membuat satu garisan (yang lurus) lalu baginda bersabda Ini ialah jalan Allah. Kemudian baginda menambah garisan-garisan di sebelah kanan dan kirinya (garisan lurus tersebut) lalu baginda bersabda ini ialah jalan-jalan dan di setiap jalan-jalan tersebut ada syaitan yang memanggil-manggil kepadanya, kemudian nabi membaca ayat al-quran surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan itu memecah belahkan kamu dari jalanNya”.

Fokus artikel ini ialah menjelaskan kepada masyarakat sebuah kumpulan yang sudah mula bertapak di Negara ini dan sangat giat menyebarkan fahaman mereka di dalam masyarakat. Kumpulan ini ialah sebuah Jemaah Takfir yang dinamakan oleh mereka sendiri sebagai Al-Ahbash. Kumpulan ini telah lama muncul tetapi ianya baru memasuki Negara kita sejak kebelakangan ini melalui pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di timur tengah khususnya di Lubnan dan disbarkan melalui blog-blog mereka di dalam internet. Maka umat Islam Malaysia harus peka dan berwaspada dengan perkembangan ini serta mesti mengenali ciri-ciri Jemaah Takfir ini supaya tidak terjebak ke dalamnya.

Kumpulan ini telah pun disebut di dalam kitab al-Mausu’ah al-Muyassarah fi Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Mu’asirah iaitu sebuah ensiklopedia yang menceritakan tentang agama, mazhab dan kumpulan-kumpulan yang muncul di dalam Islam. Disebut bahawa Al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang sesat yang diambil namanya bersempena gelaran yang diberikan kepada guru mereka Abdullah al-Harari al-Habasyi. Kumpulan ini yang muncul di Lubnan dengan menggunakan peluang yang ada ketika keadaan huru-hara yang berlaku di Negara itu disebabkan perang saudara. Apabila berlakunya perang saudara ini menyebabkan masyarakatnya berada di dalam keadaan kejahilan dan kefakiran. Dan ketika itulah kumpulan Ahbash ini mengambil peluang untuk menyebarkan ajaran mereka melalui metodologi ahli kalam, amalan kesufian dan kebatinan bertujuan merosakkan aqidah dan memecah belahkan kesatuan umat islam.

Abdullah al-Harari dikenali sebagai “al-Fattan” pembawa fitnah, juga dikenali sebagai “Syeikhul Fitnah” iaitu orang yang suka membawa fitnah. Ini disebabkan tindakan Abdullah al-Harari ini yang bersekongkol dengan kerajaan kafir Hilasilasi di lubnan pada ketika itu yang akhirnya menyebabkan ramainya para ulamak dan pendakwah yang melarikan diri ke Mesir dan Saudi untuk menyelamatkan diri dari fitnah tersebut. Sesungguhnya kumpulan Ahbash ini membawa fahaman yang menyeleweng dari mazhab ahli sunnah wal Jamaah. Antaranya mereka berfahaman Jahmiyyah iaitu kumpulan yang menafikan sifat Allah Ta’ala, membawa fahaman Murjiah, Jabariah dan Rafidhah atau syiah. Mereka mencela para sahabat Nabi dan menuduh Ummul Mukminin Aisyah r.ha telah bermaksiat kepada Allah disamping fatwa-fatwa mereka yang pelik.
Akhirnya Abdullah al-Harari berjaya mengumpulkan pengikut-pengikut yang taksub dimana mereka tidak mengiktiraf keislaman seseorang kecuali kepada mereka yang tunduk dan mengakui aqidah yang dibawa oleh Syeikh mereka Abdullah al-Harari sahaja. Sedangkan aqidah yang dibawa oleh Abdullah al-Harari ini menyeleweng dari aqidah ahli sunnah wal jamaah. Pengikut-pengikut yang taksub ini memaksa orang ramai mempelajari aqidah al-Habasyiah dengan mengetuk-ngetuk pintu rumah dan menyebarkan buku-buku syeikh mereka secara percuma.

Di antara tokoh Ahbash ini ialah Nizar al-Halabi yang digelarkan oleh mereka sebagai “Samahatu al-Syeikh” iaitu gelaran bagi seorang mufti. Pengikut-pengikut yang taksub ini menconteng di dinding-dinding jalan slogan “Katakan tidak kepada Hassan Khalid (mufti lubnan) yang Kafir, dan katakan ya kepada mufti Nizar al-Halabi”. Mufti Hassan Khalid ini telah dibunuh oleh kumpulan Ahbash ini. Dan akhirnya Nizar al-Halabi ini juga mati dibunuh kerana fatwa-fatwa sesat yang dikeluarkan olehnya. Begitulah akhlak buruk pengikut-pengikutnya yang diajarkan oleh guru mereka al-Harari iaitu amat mudah melemparkan tuduhan kafir kepada sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan kumpulan mereka.
Aqidah dan ajaran yang dianuti

• Ahbash mendakwa mereka bermazhab dengan mazhab al-Syafi’e di dalam fiqh dan juga aqidah, sedangkan pada hakikatnya mazhab mereka amat jauh dari mazhab Imam al-Syafi’e. Mereka secara semberono mentakwil sifat-sifat Allah Ta’ala tanpa berpandukan kepada kaedah yang betul, contohnya mentakwil iaitu mengubah sifat Allah Ta’ala Istiwa’ kepada Istila’ iaitu berkuasa seperti yang dilakukan oleh mazhab Muktazilah dan Jahmiyyah.

• Al-Harari Al-Habasyi mendakwa al-Quran merupakan lafaz Jibril, maka Al-Quran itu bukanlah kalamullah sepertimana aqidah ahli sunnah wal jamaah. Ini boleh dilihat di dalam kitab yang ditulis oleh al-Harari sendiri Izdharul Aqidati al-Sunniyyah:ms. 51.

• Ahbash di dalam masalah yang berkaitan dengan iman seperti Murjiah dan Jahmiyyah iaitu memisahkan di antara iman dan amal. Amalan seseorang tidak ada kena mengena dengan iman. Maka seorang itu dikira beriman di sisi mereka walaupun meninggalkan solat dan juga rukun-rukun islam yang lainnya. Ini bercanggah dengan aqidah ahi sunnah wal jamaah yang menyatakan islam itu ialah iman dan amal. Sila lihat buku al-Harari al-Dalil al-Qawim: ms. 7 dan kitabnya Bughyatu al-Tolib: ms.51

• Al-Harari berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah di dalam dirinya, tidak melaksanakan kefardhuan yang telah ditetapkan oleh Allah, Tidak menjauhkan diri dari kemaksiatan (melakukan kemaksiatan), tetapi di dalam seumur hidupnya dia pernah mengucapkan “La ilaha illallah” walaupun sekali, dia merupakan seorang islam yang beriman. Juga disebutkan sebagai orang yang beriman yang berdosa. Rujuk al-Dalil al-Qawim: ms. 9-10 dan Bughyatu al-Tolib: ms. 51.

• Ahbash di dalam masalah al-Qadr merupakan Jabariyyah. Mereka mendakwa bahawa Allah lah yang menolong seorang kafir di atas kekufurannya, kalau tidak kerana Allah maka tidaklah seorang kafir itu menjadi kafir. Lihat kitabnya al-Nahju al-Salim: ms. 71

• Ahbash menggalakkan supaya pergi ke kubur dan memohon hajat dan pertolongan kepada ahli kubur. Ini kerana menurut dakwaan mereka ahli kubur akan keluar dari kubur-kubur mereka untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka kemudian kembali ke kubur semula. Begitu juga mereka membenarkan memohon perlindungan dari selain Allah. Lihat al-Dalil al-Qawim: ms. 173, Bughyatu al-Tolib: ms. 8 dan Sorih al-Bayan: ms. 57, 62.

• Ahbash mensahihkan hadis-hadis yang lemah dan palsu yang menyokong mazhabnya dan sebaliknya melemahkan sesuatu hadis sekiranya bercanggah dengan mazhabnya. Boleh dilihat dengan jelas di dalam kitabnya al-Maulid al-Nabawi.
• Al-Harari banyak mencela para sahabat terutamanya Muawiyyah bin Abi Sufian r.h, ummul Mukminin Aisyah r.ha. mengutuk Khalid bin al-Walid dan sahabat yang lainnya. Dia juga berkata sesiapa yang tidak bersama pemerintahan Ali mati dalam keadaan Jahiliyyah.

• Al-Harari mengkafirkan sekian ramai para ulamak, maka dia menghukum Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagai kafir dan menjadikan kewajipan pertama bagi setiap mukallaf mengiktiraf kekufurannya. Begitu juga Imam al-Zahabi disisinya seorang yang keji. Mengkafirkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Syeikh Sayyid Sabiq, Sayyid Qutub, Syeikh al-Qaradhawi, Syeikh Said Ramadhan al-Buti dan ulamak yang lainnya. Tetapi Ibn Arabi seorang yang sepakat ulamak mengatakan kufurnya fahaman yang dibawa iaitu wahdatul wujud, aqidah hulul dan sebagainya, al-Harari mengatakannya sebagai Syeikhul Islam.

• Antara fatwa-fatwa al-Harari al-Habasyi di dalam feqh yang pelik ialah seperti bolehnya melihat kepada wanita ajnabiah (tidak menundukkan pandangan), ihktilat (percampuran lelaki dan wanita), boleh bersalam-salaman antara wanita ajnabiah, wanita boleh keluar rumah dalam keadaan tabarruj dan memakai wangi-wangian walaupun tanpa keizinan dan keredhaan suami. boleh berjual-beli anak yang merdeka, bolehnya memakan hasil riba’ dan bolehnya bersolat dengan pakaian yang bernajis. Lihat Bughyatu al-Tolib: ms. 99.

Maka dari apa yang telah disebutkan di atas maka ciri-ciri kumpulan Ahbash ini boleh disimpulkan seperti berikut:

 Bermazhab dengan Mazhab al-Asy’ari yang terkemudian di dalam masalah sifat-sifat Allah yang lebih menghampiri mazhab Jahmiyyah

 Bermazhab Murjiah dan Jahmiyyah di dalam masalah iman

 Berpegang dengan tarekat kesufian yang menyeleweng seperti tarekat al-Rifa’ie dan Naqsyabandiah dan juga aqidah golongan al-batiniyyah.

 Mengkafirkan para ulamak dan umat islam umumnya yang tidak sehaluan dengan mereka.

 Mensahihkan hadis yang lemah atau palsu berdasarkan apa yang selari dengan kumpulan mereka dan melemahkan sebuah hadis yang sahih sekiranya bercanggah dengan kumpulannya.

 Mengaburi masyarakat dengan gelaran ulamak hadis dan sebagainya yang mereka berikan kepada guru mereka al-Harari seperti Al-Allamah al-Muhaddis

Antara kitab-kitab yang ditulis oleh Abdullah al-Harari yang disebarkan di Malaysia termasuk di perpustakaan-perpustakaan Universiti tempatan seperti:

• Al-Maqalat al-Sunniyyah fi Kasyfi Dhalalat Ibn Taimiyyah
• Al-Ta’qib al-Hasis
• Al-Nahju al-Sawi fi Raddi ‘ala Sayyid Qutub
• Al-Dalil al-Qawim ‘ala Sirat al-Mustaqim
• Bughyatu al-Tolib fi Makrifati ilmi al-Din al-Wajib
• Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah syarh al-Aqidah al-Thohawiyyah
• Kitab al-Maulid al-Nabawiy
• Sorih al-Bayan
• Al-Taufiq al-Rabbani fi Raddi ‘ala Ibn Taimiyyah al-Harrani

http://www.abusyuaib.blogspot.com

Monday, March 24, 2008

FITNAH AHBASH TERHADAP WAHABI


Terlalu banyak fitnah-fitnah daripada kalangan mereka yang membenci wahabi (salafi) sedangkan tidak ada perkara yang baru pun di bawa oleh mereka melainkan apa yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan juga Hadis-hadis. Tapi malangnya mereka (Ahbash dan sekutunya) tidak mahu pun merujuk Quran dan Hadis atau merujuk pandangan ulama-ulama salaf atau merujuk sendiri buku-buku Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang sudah pun dijawab beliau segala tuduhan-tuduhan ke atas diri beliau. Ini kerana Islam tidak suruh umatnya menerima terus khabar atau berita yang tidak diketahui sejauh mana kebenarannya tetapi hendaklah diteliti terlebih dahulu berita tersebut. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang Fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.[1]

Di kalangan ahbash banyak membuat risalah-risalah untuk menyebarluaskan kesesatan puak wahabi. Malah mereka telah mempunyai blog-blog dan lamanweb di internet yang mengumpul semua fitnah-fitnah mereka ini. [2] Antara tohmahan yang paling popular mereka ialah:


Muhammad bin Abdul Wahad berpegang dengan aqidah Ibn Taimiyyah iaitu fahaman Tajsim [3] atau Tasybih. Padahal yang sebenarnya fahaman Ibn Taimyyah tidaklah begitu. Kita lihat kata Ibn Taimyyah dalam kitabnya “Al-Aqidah Al-Wasitiyyah”:

“Maka ini adalah itiqad firqah najiah (puak yang selamat) Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beroleh pertolongan sehingga hari Kiamat, iaitu beriman dengan Allah… Dan di antara (cara) beriman dengan Allah ialah beriman dengan apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya dalam kitabNya dan dengan apa yang telah RasulNya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam menyifatkanNya dengannya, tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna), tanpa tatil (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu).

Bahkan, mereka (Ahli As-Sunnah Wal Jamaah) beriman sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak sebanding (Zat, Sifat-Sifat dan pentadbiran) Nya dengan sesuatu apapun, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak menafikan dariNya apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya, mereka tidak mentahrifkan perkataan dari tempat-tempat (atau maksud)nya yang sebenar, mereka tidak mengilhadkan (menolak secara anti) nama-nama Allah serta ayat-ayatNya, mereka tidak membentukkan rupa makna dan mereka tidak mengumpamakan sifat-sifatNya dengan sifat-sifat makhlukNya, kerana sesungguhnya (Allah) Subhanahu wa Ta’ala tidak ada yang menyamai namaNya, tidak ada yang menyetaraiNya, tidak ada yang menyekutuinya dan tidak boleh dikiaskanNya dengan makhlukNya, Subhanahu Wa Taala…” [4]


Jelas di sini I’tiqad Ibn Taimiyyah tidak mentajsimkan Allah sama sekali. Hendaklah difahami betul-betul Aqidah ahli Sunnah Wal Jamaah tentang sifat-sifat Allah sebelum berkata sesuatu terhadap seseorang. Mereka (ahbash dan sekutunya) secara melulu keluarkan kenyataan bahawa Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibn Taimyyah sebagai Mujassimah sedangkan apa yang di bawa oleh mereka adalah merupakan apa yang di bawa oleh ulama-ulama salaf seperti imam Hanafi, Imam Syafi’ie, Imam maliki dan Imam Ahmad juga Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dalam kitabnya Al-Ibanah.


Abu Hanifah berkata: “Allah tidak boleh disifati dengan sifat-sifat makhluk; MurkaNya dan RedhaNya adalah dua sifat di antara sifat-sifatNya tanpa takyiif. Inilah keyakinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu Dia Murka dan Dia Redha; Dan tidak boleh dikatakan MurkaNya itu adalah seksa-Nya, dan Redha-Nya itu Ganjaran-Nya. Kita mestilah mensifati-Nya sebagaimana Dia sendiri yang mensifati diri-Nya; Al Ahad, Al-Shamad, Lam Yalid Wa Lam Yuulad, Wa lam yakun Lahuu Kufuan Ahad. Dia Maha Hidup, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Tangan Allah di atas tangan mereka, Tangan-Nya tidak sebagaimana tangan-tangan makhluk-Nya, dan Wajah-Nya tidak sebagaimana wajah-wajah makhluk-Nya”. [Al-Fiqh al-Absat, Hal. 56] [5]


Imam Ibnu Al Qayyim pula menyebut dalam kitab Ijtima’il Juyuusy Al Islamiah bahawa Imam Al Syafi’ie berkata: “Mengikut Sunnah yang aku berada di atas jalannya dan begitu juga aku melihat sahabat-sahabatku daripada kalangan Ahli Hadis yang aku mengambilnya daripada mereka seperti Sofyan dan Imam Malik dan lain-lain lagi, ialah: Ikrar (pengakuan) bahawa sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, dan sesungguhnya Allah adalah di atas `Arasy-Nya dilangit-Nya, Dia mendekati makhluk-Nya sebagaimana Dia kehendaki, dan Allah turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki”. [Ijtima’ al-Juyuiusy al-Islamiyah; Hal. 165] [6]

Gambar kubur baqi' ketika sebelum pemerintahan Raja Ibn Sa'ud

Ahbash dan sekutunya juga sering mengemukakan kenyataan mereka iaitu 'wahabi membuat keganasan!! Mereka berkata wahabi membuat keganasan terhadap kubur Baqi’ di Madinah[7]. Padahal mereka menyedari di sana kubur-kubur tersebut telah ditinggikan dan dibinakan masjid di atasnya. Sedangkan Nabi melarang kubur-kubur di tinggikan apatah lagi di binakan masjid di atasnya. Sebuat atsar yang sahih diriwayatkan daripada Abdullah bin Hasanah berkata:


“Aku lihat ‘Uthman bin ‘Affan radhiallahu ‘anhu memerintahkan agar diratakan kubur”. Maka dikatakan kepadanya: “Ini kubur Ummu ‘Amr binti ‘Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan”.[8]


“Dari Abil al-Hiyaj al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah mengutusku? Janganlah dibiarkan satu berhala pun kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kubur yang dimuliakan kecuali engkau meratakannya”.[9]


“Dari Anas berkata: Rasulullah telah memakruhkan (makruh di sini bermaksud haram) membina masjid di antara kuburan”
.[10] Dan “Daripada Ibrahim an-Nakh’ie: sesungguhnya Nabi menegah orang yang mendirikan masjid di atas perkuburan”.[11]


Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Semoga Allah membinasakan Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid-masjid”[12].


Semoga kita semua kembali kepada petunjuk yang benar seperti mana dibawa oleh para salafus soleh iaitu dengan mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah daripada akal. kerana akal tidak akan mencapai ilmu Allah yang sangat meluas. Malah di banyak sudut perkara yang kita tidak mampu capai alam ghaib maupun alam nyata. Oleh kerana itu Al-Quran dan sunnah adalah petunjuk ke arah kebenaran yang membantu akal menjadi sihat dan berfikir secara waras. Sila lah rujuk Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah dalam mendahulukan nas daripada akal dalam www.wahabiah.blogspot.com.



[1] Surah al-Hujraat ayat 6.

[2]Anda sendiri boleh lihat betapa kejamnya mereka menuduh ulama-ulama salafi dengan memberi fatwa-fatwa dan dalil-dalil yang tidak tepat untuk membuktikan kesalahan wahabi. Mereka juga gemar memotong fatwa-fatwa menjadikan pendapat ulama-ulama salafi adalah dipihak yang salah. Antara blog-blognya: ahlsunnah.overblog.com, bankwahabi.wordpress.com, dan abu-syafiq.blogspot.com.

[3] Iaitu menjisimkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

[4] Rujuk -, Al-Aqidah Al-Wasitiyyah, Ibn Taimyyah, Tahqiq: Muhammad Ibn Abd Al-Aziz Ibn Mani, Ar-Riasah Al-Ammah Li Al-Ifta’, Riyadh, Arab Saudi, 1412H, Hal: 5-7. Dinukil daripada Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Oleh Dr. Azwira Abdul Aziz, hal 47.

[5] Dinukil daripada risalah ustaz Dr. Abdullah Yassin yang bertajuk Aqidah Imam Empat Adalah Satu. Risalah ini merupakan teks seminar 'Ahli Sunnah Wal Jamaah Arus Perdana', anjuran Gabungan Profesional Kelantan.

[6] Ibid.

[7] Terdapat satu risalah yang bertajuk “Keganasan wahabi di Jannatul Baqi”. Mereka menyesatkan wahabi tidak lain dan tidak bukan mereka ingin di teruskan amalan khurafat di kubur-kubur wali kononnya mereka ingin mendapat berkat dengan berdoa dan bertawassul terhadap kubur-kubur wali.

[8] Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Zar’ah dengan sanadnya yang sahih dari Abdullah dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam “al-Jarah wa at-Ta’dil” Jilid 3, hal 81-82.

[9] Hadis Riwayat Muslim (3/61), Abi Daud (3/70), An-Nasaii (1/128), at-Tirmizi (2/153-154), Al-Baihaqi (4/3), At-Tayalisi (1/168), Imam Ahmad (741), dan ada beberapa jalan pada Ibn Abi Syaibah dan at-Tabrani dalam as-Saghir hal 29.

[10] Riwayat Ibn Abi Syaibah (2/185)

[11] Riwayat Ibn Abi Syaibah (4/134)

[12] Riwayat Bukhari dan Muslim.

Thursday, March 20, 2008

Al-Ibanah Adalah Kitab Karya Imam Abul Hasan Al-Asy'ari Yang Sebenar


Abu-Syafiq telah menulis satu artikel di dalam blognya yang berjudul "Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah' Bukan Kesemua Isi Kandungannya Tulisan Imam Asy'ari". Artikel ini sangatlah tidak ilmiah dalam membuktikan dakwaan mereka terhadap kitab yang menunjukkan kembalinya Imam Asy'ari kepada aqidah salaf. Abu Syafiq kemudiannya berkata "Wahabi Berdusta pada Kitab Al-Ibanah" perkataan ini sangatlah tidak teliti malah menuduh serta mengklaim para wahabi yang menambah-nambah isi kandungannya. Di sini saya nukilkan kata-kata ulama bahawa Kitab Al-Ibanah adalah benar-benar adalah tulisan Imam Asy'ari dan bukan seperti yang di katakan oleh golongan ahbash terutamanya abu-syafiq yang berguru dengan syeikh Harari Al-Habasy seorang pengasas golongan Ahbash.

Tokoh yang terkenal Al-Hafiz Az-Dzahabi telah menisbatkan kitab Al-Ibanah kepada Abul Hasan Al-Asy'ari seperti mana katanya dalam kitab Al-'Uluw lil 'Aliyil Ghaffar halaman 278: "Abul Hasan Al-Asy'ari berkata dalam kitabnya Al-Ibanah 'An Usul Ad-Diyanah dalam bab Istiwa' (bersemayamnya Allah di atas 'Arasy): "Jika seseorang berkata: "Apa pandanganmu tentang Istiwa?" Maka jawabnya: "Kami berpendapat bahawa Allah beristiwa (bersemayam) di atas 'Arasy sebagaimana firman Allah s.w.t:

"(Iaitu) Yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas 'Arasy" [Thaaha: 5]

Az-Dzahabi meriwayatkan dari Al-Hafiz Abul Abbas Ahmad bin Tsabit Ath-Thuraqy, bahawa ia berkata: "Aku membaca kitab Abul Hasan Al-Asy'ary yang berjudul Al-Ibanah tentang dalil-dalil yang menetapkan bahawa Allah bersemayam di atas 'Arasy". Ia menukilkan juga dari Abu Ali Ad-Daqqaaq bahawa ia mendengar Zahir bin Ahmad Al-Faqih berkata: "Imam Abul Hasan Al-Asy'ari wafat di rumahku. Ketika sedang sakarat beliau mengucapkan: :Semoga Allah melaknat Mu'tazilah yang keliru dan bodoh".[1]

Abu Syafiq menjelaskan: "Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya'ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dalam kitab Tabyin Kazibi Muftary 'Ala Imam Abu Hasan Al-Asy'ary oleh Ibnu 'Asakir yang merupakan antara tokoh Al-Asya'irah yang utama". [Rujuk dalam blog www.abu-syafiq.blogspot.com]

Ibnu Asaakir dalam buku At-Tabyiin pada halaman 128 berkata: "Tulisan-tulisan Abul Hasan Al-Asy'ari sudah masyhur dan amat terkenal dikalangan alim ulama.Upaya dan keakuran beliau dalam meneliti mendapat pujian dari kalangan para peneliti. Barangsiapa yang membaca kitab beliau Al-Ibanah pasti akan mengetahui kedudukan beliau dalam bidang ilmu dan agama".

Seterusnya dalam muka surat 152 ia berkata: "Abul Hasan Al-Asy'ari mempunyai aqidah yang lurus sebagaimana yang telah disebutkan. Menurut pandangan ahli ilmu dan para pengkritik, beliau mempunyai mazhab yang benar dan sesuai dengan apa yang dipegang oleh kebanyakan ulama yang lebih lama (dalam bidang ilmu). Tidak ada yang mencela aqidah beliau (seperti yang disebutkan dalam Al-Ibanah) melainkan orang-orang jahil dan keras kepala.

Di antara para ulama yang mengisbatkan buku Al-Ibanah kepada Imam Asy'ari juga adalah Al-Hafiz Al-Kabir Abu Bakar Ahmad bin Al-Husain bin Ali Al-Baihaqi, Asy-Syafi'I wafat pada tahun 458 H dalam kitabnya Al-I'tiqad wal Hidayah Ilaa Sabili Ar-Rasyaad pada bab Al-Qaulu fii Al-Quran halaman 31: "Asy-Syafi'I r.a menyebutkan bahawa bukti yang menunjukkan Al-Quran yang kita tulis dalam mushaf disebut Kalam Allah adalah bahawasanya Allah s.w.t berbicara dengan Al-Quran kepada hambaNya dan mengutuskan Rasul-Nya s.a.w dengan mambawa Al-Quran dan maknanya.

Hal ini disebutkan juga oleh Imam Asy'ari dalam kitab Al-Ibanah halaman 22: "Jika seseorang berkata: "Kalian katakanlah bahawa Kalamullah ada di Lauhul Mahfuz". Maka dikatakan kepadanya: "Kami berkata seperti itu kerana Allah s.w.t berfirman:

"Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Lauhul Mahfuz". [Al-Buruj: 21-22]

"Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al-Quran......" [Al-Qiyamah: 16]

Dan Al-Quran itulah yang tertulis dalam mushaf, terpelihara dalam dada, terucap oleh lisan dan juga terdengar oleh kita. Firman Allah s.w.t:

"Maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah". [Al-Taubah: 6]

Di antara yang mengisbatkan Al-Ibanah adalah benar-benar daripada Imam Asy'ari ialah Ibn Farhun Al-Maliki. Ia berkata dalam kitabnya Ad-Dibaaj halaman 193-194: "Di antra kitab yang ditulis Abul Hasan Al-Asy'ari adalah Al-Luma' Al-Kabir, Al-Luma' Ash-Shaghir dan Kitab Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah.

Abu Al-Fallah Abdul Hayyi bin Al'Imad Al-Hanbali (w 1098 H) juga mengisbatkan kitab Al-Ibanah adalah karya Imam Asy-'ari. Ia berkata dalam kitabnya Syadzarat Adz-Dzahab fi A'yaanil min dzahab pada juz 2 halaman 303: "Abul Hasan Al-Asy'ari telah berkata dalam kitabnya Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah dan ini adalah kitab beliau yang terakhir".

Seterusnya Abul Qaasim Abdul Malik bin Isa bin Darbas Asy'Syafi'I (w 605 H) ia berkata dalam kitab Adz-Dzabb 'An Abil Hasan Al-Asy'ari: "Wahai saudara-saudara sekalian! Ketahuilah bahawa Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah adalah kitab yang ditulis oleh Al-Imam Abul Hasan Al-Asy'ari yang merupakan keyakinan beliau yang terakhir berkat kurnia dan rahmat Allah, buku ini berisikan kepercayaan beliau dalam agama Allah s.w.t setelah bertaubat dari keyakinan Mu'tazilah.

Scan yang dipetik daripada www.abu-syafiq.blogspot.com

Abu-syafiq mengatakan kononnya tidak adapun aqidah Allah duduk di atas Arasy. Ini adalah kekeliruan daripada ahbash yang cuba menyamakan duduk tersebut adalah seperti duduk manusia di atas kursi?? Ini sememangnya salah!! Kerana Allah berfirman: "Tiada yang seumpamaNya dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat".. Yang benar adalah maksudnya adalah Allah itu berada di atas langit atau lebih tepat lagi bersemayam di atas 'Arasy. Kebiasaan dalam bahasa melayu bila di sebut 'duduk' tersebut menunjukkan tempat. Sebagai contoh: "Kamu duduk kat mana sekarang ni?" Yang membawa maksud "Kamu berada di mana sekarang"..

Inilah akibatnya jika tidak mendalami bidang bahasa. Malah mereka mendakwa mereka lebih mendalami bahasa. Silalah kemukakan bukti daripada Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan pentakwilan istiwa tersebut dengan penguasaan!! Padahal mereka sendiri bila menyebut nama Allah, mereka pernah mengangkat jari telujuk mereka menunjuk ke atas. Apa maksudnya itu??? Bukankah fitrah manusia sudah jelas menunjukkan sifat sempurna bagi Allah itu berada di atas daripada makhlukNya?? Sebab itulah kita berdoa mengangkat tangan ke atas langit sebagaimana Imam 'Asy'ari sendiri menyebut dalam kitab Al-Ibanah. Abu-syafiq hanya scan dan gariskan perkataan tertentu sedangkan perkataan yang menunjukkan kita mengangkat Tangan berdoa kapada Allah yang berada di Langit tidak digariskannya. Sedangkan ia cuma bersebelahan muka suratnya. Imam 'Asy'ari berkata:

ورأينا المسلمين حميعا، يرفعون أيديهم، إذا دعوا، إلى السماء. لأن الله تعالى، مستو على الذي فوق السموات، استوى بمعنى القهر والغلبة. ولولا أن الله مستو على العرش بالمعنى الذى أراده تعالى لم يرفعوا أيديهم نحو العرش، كما لا يخفضونها إذا دعوا إلى الأرض.

Maksudnya: "Kita melihat kaum muslimin mengangkat tangan mereka ke arah langit ketika berdoa. Ini membuktikan bahawa Allah beristriwa (bersemayam) di atas 'Arasy-Nya yang berada di atas langit, Bersemayam dengan makna Ia Maha menguasai dan menawan (tanpa berhajat pada 'Arasy). Kalau sekiranya Allah tidak berada di atas 'Arasy-Nya, tentulah mereka tidak akan mengangkat tangan ke arah 'Arasy sebagaimana mereka tidak akan merendahkan tengan mereka ke bumi ketika berdoa".

[Rujuk ِAl-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah, bab Al-Saadis, Al-Fasl Al-Awwal, Zakara Al-Istwa 'Ala Al-'Arasy, Halaman 90 bagi cetakan Dar Al-Nafais yang ditahqiq oleh 'Abbas Shabbagh]

Lihatlah ketidak jujuran Abu-syafiq serta rakan-rakan mereka yang juga menukil artikel abu-syafiq dan memasukkan ke dalam blog mereka tanpa merujuk sendiri terlebih dahulu buku tersebut. Malah mereka menafikan Allah yang berada di langit dan semayamNya Allah di atas 'Arasy. Lihat di bawah:

Di petik daripada www.abu-syafiq.blogspot.com

Kitab Al-Ibanah ini sudah cukup terkenal malah telah pun banyak cetakan di buat. Malah terjemahan ke dalam bahasa indonesia juga telah ada. Lihatlah bukti yang jelas lagi nyata cuba diselewengkan oleh al-Ahbash Abu-Syafiq serta rakan-rakan mereka. Malah Nabi sendiri membenarkan seorang jariah yang mengatakan Allah ada di langit. Hadis ini sahih diriwayatkan oleh Muslim, Ibn Khuzaimah, Ahmad, Abu Daud, Imam Malik, dan lain-lain. Hadisnya berbunyi berikut: Ketikamana Rasulullah bertanya kepada Jariah (hamba wanita) tersebut dengan 2 pertanyaan iaitu:

"Dimanakah Allah? Hamba tersebut manjawab: "Di Langit. Baginda bertanya lagi: "Siapakah Aku? Hamba itu manjawab engkau Pesuruh Allah. Lalu baginda bersabda: Bebaskan dia kerana dia seorang wanita yang beriman". [Rujuk sahih Muslim, No: 579]



[1] Dinukil daripada pengenalan pada kitab Al-Ibanah 'An Usul Al-Diyanah yang di tulis oleh Syeikh Hammad bin Muhammad Al-Anshari. Beliau adalah Pensyarah Fakulti dakwah Universiti Islamiyah Madinah Al-Munawwarah.

Tuesday, March 18, 2008

JIHADWAHABI TIDAK JUJUR DALAM MENAQAL TULISAN SESEORANG

Dalam blog yang menyokong gerakan ahbash dimalaysia baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang benar-benar tidak jujur dan lagi tidak amanah. Pemilik blog tersebut hanya semata-mata mengeluarkan kenyataan untuk memburuk-burukkan wahabi yang telah pun berkali-kali dijawab tuduhan tersebut oleh para ulama-ulama seperti Muhammad bin Abdul Wahab sendiri.. Saya telah difitnah malah dituduh sebagai pengkafir dalam blog jihadwahabi bertarikh 12 mac 2008 bersamaan hari rabu. Saya tidak menafikan sebahagian kesalahan adalah daripada saya sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab bagi saya untuk menjelaskan semula kesilapan saya pada semua. Tapi malangnya jihadwahabi dan konco-konconya yang pro-ahbash menutup sebelah mata dengan hanya mengambil kesalahan seseorang tanpa mengambil kenyataan penjelasan selanjutnya.











Sedangkan pada page seterusnya saya telah membuat pengumuman pada forum tersebut. Lihat dibawah:














Saya membuat kenyataan tersebut agar tidak disalah fahami oleh para pembacanya kerana Ahli sunnah Wal Jamaah mempunyai garis panduan yang sangat ketat dalam mengkafirkan seseorang. Malah ASWJ sendiri tidak mengkafirkan ahli bid'ah. Penjelasan saya pada awal blog ini menjelaskan kesilapan saya dan saya telah pun menarik semula atas perbuatan saya tersebut. Malangnya JihadWahabi telah mengambil sebahagian kenyataan dan meninggalkan kenyataan yang lain. Fatwa-fatwa yang begitu banyak dikeluarkan dalam bankAhbash adalah menunjukkan kesesatan ahbash dan bukanlah kekafiran ahbash.

Malah blog takfirahbash yang menukilkan artikel saya kedalam blog tersebut telah pun saya pesan di dalam komennya, setelah itu dalam beberapa minggu selepas itu pemilik blog tersebut telah pun menutup blognya sehingga sekarang. Begitu juga pada blog anti-ahbasy. Berkemungkinan pemilik dua blog tersebut juga telah menarik semula kenyataan mereka. Lihatlah sendiri blog tersebut yang sudahpun ditutup: www.takfirahbash.blogspot.com dan blog www.anti-ahbasy.blogspot.com

Kesalahan saya telahpun saya jelaskan. Adakah kumpulan-kumpulan ahbash pernah mengaku kesalahan mereka yang lebih besar iaitu mengambil sebahagian kenyataan dan meninggalkan sebahagian kenyataan lain semata-mata untuk membenarkan kenyataan fitnah dan tuduhan mereka??? Bahkan mereka yakni AHBASH ADALAH PEMFITNAH YANG SANGAT NYATA.. Lihat bukti-bukti blog-blog pemfitnah tersebut dibawah:


Mereka memfitnah Ustaz Rasul Dahri dengan kenyataan yang tidak ilmiah. Sedangkan yang dimaksudkan oleh ustaz Rasul Dahri adalah pada asalnya agama yahudi adalah agama samawi yang dibawa oleh Nabi Musa A.S adalah merupakan agama yang benar. Akan tetapi abu-syafiq tidak membaca buku tersebut dari mula hingga akhir. Inilah FITNAH AHBASH!!!


Lihatlah mereka suka mengambil sebahagian kenyataan sedangkan ada kenyataan yang lebih penting di bawahnya yang membuktikan wahabi tidak mengkafirkan pun ahbash dan juga asya'irah.

Lihatlah mereka sendiri yang tidak segan-silu untuk menyebut perkataan kafir pada wahabi. Sedangkan nabi pernah berpesan jika kita mengkafirkan seseorang sedangkan (di sisi Allah) dia tidak kafir, maka kekafiran akan kembali pada si pengata.

Lihat betapa banyaknya fitnah mereka. Mereka tidak menerangkan dengan ilmiah malah sebenarnya mereka tidak mengenal erti ilmiah kerana setiap kata dan tulisan mereka terhadap wahabi adalah mempunyai dusta dan fitnah. Jika hendak tahu kebenaran, lihatlah sendiri blog-blog abu-syafiq, jihadwahabi, mingguanwahabi, bankwahabi dan yang seumpamanya pasti anda akan lihat penipuan mereka. Bandingkanlah dengan blog-blog seperti bankahbash, abusyuaib, salafiahwahabiah dan ahbashsesat ini.

Berhati-hatilah dengan blog-blog mereka yang pro-ahbash, kerana mereka akan berusaha untuk cuba mencari kesalahan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka.


"Setiap anak Adam (manusia) pasti tersalah, sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat." (Al-Hadis)