Monday, February 25, 2008

“Al-Quran Kalamullah Sebagaimana Mazhab Ahmad bin Hanbal Bukan Al-Baqilani”

Oleh: Abu Ar-Rubaiyyi' As-Salafy


Al-Imam Ibn Taimiyyah R.H telah mendatangkan sebuah perkataan yang sangat berharga dinukilkan daripada Abu Hamid Al-Isfirayini:

"اشهدوا علي بأن القرآن كلام الله غير مخلوق كما قال أحمد بن حنبل لا كما يقول الباقلاني"

Maksudnya: “saksikanlah bagi pihak ku bahawa (aku beriktiqad) Al-Quran Kalamullah bukan Makhluk sebagaimana aqidah Ahmad bin Hanbal bukan aqidah Al-Baqilani”.- (Syarhul Aqidah Al-Asfahaniyyah)

Maka di sini amatlah menarik perhatian kita, kenapakah seorang ulama’ besar mazhab Syafi’i ini membezakan aqidahnya dengan seorang lagi pemuka mazhab Syafi’i, Al-Baqilani, dalam masalah Al-Quran Kalamullah? Bukankah kedua-dua Imam ini percaya bahawa Al-Quran Kalamullah? Yang pasti telah masyhur Al-Baqilani adalah bukan muktazilah, tetapi Al-Asy’ariyyah. Jika Al-Asya’irah adalah ahli Sunnah kenapa Abu Hamid membezakan aqidahnya daripada Al-Baqilani? Maka marilah kita perhatikan perbezaan Al-Baqilani dengan Abu Hamid atau lebih tepat antara Al-Asya’irah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam masalah Al-Quran setelah mereka sama-sama setuju Al-Quran Kalamullah.

Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah:

Ahli Sunnah wal Jamaah menyatakan bahawa Al-Quran itu Kalamullah Huruf dan Maknanya sekali. Maka Al-Quran yang dibawa oleh Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W itu adalah Al-Quran yang sebenar, Allah lah yang berkata dengannya dan menurunkan secara wahyu. Jibril mendengarnya daripada Allah, dan Muhammad S.A.W mendengarnya daripada Jibril A.S dan Umat Muhammad mendengarnya dari Muhammad S.A.W.

Kata Abu Hamid seperti yang disebut Imam Ibn Taimiyyah dalam Syarhul Aqidah Al-Asfahaniyyah:

"مذهبي ومذهب الشافعي وفقهاء الأمصار أن القرآن كلام الله غير مخلوق ومن قال مخلوق فهو كافر والقرآن حمله جبريل مسموعا من الله تعالى والنبي صلى الله عليه وسلم سمعه من جبريل والصحابة سمعوه من النبي صلى الله عليه وسلم وهو الذي نتلوه نحن بألسنتنا فما بين الدفتين وما في صدورنا مسموعا ومكتوبا ومحفوظا ومنقوشا كل حرف منه كالباء والتاء كله كلام الله غير مخلوق ومن قال مخلوق فهو كافر عليه لعائن الله والملائكة والناس أجمعين".

Maksudnya: “Mazhabku dan mazhab Asy-Syafi’I dan seluruh Fuqaha’ Amsar (negeri-negeri Islam) adalah Al-Quran Kalamullah bukan Makhluk, sesiapa yang mengatakan ia adalah makhluk maka dia kafir, dan Al-Quran itu dibawa oleh Jibril setelah mendengar daripada Allah Taala dan Nabi S.A.W mendengarnya daripada Jibril dan Sahabat mendengarnya daripada Nabi S.A.W dan Al-Quran itulah yang kit abaca dengan lidah-lidah kita, maka apa yang ada antara dua helaian (mushaf), dan apa yang dihafal di dada kita, didengari, ditulis,dihafaz, dan diukir setiap huruf daripadanya (Al-Quran) seperti Ba’, Ta’ semuanya Kalamullah bukan Makhluk dan barangsiapa yang berkata ia makhluk maka dia kafir atasnya laknat Allah,Malaikat dan manusia sekaliannya”.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah R.H:

وَالْقُرْآنُ كَلَامُ اللَّهِ بِحُرُوفِهِ وَنَظْمِهِ وَمَعَانِيهِ كُلُّ ذَلِكَ يَدْخُلُ فِي الْقُرْآنِ وَفِي كَلَامِ اللَّهِ

Maksudnya: “dan Al-Quran itu Kalamullah dengan huruf dan nazamnya dan maknanya semua itu termasuk dalam ertikata Al-Quran dan Kalamullah”- (Majmu’ Al-Fatawa)

Kata Imam Al-Bukhari R.H sebagaimana diceritakan pada kita oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah R.H:

" وَأَقُولُ : فِي الْمُصْحَفِ قُرْآنٌ وَفِي صُدُورِ الرِّجَالِ قُرْآنٌ فَمَنْ قَالَ غَيْرَ هَذَا يُسْتَتَابُ ؛ فَإِنْ تَابَ وَإِلَّا فَسَبِيلُهُ سَبِيلُ الْكُفْرِ "

Maksudnya: “dan aku berkata: dalam mushaf ini adalah Quran dan yang dihafal di dada-dada lelaki itu Quran sesiapa yang berpendapat selain ini maka hendaklah disuruh bertaubat jika dia bertaubat maka selamat jika tidak maka dia berada atas jalan kekafiran”- (Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyyah).

Ini adalah pendapat Ahli Sunnah wal Jamaah dalam masalah Al-Quran. Maka apakah pula pendapat Al-Baqilani? Marilah kita lihat apakah pendapat Al-asya’irah dalam masalah ini:

Kata Syeikh Soleh Alu Syeikh dalam menceritakan mazhab asya’irah tentang Quran:

قول الأشاعرة ذكرنا لكم أن كلام الله معنى وأن القرآن ألقي في نفس جبريل فعبر عنه

Maksudnya: Mazhab Al-Asya’irah telah kami sebutkan bagi kamu bahawa kalam Allah adalah makna dan Al-Quran dilontarkan (maknanya) ke dalam jiwa Jibril dan dialah (Jibril) yang mengibaratkannya (yakni menyusun ayat dalam bahasa Arab). – (Syarah Thahwiyah li Syeikh Soleh Ali Syeikh).

Al-Asya’irah berpendapat bahawa Al-Quran yang diturunkan adalah makhluk dan hanya ibarat dari kata-kata Allah. Jika diibaratkan dengan Bahasa Ibrani jadilah Taurat, jika diibaratkan dengan bahasa Suryani jadilah Zabur dan sebagainya.

Kata Al-Baqilani dalam Al-Insaf:

ويجب أن يعلم أن الكلام الحقيقي هو المعنى الموجود في النفس لكن جعل عليه أمارات تدل عليه، فتارة تكون قولاً بلسان على حكم أهل ذلك اللسان وما اصطلحوا عليه وجرى عرفهم به وجعل لغة لهم، وقد بين تعالى ذلك بقوله: " وما أرسلنا من رسول إلا بلسان قومه ليبين لهم " فأخبر تعالى أنه أرسل موسى عليه السلام إلى بني إسرائيل بلسان عبراني، فأفهم كلام الله القديم القائم بالنفس بالعبرانية، ...."

Maksudnya: “ dan wajib diketahui bahawa kalam yang sebenar itu wujud dalam diri tetapi dijadikan tanda-tanda baginya maka kadang-kadang berbentuk perkataan dengan bahasa ahli bahasa tertentu berdasarkan apa yang mereka jadikannya sebagai istilah dan berlaku adapt mereka dan menjadikannya sebagai bahasa mereka. Dan Allah Taala telah menjelaskan dengan firman-Nya: (maksudnya) “Tidaklah kami utuskan seorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya”. Maka Allah memberitahu kepada kita bahawa Dia mengutus Musa A.S dengan bahasa Ibrani, maka difahamkan kalam-Nya yang qadim yang berdiri dengan zat-Nya dengan bahasa Ibrani….”

Berkata Abu Mansur Al-Maturidi dalam menjelaskan mazhab Asya’irah berkenaan Al-Quran:

Maksudnya: “dan berkata Al-Asy’ariyah apa yang ada dalam mushaf bukanlah kalam Allah Taala bahkan ibarat daripada Kalam Allah Taala yang menghikayat akan kalam-Nya, oleh itu, mereka mengharuskan membakar mushaf. Kata mereka: Kerana kalam itu sifat dan sifat tidak lekang daripada mausuf”.-(syarh Fiqh Al-Akbar oleh Abu MAnsur Al-Maturidi,cet. Majlis Daerah Al-Maarif An-Nizamiyyah,Heydar Abad).

Kesimpulan:

Jelaslah kepada kita bahawa, Al-Asya’irah dalam masalah Al-Quran berbeza aqidahnya dengan Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan Imam Abul Hasan Al-Asy’ari sendiri menolak pendapat ini dan beliau dengan jelas menyebut bahawa aqidah Al-Quran adalah ibarat Kalam Allah adalah aqidah Kullabiyyah, bukan Aqidah Ahli Sunah seperti dalam kitabnya, Maqalat Al-Islamiyyin. Aqidah Abu Hasan dalam Ibanah bertentangan sama sekali dengan Asya’irah:

والقرآن مكتوب في مصاحفنا في الحقيقة، محفوظ في صدورنا في الحقيقة، متلو بألسنتنا في الحقيقة، مسموع لنا في الحقيقة

Maksudnya: “dan Al-Quran itu tertulis dalam mushaf kita secara hakiki (bukan ibarat) dihafaz di dada kita secara hakikat, dibaca dengan lidah kita secara hakiki dan didengari secara hakiki”. (Al-Ibanah ‘an Usulu Ad-Dianah,86,cet. Dar An-Nafais).

Maka jelaslah bahawa Aqidah Asyairah bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, Salaf As-Soleh. Oleh itu, firqah Al-Ahbash yang bermazhab Asyairah adalah sesat juga.

Tuesday, February 19, 2008

Ahbash mengambil mazhab asya'irah

Oleh: abu ar-rubayyi’ as-salafy


Fatwa Ulama’ Silam terhadap Asya’irah:


Fatwa Ulama’ Mazhab Maliki:

Berkata Ibn Khawaz ketika mensyarahkan kata-kata Imam Malik: “Tidak boleh diterima syahadah (penyaksian ahli bidaah dan hawa nafsu”:

" أهل الأهواء عند مالك وسائر أصحابنا هم أهل الكلام ، فكل متكلم فهو من أهل الأهواء والبدع أشعرياً كان أو غير أشعري ، ولا تقبل له شهادة في الإسلام أبداً ، ويهجر ويؤدب على بدعته ، فإن تمادى عليها استتيب منها"

Maksudnya: “Ahli Ahwa’ (hawa nafsu) di sisi Malik dan semua ashab kami (mazhab Maliki) adalah ahli kalam. Maka setiap ahli kalam maka dia adalah ahli bidaah dan hawa sama ada Asya’irah atau bukan asya’irah dan tidak diterima syahadahnya (penyaksian dalam mahkamah) dalam Islam selama-lamanya dan diboikot serta dihukum atas bidaahnya.Jika dia berdegil hendaklah di minta bertaubat”- (Manhajul Asya’irah fil Aqidah, Safar Al-Hawali,m/s 10 dan Ibn Abdil Barr, Jami’ Bayanul ‘ilmi wa Fadhlih, 2/96 cet.Al-Muniriah).

Mazhab Syafi’iyyah:

Kata Abul Abbas Ibn Suraij[1] yang digelar Syafi’I kedua:

" لا نقول بتأويل المعتزلة والأشعرية والجهمية والملحدة والمجسمة والمشبهة والكرامية والمكيفة بل نقبلها بلا تأويل ونؤمن بها بلا تمثيل "

Maksudnya: “Kita tidak beraqidah dengan takwilan Muktazilah dan Asy’ariyyah dan Jahmiyyah dan Mulhidah dan Mujassimah dan Musyabbihah dan Karramiyyah dan Mukayyifah bahkan kita menerimanya (ayat-ayat sifat) tanpa takwil dan tanpa menyerupakan”- (Manhajul Asya’irah fil Aqidah,Safar Al-Hawali, m/s 11)

Berkata pula Abu Hamid Al-Isfirayini:

"اشهدوا علي بأن القرآن كلام الله غير مخلوق كما قال أحمد بن حنبل لا كما يقول الباقلاني"

Maksudnya: “Saksikanlah atasku bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah bukan MAkhluk seperti mana aqidah Ahmad bin Hanbal bukan seperti Aqidah Al-Baqilani[2](yakni Al-Quran Ibarat Kalam Allah sahaja)”-(Syarhul Aqidah Al-Asfahaniyyah,Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, Muallafat Ibn Taimiyyah Maktabah Syamilah 2,11)>

Berkata Syeikhul Islam Abdullah Al-Harawi ketika ditanya kenapa dia mencerca Abul Hasan Al-Asy’ari oleh sultan kerajaan Nizamiyyah yang bermazhab Asya’irah:

لاَ أَعْرفُ أَبَا الحَسَنِ، وَإِنَّمَا أَلعنُ مَنْ لَمْ يَعتقد أَنَّ اللهَ فِي السَّمَاءِ، وَأَنَّ القُرْآن فِي المُصْحَف، وَيَقُوْلُ:إِنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - اليَوْمَ لَيْسَ بِنَبِيّ.

Maksudnya: “Aku tidak kenal siapa Abul Hasan tetapi aku melaknat sesiapa sahaja yang tidak percaya Allah berada di langit dan Al-quran tidak berada dalam mushaf dan berkata bahawa Nabi S.A.W bukan lagi Nabi sekarang”-(Siyar A’lam Nuabala’,Al-Hafiz Az-Zahabi, 18/512 edaran Muassasah Ar-Risalah).

Mazhab Hanafiyyah

Imam Abu Hanifah mengkafirkan orang yang meningkari Allah berada di atas langit. Maklum pula bahawa Asya’irah mengkafirkan orang beriktiqad Allah di langit. Maka aqidah mereka bertentangan. Begitu juga At-Thahawi pengarang Aqidah Thahawiyyah bermazhab Hanafi dan maklum beliau mengistbatkan sifat-sifat Allah tanpa takwil dan tamsil dan percaya al-Quran adalah Kalam Allah yang Haqiqi bukan Ibarat sebagaimana kata Asya’irah. Maka mereka tidak sehaluan.

Mazhab Hanabilah:

Inilah mazhab yang menjadi saksi utama bahawa Asya’irah bukanlah Ahli Sunnah yang sebenar. Saksi utama mereka ialah syeikhul Islam Ibn Taimiyyah yang dipenjarakan oleh kerajaan Asya’irah (Bani Mamluk). Kata Ibn Taimiyyah:

وأما الكلابية: فيثبتون الصفات في الجملة، وكذلك الأشعريون، ولكنهم كما قال الشيخ أبو إسماعيل الأنصارى : الجهمية الإناث، وهم مخانيث المعتزلة .

Maksudnya: “Adapun Al-Kullabiyyah[3] maka mereka menetapkan sifat secara umum begitujuga Al-Asy’ariyyah tetapi mereka seperti kata Syeikh Ismail Al-Ansari: Jahmiyyah Betina dan mereka adalah pondan-pondan Muktazilah”-(Al-Hasanah was-Sayyiah, Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah,Muallafat Ibn Taimiyyah, Maktabah Syamilah 2.11).

Maka inilah sebesar-besar dalil bahawa Asya’irah adalah bukan Ahli Sunnah wal Jamaah tetapi termasuk 72 firqah yang diancam dengan neraka. Adapun kedudukan Asya’irah sebagai Muslimin dan Ahli Qiblat tidak ada khilaf dalamnya. Ingkarnya Asya’irah terhadap Ketinggian Allah di Langit secara takwilan maka ini tidak menjadikan mereka kafir tetapi fasiq aqidah.



[1] . Ibn Suraij,murid kepada Al-Muzanni.Digelar Syeikh As-Syafi’iyyah pada zamannya. Disebutkan bahawa dia termasuk Mujaddid qurun 4 Hijrah. (w. 306H/918M)-Al-a’lam oleh Az-Zarkali.

[2] Abu Bakar Al-Baqilani (w. 1013M/ 403 H) ialah seorang pemuka mazhab Al-Asya’irah.Digelar juga sebagai Al-Qadhi Abu Tayyib Al-Asy’ari. Mazhab Asya’irah yang ada sekarang merujuk kepada beliau bukan Abul Hasan Al-Asy’ari.

[3] . Pengikut Abdullah bin Said Al-Kullab. Merupakan orang pertama yang mengatakan Al-Quran itu Ibarat Kalam Allah bukan Kalam Allah sebenar. Ibn Kathir menyatakan bahawa Abul Hasan Al-Asy’ari mengikuti mazhab ini selepas keluar dari Muktazilah sebelum menjadi salafi. Mazhab beliau semasa peringkat kedua inilah diikuti Asya’irah.

Monday, February 11, 2008

PEMBETULAN KENYATAAN PADA ARTIKEL AHBASH MENGELIRUKAN

Pengumuman Penting!!

Pada artikel Ahbash Mengelirukan yang bertarikh 'Friday, February 1, 2008' saya telah membuat kesilapan pada kenyataan mengkafirkan Al-Ahbash.. Saya mohon maaf atas kesilapan dan saya menarik semula kenyataan tersebut.. Saya mohon agar sesiapa pun tidak mengambil artikel tersebut untuk disebarkan tanpa izin saya. Kenyataan tersebut adalah seperti berikut:

" Jadi apakah lagi hujah kalian wahai Ahbasy?? Ketahuilah sekalian ulama yang dikafirkan oleh kamu akan berbalik kepada kamu. Maka kini kami pula hendak mengatakan bahawa KALIAN TELAH KAFIR DENGAN KATA-KATA KALIAN WAHAI KUMPULAN AHBASY."

"Kalau sudah sekalipun, sudah tentu kalian semua telah menutup hati-hati kalian serta sombong dan taksub terhadap pengasas kalian Abdullah Al-Harary. Bahkan, kalian sudah tergugat dengan banyaknya fatwa-fatwa ulama tentang kekafiran Ahbash"

Kenyataan tersebut saya agak tergesa-gesa tanpa berfikir terlebih dahulu. Saya terkeliru antara fatwa yang menyesatkan dengan mengkafirkan. Kesalahan ini adalah daripada saya sendiri. Tidak ada kaitan dengan sesiapa. Tentang blog takfirahbash.blogspot.com tersebut adalah tiada kaitan dengan blog saya. Saya mohon agar ditarik balik artikel tersebut. Saya berterima kasih pada rakan-rakan yang telah menegur saya sama ada dalam AL-AHKAM.NET mau pun yang memberi sms kepada saya.. Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi. Saya mohon agar perkara ini disampaikan kepada rakan-rakan yang lain agar tidak wujud salah faham tentang ini. Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah menghukum kafir sesuka hati pada sesuatu aliran-aliran yang sesat.

Hendaklah diambil perhatian bahawa yang sesat tidak bermakna kafir. Tetapi orang yang kafir sememangnya telah sesat. Insya-Allah saya akan postkan kemudian tentang ini.

Abu-Hurairah

Saturday, February 9, 2008

AHBASH MEMFITNAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Tuduhan ke atas tokoh ulama Ahli Sunnah sebagai mujassimah dan musyabbihah bukanlah suatu yang baru kerana ia telah berlaku sejak dari dulu lagi ketika kemunculan aliran-aliran pemikiran yang sesat [ Hafiz Firdaus Abdullah, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahhabiyah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2003, Hal: 33]. Dalam konteks ini, Abu Hatim Ar-Razi rahimahullah (227H) berkata (maksudnya):

“Tanda-tanda aliran Al-Jahmiyyah adalah mereka menggelar Ahli Sunnah sebagai musyabbihah…” [Muhammad Ibn Idris Ibn Al-Munzir Ar-Razi, Asl As-Sunnah Wa Itiqad Ad-Din, Dalam: Hafiz Firdaus Abdullah, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahhabiyah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2003, Hal: 34].

Al-Barbahari rahimahullah (329H) pula berkata (maksudnya):

“Bila kamu mendengar seseorang berkata (kepada Ahli Sunnah): “Si fulan adalah musyabbih (menyerupakan Sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sifat makhluk) atau si fulan memperkatakan tentang tasybih, maka ketahuilah bahawa dia (orang yang berkata itu) ialah seorang Jahmiyyah” [Hasan IbnAli Ibn Khalaf Al-Barbahari, Syarh As-Sunnah, Tahqiq: Muhammad Said Salim Al-Qahtani, Dar Ibn Al-Qayyim, Dammam, Arab Saudi, 1408H, Hal: 52].

Manakala Abu Uthman As-Sobuni rahimahullah (499H) pula berkata (maksudnya):

“Ciri-ciri ahli bidah adalah sangat jelas dan yang paling jelas adalah sikap mereka yang secara terang-terang memusuhi dan menghina Ahli Sunnah dan Ahli Athar serta menuduh mereka dengan tuduhan yang buruk seperti Al-Hasyawiyyah (orang yang mementingkan perkara remeh-temeh), Al-Jahalah (orang yang jahil) dan Al-Musyabbihah (orang yang menyerupakan Sifat Allah dengan sifat makhluk)” [ Ismail Ibn Abd Ar-Rahman Ibn Ahmad, Aqidah As-Salaf Wa Ashab Al-Hadith, Dalam: Hafiz Firdaus Abdullah, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahhabiyah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2003, Hal: 35].

Justeru segala tuduhan yang dilemparkan oleh Al-Ghari ke atas Ibn Taimiyyah dan Ibn Al-Qayyim mestilah dinilai dan dipastikan kebenarannya terlebih dahulu, kerana seseorang yang sanggup berbohong ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan tergamak mengecam para Sahabat radhiallahu 'anhum akan lebih tergamak untuk berbohong dan mengecam para ulama selain mereka. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: “Wahai orang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah ke atas suatu kaum tanpa mengetahui keadaan sebenarnya, lalu kamu menyesal di atas perbuatanmu itu” [ Al-Hujurat, 49: 6].


- Dipetik dari Buku 'Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar?' Oleh Dr. Azwira Abdul Aziz, Rujuk: Tohmahan Pertama.

(tambahan sudah ditarik semula)


Abu-Hurairah


Ibn Taimiyyah Sebenarnya Menolak Fahaman Tajsim Dan Tasybih

Judul sebenar kitab yang dinisbahkan oleh Al-Ghari kepada Ibn Taimiyyah ialah Al-Aqidah Al-Wasitiyyah Wa Majlis Al-Munazarah Fiha Baina Syeikh Islam Ibn Taimiyyah Wa Ulama Asrih. Berdasarkan judul ini, dapat difahami secara mudah bahawa kitab itu sebenarnya bukan karya Ibn Taimiyyah, tetapi karya ulasan oleh ulama terkemudian. Karya Ibn Taimiyyah yang sebenar ialah Al-Aqidah Al-Wasitiyyah.

Demikian juga bagi kitab Mukhtasar As-Sawaiq Al-Mursalah, ia adalah ringkasan daripada karya asal Ibn Al-Qayyim yang berjudul As-Sawaiq Al-Mursalah Fi Ar-Rad Ala Al-Jahmiyyah Wa Al-Muattilah.

Bila dirujuk kepada kitab Al-Aqidah Al-Wasitiyyah dari awal sehingga akhir, maka didapati Ibn Taimiyyah langsung tidak menyebut ungkapan yang menunjukkan bahawa beliau berpegang dengan fahaman tajsim atau tasybih, sebaliknya keseluruhan kenyataan beliau berkenaan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala menjurus kepada penolakan terhadap dua jenis fahaman sesat, iaitu tajsim (menjisimkan Allah Subhanahu wa Ta’ala atau tasybih) dan tatil (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala). Bahkan, Ibn Taimiyyah sebenarnya langsung tidak menyebut perkataan takwil dalam kitabnya Al-Aqidah Al-Wasitiyyah seperti yang didakwa oleh Al-Ghari itu. Kata Ibn Taimiyyah:

فهذا اعتقاد الفرقة الناجية المنصورة إلى قيام الساعة، أهل السنة والجماعة وهو الإيمان بالله...ومن الإيمان بالله الإيمان بما وصف به نفسه في كتابه وبما وصفه به رسوله محمد صلى الله عليه وسلم من غير تحريف ولا تعطيل ومن غير تكييف ولا ثمثيل بل يوءمنون بأن الله سبحانه ليس كمثله شيء وهو السميع البصير فلا ينفون عنه ما وصف به نفسه ولا يحرّفون الكلم عن مواضعه ولا يلحدون في أسماء الله وآياته ولا يكيّفون ولا يمثّلون صفاته بصفات خلقه لأنه سبحانه لا سميّ له ولا كفو له ولا ند له ولا يقاس بخلقه سبحانه وتعالى...

Maksudnya: “Maka ini adalah itiqad firqah najiah (puak yang selamat) Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beroleh pertolongan sehingga hari Kiamat, iaitu beriman dengan Allah… Dan di antara (cara) beriman dengan Allah ialah beriman dengan apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya dalam kitabNya dan dengan apa yang telah RasulNya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam menyifatkanNya dengannya, tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna) [Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 1995, tafsiran ayat 46, surah An-Nisa’, Hal: 196], tanpa tatil (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu).

Bahkan, mereka (Ahli As-Sunnah Wal Jamaah) beriman sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak sebanding (Zat, Sifat-Sifat dan pentadbiran) Nya dengan sesuatu apapun, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat [Asy-Syura 42: 11]. Mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak menafikan dariNya apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya, mereka tidak mentahrifkan perkataan dari tempat-tempat (atau maksud)nya yang sebenar, mereka tidak mengilhadkan (menolak secara anti) nama-nama Allah serta ayat-ayatNya, mereka tidak membentukkan rupa makna dan mereka tidak mengumpamakan sifat-sifatNya dengan sifat-sifat makhlukNya, kerana sesungguhnya (Allah) Subhanahu wa Ta’ala tidak ada yang menyamai namaNya, tidak ada yang menyetaraiNya, tidak ada yang menyekutuinya dan tidak boleh dikiaskanNya dengan makhlukNya, Subhanahu Wa Taala…” [Ibn Taimiyyah, Ahmad Ibn Abd Al-Halim Al-Harrani, Al-Aqidah Al-Wasitiyyah, Tahqiq: Muhammad Ibn Abd Al-Aziz Ibn Mani, Ar-Riasah Al-Ammah Li Al-Ifta’, Riyadh, Arab Saudi, 1412H, Hal: 5-7].

Di halaman yang lain, Ibn Taimiyyah berkata:

فإن الفرقة الناجية أهل السنة والجماعة يؤمنون بذلك كما يؤمنون بما أخبر الله به في كتابه من غير تحريف ولا تعطيل ومن غير تكييف ولا تمثيل بل هم الوسط في فرقة الأمة كما أن الأمة هي الوسط في الأمم فهم وسط في باب صفات الله سبحانه وتعالى بين أهل التعطيل الجهمية وأهل التمثيل المشبهة...

Maksudnya: “Maka sesungguhnya firqah najiah Ahli Sunnah Wal Jamaah beriman dengan yang demikian itu (nas-nas hadith berkenaan sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala), sebagaimana mereka beriman dengan apa yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengannya dalam kitabNya, tanpa tahrif, tanpa tatil, tanpa takyif dan tanpa tamthil. Bahkan merekalah yang sederhana di kalangan puak umat ini sebagaimana umat ini juga yang sederhana di kalangan umat-umat (yang lain), kerana mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) sederhana dalam bab sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala di antara ahli Tatil Al-Jahmiyyah dan ahli Tamthil Al-Musyabbihah” [Ibn Taimiyyah, Ahmad Ibn Abd Al-Halim Al-Harrani, Al-Aqidah Al-Wasitiyyah, Tahqiq: Muhammad Ibn Abd Al-Aziz Ibn Mani, Ar-Riasah Al-Ammah Li Al-Ifta’, Riyadh, Arab Saudi, 1412H, Hal: 23-24].

Berdasarkan kata-kata di atas, ternyata bahawa Ibn Taimiyyah berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memahami nas-nas Sifat, iaitu tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna), tanpa tatil (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu). Ini jauh berbeza dengan golongan Al-Mujassimah dan Al-Musyabbihah yang berpegang dengan fahaman tajsim dan tasybih kerana mereka menyamakan kaifiyyat (bentuk dan ciri) sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan makhluknya. Dalam kata-katanya itu, Ibn Taimiyyah cuba menjelaskan kesederhanaan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada antara dua jenis fahaman sesat yang melampau, iaitu fahaman tajsim (atau tasybih) dan fahaman ta’til [Disebabkan kesederhanaan pegangan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah itu, maka beliau judulkan kitabnya dengan judul Al-Wasitiyah yang bermaksud ‘sederhana’].

Dalam kitabnya yang lain Ibn Taimiyyah berkata:

فلا بد من إثبات ما أثبته الله لنفسه ونفي مماثلته لخلقه، فمن قال: ليس لله علم ولا قوة ولا رحمة ولا كلام ولا يحب ولا يرضى ولا نادى ولا ناجى ولا استوى كان معطّلا جاحدا ممثّلا لله بالمعدومات والجمادات، ومن قال: له علم كعلمي أو قوة كقوتي أو حب كحبي أو رضا كرضاي أو يدان كيديّ أو استواء كاستوائي كان مشبّها ممثّلا لله بالحيوانات، بل لا بد من إثبات بلا تمثيل وتنـزيه بلا تعطيل.

Maksudnya: “Maka tidak dapat tidak, mesti menetapkan apa yang telah Allah tetapkan bagi diriNya dan menafikan penyerupaanNya dengan makhlukNya. Sesiapa yang kata Allah tidak ada ilmu, tidak ada kekuatan, tidak ada kasihan belas, tidak ada percakapan, tidak ada kasih sayang, tidak ada keredaan, tidak memanggil, tidak menyeru dan tidak meninggi, maka dia adalah seorang pembatal yang ingkar (terhadap sifat Allah) dan yang menyamakan Allah dengan benda yang tiada atau benda yang kaku.

Manakala sesiapa yang kata ilmuNya seperti ilmuku, kekuatanNya seperti kekuatanku, kasih sayangNya seperti kasih sayangku, keredaanNya seperti keredaanku, tanganNya seperti tanganku dan meninggiNya seperti meninggiku, maka dia adalah seorang musyabbih yang menyamakan Allah dengan haiwan (makhluk). Justeru, tidak dapat tidak, mesti mengithbatkan (menetapkan) tanpa penyamaan dan mesti mensucikan tanpa pengingkaran” [Ibn Taimiyyah, Ahmad Ibn Abd Al-Halim Al-Harrani, Ar-Risalah at-Tadmuriyyah, Hal: 30. Dipetik daripada Said Ibn Ali al-Qahtani 1411H, Syarh Asma’ Allah al-Husna Fi Dau’ al-Kitab Wa as-Sunnah, Wazarah al-Ilam, Riyadh, Arab Saudi, Hal: 64].

Penjelasan Ibn Taimiyyah ini sudah tentu dilihat sebagai akuan dan penetapan beliau terhadap kebenaran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sederhana itu, dan bukan sebagai akuan terhadap fahaman tajsim. Adalah sangat tidak munasabah jika seorang tokoh ulama yang telah menjelaskan kesesatan fahaman tajsim tiba-tiba dituduh berpegang dengan fahaman tersebut.

- Dinukil daripada Buku 'Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar?' Oleh Dr. Azwira Abdul Aziz, Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin al-Ghari ke Atas Pengangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya.

Thursday, February 7, 2008

Ahbash dan Asya’irah mengatakan Al-Quran yang ada di dunia ini makhluk!!

Antara aqidah yang batil dan bersalahan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka mengatakan Al-Quran yang ada di dunia adalah baru. Terdapat banyak buku-buku yang menjelaskan aqidah mereka ini. Antaranya sebuah kitab tauhid Asya'irah di dalam buku Jauharah Al-Tauhid (جوهرة التوحيد) yang dikarang oleh Syeikh Ibrahim Al-Laqqoni dan diterjemahkan oleh H.Mujiburrahman dalam judul Permata Ilmu Tauhid terbitan Pustaka Jiwa Sdn. Bhd. Hal 217.

فكل نص للحدوث <> دلا احمل على اللفظ الذي قد دلا

“Maka tiap-tiap nas yang menunjuk atas kebaharuan Al-Quran, bawalah dia atas lafaz yang telah menunjuk (kepada sifat yang qadim)”

Disyarahkan bahawa pada perkataan للحدوث دلا ertinya: دل على حدوث القرآن yang bermaksud “Yang menunjuk atas kebaharuan Al-Quran. Kemudian pada kalimah احمل على اللفظ ertinya: Bawalah dia atas Al-Quran dengan makna lafaz yang diturunkan atas Nabi kita s.a.w…. Menurut qaul yang rajih bahawa yang diturunkan itu adalah lafaz dan makna. Ada dikatakan bahawa yang diturunkan itu adalah makna dan Jibrillah yang mengibaratkan dengan lafaz-lafaz dari dirinya sendiri. Ada pula dikatakan bahawa yang diturunkan itu adalah makna dan Nabi s.a.w yang mengibaratkan dengan lafaz-lafaz dari dirinya sendiri. Akan tetapi yang ditahqiq adalah yang pertama kerana Allah menciptakannya dahulu pada Lauhul Mahfuz kemudian menurunkannya dalam satu bentuk lembaran-lembara kepada langit dunia pada satu tempat yang dinamakan Baitul Izzah….” [Rujuk – Permata Ilmu Tauhid, Syeikh Ibrahim Al-Laqqoni, hal 218]

Kemudian disambung lagi syarahnya pada kalimah الذي قد دلا adalah sifat dari lafaz dimana maksudnya: yang telah menunjuk atas sifat yang qadim dengan jalan dilalah iltizam sebagaimana telah terdahulu. Kemudian pengarang memberi kesimpulan: “Bahawa tiap-tiap daripada zahir Al-Quran dan Sunnah yang menunjuk atas kebaharuan Al-Quran maka dia dibawa atas lafaz yang dibaca, bukan atas kalam nafsi. Akan tetapi tercegah untuk dikatakan Al-Quran itu makhluk kecuali pada maqam ta’lim. [Hal 219]




Penilaian semula:

Asya’irah berpendapat bahawasanya kalam yang azali itu ialah kalam nafsi, iaitulah kata-kata dalam hati ataupun dalam diri bagi seorang manusia dan kata-kata yang ada pada Allah Ta’ala yang tidak kita ketahui bagaimana rupanya yang tiada berhuruf lagi tiada bersuara, yang tiada dahulu dan tidak ada yang kemudian. Dalil mereka ialah kata-kata seorang penyair nasrani Al-Akhthal:

إن الكلام لفي الفؤاد <> وإنما جعل اللسان على الفؤاد دليلا

“Sesungguhnya kalam itu adalah benar-benar di dalam hati dan hanyalah dijadikan lidah itu untuk menjadi petunjuk atas apa yang ada di dalam hati.”

[Rujuk – Permata Ilmu Tauhid, Syeikh Ibrahim Al-Laqqani, hal 151]

Maka kata Asya’irah Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w yang berupa bahasa arab adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah s.a.w untuk menggambarkan kata-katanya yang nafsi dan bukanlah kata-kata Allah yang sebenar. Adapun kalam Allah yang sebenar itu satu jua dan tidak berbilang-bilang, maka jika ia diibaratkan dengan bahasa Ibrani jadilah ia Taurat, Jika ia diibaratkan dengan bahasa Suriani jadilah ia Zabur dan sebagainya. Maka oleh sebab itulah sejarah telah menunjukkan betapa rosaknya aqidah aya’irah, apabila ulama-ulama Al-Azhar tidak bersetuju Al-Quran diterjemahkan. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana aqidah mereka inilah iaitu jika Al-Quran diterjemahkan maka ia akan berubah menjadi kitab lain.

Inilah aqidah yang rosak oleh puak-puak ahbash yang aqidah mereka adalah aqidah asya’irah. Sedangkan dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah sekian banyaknya menunjukkan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah maknanya, lafaznya, dan hurufnya. Bahkan apabila Al-Quran dibaca oleh manusia atau dituliskan dalam bebearapa mushhaf sekalipun, tidaklah ia keluar terkeluar dari kedudukannya sabagai kalam Allah yang hakiki.


Firman Allah:

الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)


Maksudnya: “Alif Laam Miim, Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”. [Surah Al-Baqarah ayat 1 & 2]


Demikian huruf Alif, huruf laam, dan huruf Miim, adalah huruf-huruf yang tedapat dalam Al-Quran kesemuanya adalah Al-Quran yang bersifat Kalam Allah yang tidak diragukan lagi.


وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, Maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar Kalam Allah, Kemudian hantarkanlah ia ketempat yang aman baginya. demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak Mengetahui. [Surah At-Taubah ayat 6]


يُرِيدُونَ أَنْ يُبَدِّلُوا كَلَامَ اللَّهِ


Maksudnya: “Mereka menginginkan untuk dapat merubah Kalam Allah[Surah Al-Fath ayat 15]


أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ


Maksudnya: Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar Kalam Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?. [Surah Al-Baqarah ayat 75]

Terdapat banyak lagi dalil-dalil yang menyebut Al-Quran adalah Kalam Allah serta hadis-hadis yang tidak saya nyatakan di sini. Apakah kita ingin mendustakan ayat-ayat Allah ini?


Abu-Hurairah

www.ahbash-sesat.blogspot.com

Menjawab Tuduhan Al-Ahbash terhadap Al-Albani

Dalam mingguan ahbash blogspot, puak-puak sesat ahbash ini telah menghina dan melaknat seorang tokoh muhaddits di kurun ini iaitu Muhammad Nasiruddin Al-Albani dengan melukiskan tanduk pada gambar tokoh tersebut serta melukir tulisan laknat pada dahi beliau. Inilah kerja-kerja golongan yang tidak berhati perut serta jahat dan tidak tahu mahu menilai suatu perkara. Sebaliknya mereka hanya membuat tuduhan dengan melulu berdasarkan beberapa kenyataan yang belum diketahui kesahihannya. Antara kedustaan dan tuduhan yang golongan ini berikan terhadap Al-Albani adalah seperti berikut:

  1. (Al-Albani) ahli hadis yang tidak faham fikah.
  2. Tidak mengetahui ilmu ushul.
  3. Tidak memiliki guru.
  4. Dan banyak lagi.

Tuduhan-tuduhan seperti ini semuanya telah pun dijawap oleh sekalian ulama-ulama Sunnah antaranya Ghalib ‘Arif Nushairaat dan juga di Malaysia sendiri telah dijawap oleh Dr. Azwira Abdul Aziz dalam bukunya siapakah ahli Sunnah wal Jamaah terbitan Jahabersa. Malangnya para pemfitnah dan pembuat dusta ini tidak mahu menilai pun tulisan-tulisan mereka. Kerana mereka ini telah taksub dengan guru mereka seperti Zamihan Al-Ghari yang taksub dengan gurunya Hassan Ibn ‘Ali Al-Saqqaf manakala Abu-Syafiq seorang ahbash besar di Malaysia ini taksub dengan gurunya yang telah difatwakan sesat oleh sekalian ulama-ulama Sunnah. Mari kita nilai semula beberapa tuduhan tersebut sejauh mana kebenarannya.

1. Ahli Hadis Yang Tidak Paham Fikah

Banyak buku-buku yang ditulis oleh puak-puak yang membenci pada golongan yang di panggil Salafi ataupun nama yang tidak asing lagi iaitu Wahabi tentang Al-Albani seorang yang tidak faham fikah. Mereka mengatakan Seorang ahli fikah lebih tahu daripada ahli hadis. Sedangkan kita juga tahu untuk menjadikan ilmu fikah itu lebih berguna adalah dengan adanya dalil-dalil daripada Al-Quran mahupun hadis. Malah ahli hadis lebih memahami selok-belok fikah kerana fahamnya mereka akan hadis-hadis nabi serta mereka mengetahui darjat sesuatu hadis tersebut hasil kajian dan selidik mereka sendiri sesuai dengan kemampuan mereka.

Kalau kita lihat Syeikh Al-Albani banyak mengorbankan masanya untuk meneliti hadis yang mana usahanya tersebut amatlah banyak sehingga kehidupannya banyak dikorbankan hanya untuk meneliti dan menulis serta mentakhrij hadis-hadis. Mereka mengatakan Al-Albani itu tidak faham fikah. Maka kita katakan bukankah Imam Bukhari dan imam-imam hadis lain juga adalah ahli fikah? Adakah perbezaan antara ahli fikah dengan ahli hadis? Manakah lebih baik, seorang yang mengetahui kesemua hadis-hadis nabi kemudian dikeluarkan hukum berdasarkan penilaian hadis-hadis yang sampai padanya atau seseorang yang tahu mengistinbathkan hukum tetapi kurangnya pengetahuannya tentang hadis? Kalau kita lihat kitab-kitab fikah kebanyakkannya adalah mempunyai hadis yang digunakan sebagai hujah untuk dia mengeluarkan hukum. Maka apakah bezanya dengan kitab-kitab hadis yang dikeluarkan malah telah diteliti darjatnya sama ada sahih ataupun dha’if.

Saya ingin bertanya adakah Al-Saqqaf itu ahli fikah? Adakah Al-Harari yang sesat itu ahli fikah? Berikan kenyataan daripada kalangan ulama sunnah yang dikenali dizaman kini yang mengiktiraf mereka ini ahli fikah!! Bahkan, saya katakan ulama-ulama telah mengecam mereka dengan banyaknya kesesatan mereka serta kejahatan mereka kerana mengkafirkan ulama-ulama serta memfitnah tanpa bukti yang kukuh. Semoga Allah menunjukkan mereka dengan memberi hidayahnya.

2. Tidak Mengetahui Ilmu Usul.

Silalah berikan bukti pada kenyataan ini. Syeikh Al-Albani dahulu pernah mengadakan 2 kajian yang dihadiri oleh mahasiswa universiti Islam Madinah dan sebahagian staf Dekan universiti tersebut sebagaimana disebut oleh Ghalin ‘Arif Nushairaat. Diantara kitab yang diajarkan oleh beliau di halaqah ilmiyah tersebut adalah kitab Usul Al-Fikah karya Abdul Wahhab Khallaf. Jadi manakah buktinya beliau tak ada ilmu usul? Perkara ini boleh diteliti sendiri buku-buku beliau sendiri sama ada beliau tahu ilmu usul ataupun tidak. Perlu diketahui bahawa:

- Sunnah Nabawiyah merupakan petunjuk hukum-hakam yang ada dalam Al-Quran, sebagaimana yang dikatakan Imam Ahmad bin Hanbal dalam karyanya As-Sunnah riwayat Abdus: setiap hukum dalam al-Quran ditunjukkan oleh as-Sunnah, dijelaskannya dan ditunjkan maksudnya. Dan dengan as-Sunnah juga dapat diketahui maknanya.

- Sesungguhnya ilmu usul dibangun atas dasar petunjuk-petunjuk al-Quran dan as-Sunnah dengan menggunakan bahasa arab, dengan memperhatikan adat masa diturunnya syariat. Dan perkara ini hanya diberikan kepada sahabat. Tidak ada yang ikut serta dan mengetahuinya kecuali mereka sendiri. Dan tidak pula ada jalan untuk sampai kepada hal tersebut kecuali dengan jalan mereka (para sahabat). [Rujuk – 9 Tuduhan Dusta Terhadap Syaikh Al-Albani, dalam majalah Islamiyyah Manhajiyyah Adz-Dzakhiirah, vol 5. No. 8 Edisi 32 – 1428, hal 14]

3. Tidak Memiliki Guru

Syeikh Al-Albani pernah berguru dengan ayahnya seperti ilmu shorof, ilmu fiqh dalam mazhab hanafi, dan belajar Al-Quran serta pernah mengkhatamkan riwayat Hafsh beserta tajwidnya. Beliau juga pernah belajar dari Syeikh Sa’id al-Burhani kitab Maraqi al-Falah, sebuah kitab yang bermazhab Hanafi, dan kitab Syudzurudz Dzahab merupakan cabang ilmu Nahwu serta beberapa kitab balaghah.

Beliau juga pernah menghadiri seminar-seminar al-‘Allamah Muhammad Bahjat al-Baithar bersama beberapa ustaz dari al-Majma’ al-Islami Damaskud, diantaranya; ‘Izzuddin at-Tanukhi. Pada waktu itu mereka belajar kitab al-Hamasah sya’ir Abu Tammam. Dan di akhir hayatnya, beliau sempat bertemu Syeikh Muhammad Raghib ath-Tabbakh. Beliau turut menyetakan ketakjubannya terhadap Syeikh Al-Albani dan menghadiahkan kepada beliau kitab al-Anwar al-Jaliyah fi Mukhtasar al-Atsbat al-Hanbaliyah. [Ibid, hal 15]

Maka apakah beliau tidak memiliki guru sebagaimana yang dituduh ke atas beliau? Ketahuilah tuduhan itu dusta kerana hanya hendak menjatuhkan seseorang yang dianggap Wahabi oleh mereka yang tidak tahu menggunakan akal. Firman Allah dalam sirah az-Zumar : “Mereka yang berusaha mendengarkan perkataan (pendapat-pendapat yang sampai kepada mereka) lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” Oleh itu, mereka yang memfitnah Syeikh Al-Albani adalah orang yang tidak menurut ayat ini. Ini kerana mereka (1) tidak mahu mendengar pendapat-pendapat yang ada, sebaliknya hanya mengambil pendapat menurut hawa nafsu, (2) mereka ini tidak mahu bandingkan pendapat manakah yang lebih baik, sebaliknya mengganggap semua pendapat mereka lebih baik (taksub dengan pandangan mereka), (3) mereka inilah orang yang terkeluar dari petunjuk hidayah Allah disebabkan 2 perkara yang saya sebutkan sebelum ini tidak dipenuhi, malah mereka juga termasuk dalam golongan orang yang tidak menggunakan akalnya.


Banyak lagi tuduhan-tuduhan mereka terhadap tokoh besar ini. Terutama guru zamihan al-Ghari iaitu As-Saqqaf yang telah pun dijawap tuduhan tersebut antaranya:

1. Al-Kasyf An Dalalat As-Saqqaf oleh Nasir Al-Ulwan.

2. Ithaf Ahl Al-Fadl Wa Al-Insaf Fi Naqd Daf Shubah At-Tasybih oleh Nasir Al-Ulwan.

3. Al-Anwar Al-Kasyifah Li Tanaqudat Al-Kasysyaf Az-Zaifah oleh Ali Al-Halabi.

4. Al-Iqaf Ala Abatil Qamus Syataim As-Saqqaf oleh Ali Al-Halabi.

5. Al-Ithaf Bi Aqidah Sheikh Al-Islam Wa At-Tahzir Min Jahmiyyah As-Saqqaf oleh Abd Al-Karim Al-Hamid.

6. Iftiraat As-Saqqaf Al-Athim Ala Al-Albani Sheikh Al-Muhaddithin oleh Khalid Al-Anbari.

7. Ar-Radd Ala At-Tandid Liman Addada At-Tauhid oleh Abd Al-Muhsin Al-Abbad.

8. As-Sawaiq Wa Asy-Syuhub Al-Marmiyyah Ala Dalalat Wa Inhirafat As-Saqqaf Al-Bidiyyah oleh Abu Wadah Al-Athari.


www.ahbash-sesat.blogspot.com

Friday, February 1, 2008

Ahbash yang mengelirukan

Golongan Ahbasy pada hari ini sering mengeluarkan fitnah-fitnah mereka terhadap pendokong-pendokong Sunnah di Malaysia dengan membuat kenyataan yang bermacam-macam sehingga menyamakan mereka dengan kaum kafir seperti hindu, yahudi, nasrani dan musyrikin. Antara yang popular mereka memfitnah golongan Wahabi ini adalah mujassimah dan musyabbihah. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan mengeluarkan petikan-petikan yang agak samara-samar iaitu mereka berkata wahabi mengatakan Allah ada tangan, ada kaki, duduk di atas ‘Arasy, mempunyai jari dan sebagainya. Perkataan mereka ini sama sekali adalah fitnah malah mengelirukan. Bolehkah dikatakan setiap suatu makhluk yang mempunyai tangan, semestinya sama bentuk tangannya? Adakah tangan kucing dengan tangan penyu itu sama? Adakah kaki kuda dengan kaki belalang itu sama? Orang yang berfikiran sempit seperti al-ahbasy itulah yang jahil serta cetek pengetahuannya. Sudah semestinya tidak sama sesuatu makhluk dengan Tuhannya kerana Sang pencipta itu lebih hebat daripada yang dicipta. Dalam Al-Quran serta hadis telah banyak menceritakan sifat-sifat Allah s.w.t ini dengan jelas tanpa pentakwilan sama sekali.


Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka itu semuanya tidak ada penyokong daripada mana-mana hadis maupun Al-Quran serta para salafus soleh sekaliannya. Yang paling menggelikan bila mana ada seorang penulis asya’irah berkata Allah berIstiwa di atas ‘Arasy ini difahami sedia maklum oleh orang salaf iaitu Istiwa tersebut ini mempunyai makna disisi bahasa arab itu sendiri. Kemudian dia memberi kenyataan Imam Malik : “Istiwa itu tidaklah majhul, dan kaifiatNya tidaklah diketahui, dan beriman denganNya Wajib, dan bersoal akan tentang caraNya itu suatu bid’ah” kemudian beliau memberi juga sabda nabi ketika mana hendak melepaskan seorang hamba perempuan, ia bertanya kepadanya: “Dimana Allah? Ia menjawab: “Di langit” Kemudian Nabi bertanya lagi: “siapa aku?” Ia manjawab: “Engkau pesuruh Allah”. Kemudian Nabi bersabda: “Bebaskanlah ia, kerana sesungguhnya ia seorang perempuan yang beriman” [Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain]. Bukankah hujah-hujah ini sudah cukup menerangkan yang Allah itu sememangnya berada di atas ‘Arasy? Kenapa masih mahu menafikan wahai Ahbasy????


Yang lebih menjadi bukti mereka ini hanya menuruti hawa nafsu adalah ketika mana mereka mengatakan Al-Albani itu seorang yang jahat dan berangan-angan menjadi muhadditsin. Mereka mengatakan Al-Albani itu melemahkan hadis yang telah ada dalam sahih Bukhari dan Muslim. Sungguh pelik perkataan mereka ini bila mana mereka sendiri mengatakan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lain-lain tentang Allah itu berada di atas langit sebagai ‘Syaz’ iaitu dha’if (lemah). Mereka ini tidak ubah seperti seekor kucing yang hendak makan makanan sendiri-sendiri kerana tidak hendak kucing lain mengambilnya. Jika didekatinya ketika mendapat makanan, maka ia mengeluarkan kukunya kemudian mencakar siapa sahaja yang menghampiri dia. Itulah sifat mereka kerana cuba membenarkan hadis itu pada sisi mereka sahaja tanpa ada toleransi. Bahkan dihentamnya bila mana ada hujah yang membenarkan pendapat tersebut iaitu dengan sesuka hati mendha’ifkan hadis tersebut dengan beberapa hujah yang diputar belitkan.


Mazhab ahlul Hadis adalah menetapkan apa yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Jika Allah dan Rasul tidak takwil maka adalah menjadi kewajipan untuk kita taat dan patuh pada apa yang dibiarkan (ia tidak ditakwil) perkara tersebut. Tetapi Ahlus Sunnah sepakat Allah itu tidak sama dengan hambaNya sebagaimana FirmanNya: “Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Maha Melihat.”[Al-Syura ayat 11] Sungguh peliklah jika mereka mengatakan adalah menjadi kewajipan untuk mentakwil sifat-sifat Allah yang seakan-akan sifat makhlukNya. Padahal sudah kita katakan tidak mungkin Allah itu serupa dengan hambaNya walaupun Ianya disebut dalam Al-Quran dan hadis sekali. Akal manusia tidak akan mampu mencapai untuk memikirkannya. Oleh itu, janganlah cuba untuk memikirkannya lagi. Terimalah saja apa yang dibawa oleh Rasul sendiri dan para salafus soleh memahamnya.


Jika ingin cuba ditakwilkan sifat Istiwa, Tangan, Kaki, Mata, Wajah, Turun, Ketawa dan Betis tersebut, kenapa tidak ditakwilkan pula pada sifat-sifat Mendengar dan Melihat? Bukankah manusia juga mendengar dan melihat? Manusia juga ada sifat berkuasa, akan tetapi sesuai dengan konteks manusia itu sendiri. Sama ada kuasa itu seperti berbentuk pangkat, ataupun stamina atau energi power yang ada pada dirinya untuk melakukan sesuatu. Hah! Inilah sebanarnya bukti pentakwilan itu semua adalah satu pendustaan. Mereka hanya mentakwil menurut hawa nafsu sahaja. Mari kita lihat apa kata Imam Tirmizi sendiri dalam kitab Sunannya :


“Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada Ahli Ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan tentang Penurunan Rabb Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar dan berimanlah kepada ia dan janganlah dibayangkan (macam mana) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya. Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyainah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini: Terimalah ia tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara. Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah [Rujuk Sunan Tirmizi, Tahqiq Ahmad Syakir dan rakan-rakan, Dar-al Hadith, Kaherah 1999, Jilid 3, hal 33]


Begitu juag Imam Ibn Katsir telah berkata seperti berikut ketika menafsirkan ayat tentang Istiwa di atas ‘Arasy:


“Dan adapun FirmanNya Ta’ala: ثم استوى على العرش maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan bukanlah di sini tempat membahaskannya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad, Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada imam-imam muslimin dahulu dan sekarang iaitu melalukannya seperti mana datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan), dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....[Lihat tafsir Surah Al-A’raf ayat 54, Tafsir Al-Quran Al-Azhim, Ibn Katsir, Jilid 2, Idarah Bina al-Masajid Wal Masyari’ al-Islamiah 1992, hal 246]


Jadi apakah lagi hujah kalian wahai Ahbasy?? Ketahuilah sekalian ulama yang dikafirkan oleh kamu akan berbalik kepada kamu. Maka hendaklah berhati-hati dan berjagalah kalian jangan sampai terkena dengan sabda Nabi bahawa apabila seorang muslim mengata saudaranya muslim itu kafir jika tidak benar akan kembali pada si pengata....jauhilah dosa besar ini... (disunting semula) Lebih-lebih lagi mereka ini suka menghentam dengan tidak ada kasihan belas. Wahai Zamihan, Wahai Abu-Syafiq dan sekutu-kutunya silalah nilai dengan sebaiknya apa yang kalian perkatakan. Jangan cuba berlagak pandai dan alim serta sesuka hati saja menyesatkan ‘Ulama-ulama yang diakui oleh sekalian ilmuan di dunia dahulu dan sekarang iaitu Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahab begitu juga yang lainnya. Jangan rasa bila dah ada sijil-sijil hadis yang bertaraf sederhana itu, kalian boleh sesuka hati mengkafirkan orang-orang ini. Kalian menyebarkan fitnah kemudian mengkafirkan mereka. Tidak takutkah akan azab Allah di akhirat kelak? Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menjaga agamaNya yang ikhlas dalam berdakwah. Bukannya seperti kalian yang berhati busuk serta iri hati dan tidak tahu membeza yang mana hak dan mana yang batil.